-->

MAKLUMAT PELAKSANAAN HOSPITAL RAKAN BAYI DI MALAYSIA


Perkhidmatan Kertas Kerja Pinjaman dan Percukaian

babiesmozartslovakia375x226.jpg

Amalan-amalan jagaan kesihatan boleh memberi kesan yang besar terhadap amalan penyusuan susu ibu. Faktor amalan dan persekitaran yang menyokong penyusuan susu ibu akan membantu ibu-ibu menyusu dengan berjaya untuk tempoh yang lebih lama.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengatur dan melaksanakan pelbagai strategi di dalam mempromosikan penyusuan susu ibu. Salah satu strategi untuk menggalakkan penyusuan susu ibu di Malaysia adalah melalui pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi. Di Malaysia, Konsep ‘Inisiatif Hospital Rakan Bayi’ telah dilaksanakan bermula pada tahun 1993. Ia bertujuan untuk mewujudkan sebuah persekitaran yang menyokong ibu-ibu bagi menyusukan anaknya dengan susu ibu, menyediakan sebuah perkhidmatan yang membantu ibu menyusukan anaknya dan menjalankan polisi yang melindungi penyusuan susu ibu. Pada Mac 1998, Malaysia telah diisytiharkan sebagai Negara ke-3 di dunia yang mempunyai kesemua hospital kerajaan diiktiraf sebagai “Hospital Rakan Bayi’.

”10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya” merupakan kriteria utama yang telah ditetapkan pada tahun 1989 dalam pelaksanaan Hospital Rakan Bayi oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization) dan Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Children’s Fund). Dalam pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi di Malaysia, 10 langkah ke arah menjayakan penyusuan susu ibu yang telah digariskan adalah seperti berikut:-

Arrow Mengadakan SATU POLISI bertulis mengenai penyusuan susu ibu.

Arrow MELATIH semua anggota kesihatan dalam kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan polisi ini.

Arrow MEMBERITAHU semua ibu mengandung tentang kebaikan susu ibu dan pengendalian penyusuan susu ibu.

Arrow MEMBANTU ibu memulakan penyusuan susu ibu dalam masa ½ - 1 jam selepas bersalin.

Arrow Memberi TUNJUK AJAR kepada ibu-ibu cara menyusu dan bagaimana untuk mengekalkan penyusuan walaupun jika mereka terpisah dari bayi.

Arrow Menentukan bayi baru lahir TIDAK DIBERI minuman atau makanan lain selain daripada susu ibu, melainkan atas sebab-sebab perubatan.

Arrow Mengamalkan “ ROOMING-IN ”, DI MANA BAYI DAN IBU DILETAKKAN BERSAMA SETIAP MASA (24 jam).

Arrow MENGGALAKKAN penyusuan susu ibu mengikut KEHENDAK bayi.

Arrow Menentukan bayi TIDAK DIBERI puting tiruan atau puting kosong.

Arrow MEMBANTU PENUBUHAN kumpulan penyokong penyusuan susu ibu dan rujuk ibu-ibu kepada kumpulan ini apabila keluar dari hospital.

STATUS TERKINI HOSPITAL RAKAN BAYI DI MALAYSIA
( SEHINGGA JAN 2008)

Hospital Kerajaan yang telah mendapat pengiktirafan 117

Hospital Tentera yang telah mendapat pengiktirafan 2

Hospital Universiti yang telah mendapat pengiktirafan 2

Hospital Swasta yang telah mendapat pengiktirafan 6

Tags: , , ,

This entry was posted on Sunday, April 13th, 2008 at 9:02 pm and is filed under Perihal Bayi, Tips Bayi Anda, Tips Kelahiran, Tips Untuk Bayi, Tips dan Panduan. You can follow any responses to this entry through the feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

Bad Behavior has blocked 270 access attempts in the last 7 days.