Tag Archives: Saiz anggota

Anggota Seksual – Ikut keturunan

Tags:, , .

anggota seksualMEMILIKI anggota seksual sempurna menjadi idaman semua lelaki. Jarang lelaki memiliki anggota seksual kecil atau cacat.
Jika ada, masalah ini memberi perasaan rendah diri dan sukar bergaul dengan masyarakat, lebih-lebih lagi dengan wanita. Sebilangan besar lelaki memiliki anggota seksual yang berfungsi normal, boleh mencapai kekerasan apabila terangsang dan berukuran biasa untuk lelaki Asia (panjang 9-14 sentimeter/sm dan ukur lilit 8-13sm) tetapi sebilangan mereka rasa tidak puas, lebih lagi yang bertubuh rendah dan inginkan alat kelamin lebih besar.

Mereka beranggapan, jika berbadan tinggi atau besar, ukuran zakar patut begitu! Sebenarnya bentuk, saiz, termasuk ukuran panjang dan ukur lilit zakardipengaruhi keturunan, bangsa dan baka.

Anggota seksual lelaki jika kerap digunakan akan kelihatan mantap. Tinjauan beberapa peninjau seks dan wanita menyatakan, zakar kelihatan mantap dan ‘besar’ jika kerap digunakan. Sebaliknya, jika lama tidak digunakan, ia kelihatan kecil dan kecut.

Tidak salah untuk membelai anggota sulit dengan krim dan sentuhan ringan sekali sekala untuk kesejahteraan anggota itu, tetapi elak beronani kerana khuatir menjadi ketagih dengan perbuatan itu dan mengakibatkan masalah lain.

Menyapu anggota seksual dengan minyak tertentu seperti minyak lintah atau minyak dhab bukan cara untuk membesarkan anggota seksual.

(more…)

Popularity: 13% [?]

Posted on 4 June '08 by , under Tips Kesuburan, Tips Malam Pertama, Tips Senggama. No Comments.

Copy Protected by Owners KlikProtect.