Artikel Terkini ...

Renungan Jumaat – Raja Istighfar

Tags:.

Allahumma anta Rabbi la ilaha illa anta khalaqtani, wa ana ‘abduka wa ana ‘ala ‘ahdika ma-statha’tu, a’udzu bika min syarri ma shana’tu, abu’u laka bini’matika ‘alayya wa abu’u bidzanbi fa-gfir li, fainnahu la yaghfirudz-dzunuba illa anta

Artinya

Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, yang tiada Tuhan pantas disembah melainkan Engkau. Tuhan yang telah menciptakan diriku. Aku adalah hamba-Mu dan aku ada dalam perjanjian-Mu, yang dengan segala kemampuanku aku laksanakan perintah-Mu. Aku berlindung kepada-Mu dari segala perbuatan buruk yang aku lakukan kepada-Mu. Engkau telah mencurahkan nikmat-Mu kepadaku, sedangkan aku senantiasa berbuat dosa. Ampunilah dosaku karena tidak ada yang dapat mengampuni dosa kecuali Engkau. 

(HR. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah, dan Hakim)

(Hadis Riwayat al-Bukhari (no. 6306, 6323), Ahmad (4/122, 125), dan an-Nasa’I (8/279-280) dari Syaddad bin Aus radhiyallahu ‘anhu)

Rasulullah membiasakan membaca doa itu dan beliau menyebutkan sebagai Sayyidul Istighfar atau Raja Istighfar. Bahkan, Rasulullah menegaskan, barangsiapa yang membaca sayyidul istighfar pada sore hari dan hamba Allah itu meninggal pada malam harinya hingga terbit matahari ia berhak masuk surga. Barangsiapa yang membaca sayyidul istighfar pada malam hari, kemudian hamba Allah itu meninggal pada siang hari (mulai matahari terbit hingga terbenamnya) ia berhak masuk surga.

Popularity: 1% [?]

Posted on 21 October '11 by , under Berkat Jumaat. No Comments.

Kerap Hamil Mampu Jejas Tulang

Tags:, , , , , .

WANITA disaran supaya menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya selama dua tahun.

MEMILIKI zuriat yang ramai selalunya mampu memberikan kebahagiaan dalam kehidupan berkeluarga.

Namun, kehamilan yang kerap dan dalam jarak masa yang singkat turut mengundang risiko kepada ibu mengandung.

Seorang pakar perubatan rehabilitasi dari Fakulti Kedoktoran, Universiti Indonesia, Dr. Siti Annissa Nuhonni berkata, bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesarannya.

Kalsium tersebut disumbangkan oleh ibu dan kuantitinya perlu dikongsi bersama. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu hamil memerlukan kuantiti kalsium yang tinggi berbanding biasa.

Selain itu, setelah proses melahirkan anak, kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.
Lihat artikel penuh…

Popularity: 1% [?]

Posted on 7 October '11 by , under Tips Kesihatan. 2 Comments.

Tips Budget Kahwin RM5000

Tags:, , , , .

Ramai yang mengeluh bila mana tiba saat untuk mendirikan rumahtangga. Umur yang meningkat serta tekanan daripada persekitaran menyebabkan ada yang sakit kepala memikirkan hal mendirikan rumahtangga. Perkara yang kerap menjadi masalah adalah faktor kewangan. Kerap kita dengar ada yang berkata zaman sekarang ni kalau nak berkahwin, perlukan sekurang-kurangnya RM20,000 untuk satu majlis. Kalau untuk 2 majlis lelaki dan perempuan pula? macam mana tak berpeluh. TipsKahwin ingin kongsikan bersama anda tips yang admin jumpa di blog Kuntum Kenyalang. Mari kita baca dan fikirkan sejenak, sebenarnya memang mudah nak berjimat dalam majlis perkahwinan.



Assalamualaikum salam kasih sayang, entri kali ni Cik Kuntum nak sharekan tulisan seorang Hamba Allah yang mengelarkan dirinya sebagai Kiyai Reformis yang bijak menyusun kata-kata, tulisannya tentang bab dan hal ehwal bajet perkahwinan sangat bernas sekali, hingga Cik Kuntum pun nak ikut idea tu, nak tahu Tips Budget Kahwin RM5000? mari baca sama-sama..

Majlis perkahwinan bukan suatu majlis perniagaan. Bukan sidang jualan langsung atau tidak langsung. Ia adalah satu program ibadah kepada Tuhan ALLAH swt. Di kebanyakan tempat sekarang ini, majlis perkahwinan seperti program menjual nasi minyak atau menjual meja. Wang sumbangan dicatat dan di kira jumlahnya. Ini perbuatan sangat HINA. Saya ulangi – perbuatan ini dilakukan oleh satu pemikiran yang hina dan tidak bertamaddun. Kita tinggalkan kehinaan itu…. mari bicara bagaimana menjalankan majlis walimah yang murah dan cantik.

 Kos di bawah RM 5000 !
Lihat artikel penuh…

Popularity: 7% [?]

Posted on 4 October '11 by , under Tips Belanja, Tips Kahwin, Tips Kewangan, Tips Sebelum Kahwin. 5 Comments.

Panduan Cegah Kehamilan

Tags:, , , , , , .

LELAKI sebagai suami dan peneraju rumah tangga perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan mengenai perancangan keluarga serta kaedah pencegah kehamilan kerana kehamilan yang tidak dirancang boleh menimbulkan tekanan emosi suami isteri.

Kehamilan adalah tanggungjawab kedua-dua pihak, justeru memerlukan kerjasama suami isteri untuk merancang sebaik-baiknya sebelum mengambil keputusan menjadi ibu bapa, terutama apabila belum bersedia, supaya kehadiran anak itu tidak terlalu cepat, terlalu lewat atau sangat rapat.

Kehamilan yang tidak dirancang dan tidak dikehendaki berlaku di seluruh dunia. Peningkatan kehamilan luar nikah bukan saja membimbangkan ibu bapa dan pemimpin masyarakat, tetapi menjadi perhatian pakar perubatan kerana banyak kehamilan begini berakhir dengan pengguguran tidak selamat atau pembuangan bayi.

Pun begitu, masalah pengguguran haram turut berlaku pada wanita bergelar isteri. Walaupun tiada data, perkara ini bukan lagi rahsia. Di seluruh dunia, dianggarkan 220,000 kehamilan tidak dirancang dan mungkin berakhir dengan pengguguran.

Ini adalah masalah global yang berlaku di negara membangun dan maju, jarang diberi perhatian akibat kekurangan pendidikan seks serta penggunaan kaedah perancangan keluarga yang tidak betul, kata Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Premitha Damodaran.

Kajian antarabangsa yang dibentang pada Kongres Kesatuan Obstetrik dan Ginekologi Antarabangsa baru-baru ini melaporkan ramai wanita — tidak kira latar belakang pendidikan atau kewangan — kurang tahu mengenai kaedah pencegahan kehamilan. Ini bukan saja menyebabkan mereka ada pilihan terhad, malah ramai salah faham terhadap kaedah sedia ada.

Mungkin ada yang mempersoalkan apa pentingnya pencegahan kehamilan. Tahukah anda, dalam masa seminit, sebanyak 70 trilion sperma dihasilkan di seluruh dunia, satu juta telur disenyawakan; 60,000 lelaki mengalami ejakulasi; 500 wanita hamil dan 40 daripada kehamilan itu berakhir dengan pengguguran.

Dalam seminit juga, sebanyak 260 bayi dilahirkan, seorang wanita meninggal dunia ketika mengandung, bersalin atau menggugurkan anak dan paling menyedihkan, 21 bayi kurang daripada setahun meninggal dunia.

Dr Premitha berkata, tiada siapa berhak menghalang mana-mana pasangan untuk mendapatkan anak jika keadaan kesihatan dan ekonomi mengizinkan; cuma yang disarankan ialah kehamilan itu tidak berlaku terlalu cepat, lewat atau sangat rapat kerana boleh menimbulkan banyak konflik.

Malangnya, dalam era teknologi yang membolehkan kita mendapat pelbagai maklumat dengan hanya menggerakkan jari, masih ramai pasangan tidak tahu kaedah pencegahan kehamilan yang ada di negara kita.

Masih ada orang percaya wanita tidak akan mengandung pada kali pertama mengadakan hubungan seks, menjalankan aktiviti seksual ketika haid atau hanya ‘bermain di luar’. Sehingga kini ada 10 hingga 15 jenis kaedah pencegahan kehamilan yang ada di negara kita.

Antara kaedah yang boleh digunakan untuk merancang keluarga ialah:
Lihat artikel penuh…

Popularity: 7% [?]

Posted on 25 August '11 by , under Tips Kehamilan, Tips Merancang Keluarga. 2 Comments.

Cara Bijak Memuji atau Mengkritik Anak

Tags:.

Di saat anak Anda mengalami peningkatan entah itu dalam prestasi apapun, sebagai tanda bahwa Anda bangga dengan keberhasilannya, Anda akan memberikan pujian. Anda tentu berharap dengan memberikan pujian kepada anak dapat membangkitkan harga diri sang anak. Tetapi apakah itu merupakan respon terbaik? Sebagian besar orang tua percaya dengan pujian dapat membantu anak untuk merasa senang dengan diri mereka sendiri. Tetapi dengan memuji kecerdasan anak, bisa menjadi bumerang bagi sang anak, karena bisa jadi akibat dari pujian itu sang anak menjadi takut gagal.

Bukan berarti orang tua tidak boleh memberikan pujian kepada anak sama sekali, Anda tentu saja boleh memberikan banyak pujian, tetapi hendaknya pujian itu diberikan pada apa yang sudah dicapai anak atau kegigihan usahanya, bukan pada kecerdasannya.

Beberapa hal yang harus Anda perhatikan jika Anda memberikan pujian kepada anak Anda adalah :

Lihat artikel penuh…

Popularity: 2% [?]

Posted on 23 August '11 by , under Tips dan Panduan, Tips Kanak-Kanak. No Comments.

Copy Protected by Owners KlikProtect.