Bayi tumbuh gigi sejak lahir

PEKAN: “Saya berharap anak keenam ini akan membawa tuah dalam keluarga kami kerana kelahirannya agak pelik berbanding anak lain apabila dia dikesan memiliki gigi pada gusi bawahnya,” kata suri rumah, Khairani Mat Sood.
Khairani,38, dari Taman Pelangkah, Pulau Keladi, dekat sini berkata, kelahiran Johann Abraham seberat 3.55 kilogram di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada 24 Disember lalu, mengejutkan keluarganya apabila bayi itu memiliki sebatang gigi di bahagian depan gusi bawahnya.
“Pada mulanya, saya sangkakan benda putih dan keras itu adalah sebahagian gusinya, tapi selepas seminggu, saiznya semakin membesar dan membentuk gigi yang sempurna.
“Berdasarkan andaian orang tua, bayi yang lahir bergigi akan membawa tuah kepada keluarganya dan saya berharap, ia akan menjadi kenyataan,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
Mengimbas kelahiran bayinya itu, Khairani berkata, sebelum itu dia sekeluarga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah (SHAH) Pekan, apabila rumahnya ditenggelami air.
“Proses kelahirannya tidak banyak berbeza dengan lima anak lain sebelum ini dan selamat dilahirkan jam 10.15 malam sehari selepas itu,” katanya.
“Saya dibenarkan pulang ke sini tiga hari kemudian selepas jalan yang ditenggelami banjir dibuka semula untuk lalu lintas,” katanya.
This entry was posted on Tuesday, January 15th, 2008 at 11:34 am and is filed under Perihal Bayi. You can follow any responses to this entry through the feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

















