Orang ramai tidak setuju mas kahwin naik

petikan dari utusan malaysia

KUALA LUMPUR 8 Julai – Orang ramai tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan Selangor untuk menaikkan kadar mas kahwin di negeri itu mulai tahun depan.

Seorang pelajar Universiti Industri Selangor (Unisel), Mohd. Faisal Mahamud, 21, berkata, kenaikan kadar mas kahwin akan membebankan golongan lelaki, tambahan pula mereka kini sukar untuk mendapatkan pekerjaan.

“Golongan lelaki bukan sahaja kena menanggung isteri tetapi pada masa yang sama perlu memikirkan peruntukan perbelanjaan untuk diri sendiri dan ahli keluarga di kampung.

“Banyak harga barang telah naik sejak kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak baru-baru ini dan kalau mas kahwin juga dinaikkan, ia pasti akan membebankan golongan lelaki berpendapatan rendah yang merancang untuk berkahwin,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

http://maskahwin.tipskahwin.com

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohamed Kushrin Munawi berkata, jabatan itu bercadang untuk menaikkan mas kahwin bagi menyelaraskan semula kadar berkenaan mengikut perkembangan semasa.

Mohamed Kushrin memberitahu, Selangor tidak pernah mengkaji semula kadar mas kahwin iaitu sebanyak RM80 bagi anak dara dan RM40 untuk janda sejak ia ditetapkan pada tahun 1978.

Seorang pelajar Pusat Giat Mara Cheras, Muhammad Mazwan Mazny, 21, berkata, kadar mas kahwin tidak patut dinaikkan kerana kebanyakan gaji yang diterima oleh golongan lelaki sekarang tidak sepadan dengan kos sara hidup dan tanggungan yang perlu dipikul oleh mereka.

http://maskahwin.tipskahwin.com

“Memandangkan keadaan ekonomi semasa sekarang sangat tidak menentu, sekiranya kerajaan Selangor memutuskan untuk menaikkan kadar mas kahwin, mereka juga perlu menaikkan gaji pekerja di negeri itu,” ujarnya.

Seorang pekerja swasta, Muhammad Syah Syawal, 25, berkata, pasangan yang belum berkahwin mungkin akan mengambil keputusan untuk melambatkan rancangan perkahwinan mereka sekiranya kadar mas kahwin negeri Selangor dinaikkan.

“Oleh itu, golongan lelaki perlu menyimpan duit dan membuat perancangan semula daripada segi kewangan bagi memastikan perkahwinannya dapat dilangsungkan dengan sempurna,” katanya.

Seorang kakitangan kerajaan, Ramdan Abu Hassan, 27, berkata, sekiranya kadar mas kahwin dinaikkan, secara tidak langsung ia akan meningkatkan kos perkahwinan keseluruhan pasangan yang merancang untuk berkahwin.

“Hantaran kahwin mungkin akan meningkat sekiranya kadar mas kahwin dinaikkan.

“Bagaimanapun, jika kerajaan Selangor telah mengambil keputusan untuk menaikkan kadar mas kahwin pada tahun depan, saya berharap kadarnya jangan melebihi RM150,” katanya.

Seorang pegawai bank, Amran Shamsudin, 33, pula berkata, dia setuju dengan cadangan kerajaan Selangor untuk menaikkan kadar mas kahwin kerana ia akan menjadi satu imbuhan kepada golongan wanita bagi mengimbangi kos sara hidup sekarang yang tinggi.

“Pihak lelaki perlu berlaku adil kepada bakal isteri mereka dan mas kahwin pula boleh dianggap sebagai salah satu hadiah yang mampu menggembirakan pihak isteri,” ujarnya.

Menurutnya, kadar sehingga RM200 masih boleh diterima umum jika kerajaan Selangor hendak menaikkan kadar mas kahwin.

________________________________________________________________

dapatkan pengurusan kewangan perkahwinan anda diĀ  http://maskahwin.tipskahwin.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popularity: 3% [?]


Posted on 9 July '08 by , under Tips Belanja, Tips dan Panduan, Tips Sebelum Kahwin.








Copy Protected by Owners KlikProtect.