Tags:Cium Anak Dapat Pahala.

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.” Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail. Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?”Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.” Wallahualam
SILA KLIK BUTANG ‘SHARE’ SELEPAS MEMBACA
Popularity: 3% [?]
Posted on 13 July '11 by Admin TKC, under Tips dan Nasihat. No Comments.
Tags:Adat cukur jambul, amalan cukur bayi, bila perlu cukur, bila perlu cukur jambul bayi, cara cukur bayi, cukur bayi, cukur jambul, Cukur jambul amalan bidaah orang Melayu, jambul bayi, kaedah cukur bayi.

Adat cukur jambul
Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas bayi dilahirkan. Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan iaitu sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih.
Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. Kemudian kelapa yang dihias dengan lilitan rantai emas atau perak disekelilingnya diletakkan di dalam sebiji batil. Kesemua rambut bayi yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan.
Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah membawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan. Akikah sunat dilakukan pada hari ketujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat mencukur rambut dan adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari yang lain.
Cukur jambul amalan bidaah orang Melayu
AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.
Lihat artikel penuh…
Popularity: 4% [?]
Sudahkah anda like fanpage kami? segera ke Fan Page kami di sini dan dapatkan ebuku-ebuku yang boleh dimuat turun secara percuma dar isemasa ke semasa.
Popularity: 2% [?]
Posted on 7 June '11 by Admin TKC, under Iklan. No Comments.
Tags:bila bayi perlu disuntik, Jadual Imunisasi Bayi, Suntikan Imunisasi, suntikan untuk bayi, Waktu Untuk Suntikan Bayi.

Klik untuk imej besar
Antara penyakit yang dapat di elak jika mengambil vaksinasi :
1. Tuberculois (TB ) – penyakit merebak melalui udara seperti bersin, batuk dan pernafasan. Ia menyebabkan masalah pada paru-paru dan mungkin juga memberi kesan pada tulang dan meninges(otak)
2. Hepatitis B - penyakit hati merebak daripada darah atau cecair badan lain seperti air liur, air kencing. Ia menyebakan kerosakan hati dan dalam jangka panjang boleh menjadi kanser.
3. Diphtheria – memberi kesan kepada sistem pernafasan disebabkan bacterium yang merebak melalui batuk dan bersin. Ia akan menghasilkan toksin yang menyebabkan komplikasi terhadap kegagalan jantung dan paralysis.
4. Tetanus (kancing gigi) – bakteria yang masuk ke badan akibat luka dalam, gigitan binatang, efeksi telinga, gigi dan tali pusat bayi atau calar yang kecil. Ia juga dikenali sebagai kancing gigi kerana gusi akan terkancing dan perlu rawatan di hospital. Jika tidak dirawat boleh menyebabkan kematian
5. Pertussis (batuk whooping) – bakteria mudah merebak melalui sentuhan, batuk dan bersin. Boleh menyebabkan keradangan pada paru-paru.
6. Polio – disebabkan oleh virus polio yang boleh merebak daripada mereka yang menghidapnya atau melalui makanan dan minuman yang tercemar. Ia boleh menyebabkan sakit otot dan lumpuh.
7. Penyakit haemophilus influenza jenis B (Hib) – disebabkan bakteria dipindahkan melalui udara. Jika paru-paru atau saluran darah tercemar, ia akan menyebabkan keradangan pada otak (meningitis)
8. Measles – disebabkan oleh virus yang disebarkan melalui pernafasan, batuk atau bersin. Menyebabkan keradangan paru-paru dan otak. Wanita mengandung juga perlu berhati-hati dengan penyakit ini kerana boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pra matang.
9. Mumps – disebabkan oleh virus dari keluarga virus paramyxo. Mudah tersebar melalui udara. Boleh menyebabkan keradangan otat, pekak atau kematian.
10. Rubella (german measles)– merebak melalui udara sama ada batuk, bersin atau pernafasan. Wanita mengandung juga perlu berhati-hati dengan penyakit ini kerana boleh menyebabkan komplikasi ketika mengandung.
Popularity: 2% [?]
Posted on 25 May '11 by Admin TKC, under Tips Bayi Anda. No Comments.
Tags:anak-anak dalam perkahwinan, Penjagaan Anak, Soal Anak-Anak, tips mendidik anak.

Dari page Wardina SaFiyyah
Nak kongsi jawapan saya pada media yang tidak disiarkan, moga memberi sedikit faedah
Apakah pengertian kehadiran anak-anak dalam hidup Kak Dina?
Anak-anak adalah penyambung zuriat keterunan manusia di bumi ini dan amanah dai Allah. Berat dan besar amanah ini kepada saya dan suami. Anak-anak juga adalah ujian dari Allah. Saya akui begitu banyak dugaan dan pengorbanan dari segi masa, tenaga dan wang untuk membesarkan mereka. Kehadiran anak dalam hidup pasangan suami isteri tidak mudah. Kita membesarkan orang bukannya pokok. Dan membesarkan anak merupakan satu ‘proses’ untuk saya mengenali diri dan merubah diri. Anak-anak banyak megajar saya erti sabar dan tanggungjawab serta ‘pengorbanan’ Saya belajar makna ‘kasih sayang’ yang sebenarnya, saya lebih matang dengan kehadiran mereka. Namun pada masa yang sama saya sedar mereka bukan hak saya tetapi hak Allah, jika saya gagal dalam tanggungjawab membesarkan mereka bermakna saya mengkhianati amanah Allah dan kelak akan menyesal di dunia dan akhirat.
Lihat artikel penuh…
Popularity: 4% [?]