Saya baru mendapat email daripada saudara Zamri Nanyan yang memaklumkan mengenai kelahiran anak ketiga beliau. Di sini saya sisipkan email yg beliau hantar, mari kita kongsi bersama pengalaman dengan Baby Imran beliau…

Salam hormat, Rizal!

Kebelakangan ini saya begitu sibuk, bukan dengan
internet, tetapi dengan persediaan untuk mendapat
cahaya mata baru.

Dan, hasrat saya dan isteri tercapai pada Isnin
lepas dengan kami dikurniakan seorang anak lelaki
yang agak besar juga.

Walaubagaimanapun, boleh saya katakan isteri saya
bertarung nyawa untuk melahirkan anak ketiga
kami ini… dan buat pertama kalinya saya menulis
mengenai kelahiran anak saya di blog dan website
saya.

Anda boleh membacanya di http://imran.zamrinanyan.com
dan saya harap anda dapat tinggalkan ucapan kepada
isteri dan anak saya untuk mereka membacanya nanti.

Cuma klik ke perkataan ‘comment’ untuk meninggalkan
ucapan.

(psst… mereka belum mengetahui mengenai laman
web ini dan saya berharap akan mendapat sebanyak
ucapan yang mungkin untuk isteri dan anak saya).

Oleh itu, jangan lupa sebarkan berita ini dan
website http://imran.zamrinanyan.com kepada rakan
anda.

Walaupun website tersebut di dalam bahasa Inggeris,
saya harap anda dapat memahami pengalaman yang
saya lalui di bilik kelahiran tersebut… dan anda
boleh tinggalkan ucapan di dalam bahasa Malaysia
sekiranya anda tidak selesa dengan English.

Saya juga ada memberikan insentif kepada mereka
yang mempromosikan blog kelahiran anak saya ini
dan anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di
http://imran.zamrinanyan.com/share.html

“Share the JOY With Us” :-)

Dan jangan lupa sebarkan berita ini kepada seramai
yang mungkin.

ikhlas,

Zamri Nanyan