Browse > Home / Khidmat, Tips dan Nasihat, Tips dan Panduan / Ingin bercerai tetapi pernikahan tidak didaftar

| Subcribe via RSS



Banner Promosi



Tips Pasangan Malam Pertama



Ingin bercerai tetapi pernikahan tidak didaftar

May 19th, 2008 Posted in Khidmat, Tips dan Nasihat, Tips dan Panduan




SAYA berusia 25 tahun dan ada dua cahaya mata. Saya berkahwin pada usia muda dan mendapat bantahan kerana keluarga menganggap suami bukan lelaki baik.

Namun oleh kerana terlalu cinta, saya mengambil keputusan nekad terus bersetuju apabila suami mencadangkan supaya kami bernikah di Thailand.
Selepas bernikah, keluarga saya banyak kali mendesak supaya kami mendaftarkan perkahwinan di sini, tetapi setiap kali itulah suami memberi pelbagai alasan hinggalah saya melahirkan anak kedua.

Sekali lagi keluarga mendesak perkahwinan kami didaftarkan, tetapi suami tetap buat endah tidak endah sehingga akhirnya dia menghilangkan diri tanpa berita, meninggalkan saya anak beranak.

Sebenarnya ini kali kelima suami menghilangkan diri, terutama selepas kalah judi.

Saya tidak tahu apakah status saya sekarang, hendak dikata janda belum bercerai, tetapi tiada suami.

Dalam keadaan saya, bagaimanakah saya boleh menuntut cerai kerana sudah tidak tahan untuk hidup dengannya yang suka berfoya-foya.

Bagaimanakah caranya jika saya ditakdirkan bertemu seseorang dan ingin berkahwin lagi?

Apa perlu saya lakukan kerana saya tidak mempunyai sebarang dokumen yang boleh mengesahkan pernikahan kami dulu?

MIERA
Terengganu

Nasihat ibu bapa supaya perkahwinan puan didaftarkan memang ada sebabnya. Jika puan hanya sah berkahwin di Thailand tanpa sebarang rekod di Malaysia, urusan perceraian dan apa-apa tuntutan juga seharusnya dibuat di Thailand dan bukan di Malaysia.

Dalam keadaan pernikahan yang tidak didaftarkan di Malaysia, undang-undang menganggap puan tidak berkahwin. Hakikatnya puan sudah menjadi isteri yang sah mengikut agama.

Status puan sekarang isteri yang sah daripada segi agama pada suami puan sehingga suami puan menceraikan puan. Tidak ada sebarang tuntutan dan perceraian yang boleh dibuat dalam negara kerana tiada pendaftaran dibuat.

Puan tidak boleh berkahwin buat kali kedua sehingga suami sekarang menceraikan puan. Jalan penyelesaian ialah dengan mencari suami puan untuk menyelesaikan hal ini.

One Response to “Ingin bercerai tetapi pernikahan tidak didaftar”

  1. wanzarma Says:

    Sila email kepada saya sekali lagi dengan latar belakang kes anda. Saya akan memberi beberapa cadangan penyelesaiannya. wanzarma@yahoo.com.my atau lawati http://wanzarma.blogspot.com
    Sila beri nombor contact anda untuk dihubungi sekiranya jawapan melalui phone lebih cepat dan jelas. Terima kasih


Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.



Panas! Pisang Panas! Sila Dapatkan Sebelum Terlambat!!!

Ad Jom buat website
gaji rahsia ebay