Artikel Terkini ...

Bagaimana Untuk Mengetahui Keserasian Anda Dengan Si Dia?

Tags:, , .

Apabila kita bercakap tentang ini, kita mungkin bercakap tentang karakteristik orang itu. Adakah karakteristik dia sesuai dengan anda?

Adakah dia mampu menerima segala kekuatan dan kelemahan anda?

Saya suka bertanya kepada diri saya perkara yang sama. Alhamdulillah, perniagaan saya so far so good dan hidup saya bahagia. Walaupun ada kekangan masa, tapi saya boleh menguruskannya dengan baik kerana saya mempunyai keserasian yang hebat dengan rakan niaga saya.

Untuk menjawab persoalan kesesuaian itu, saya mengalihkan mata saya ke arah teknik metafizik. Teknik metafizik ini membolehkan saya memahami apakah yang terkandung di dalam ketetapan hidup supaya kita boleh merangka strategi dan tindakan untuk aktiviti pembetulan, pencegahan, penambahbaikan dan peningkatan kehidupan kita.

Ianya bukan jawapan kepada semua masalah di dunia ini. Tetapi bolehlah mengurangkan ketidakpuashatian atau pertelingkahan pihak yang terbabit.

Tetapi sekurang-kurangnya, untuk ramai orang yang sudah mengetahui teknik ini, ia telah mengubah hidup mereka. Ada yang secara drastik dan ada yang sedikit demi sedikit.

Anda boleh cuba kalau anda mahu.

nak tahu anda serasi dengan pasangan? Klik sini

Popularity: 2% [?]

Posted on 15 December '11 by , under Iklan. No Comments.

Apa yang anda perlu tahu tentang TASKA

Tags:, .

Kini ramai ibu bapa yang sama-sama bekerja dan memerlukan pusat asuhan atau taman asuhan untuk menjaga anak mereka yang masih kecil. Ada yang tidak mengambil peduli mengenai keperluan untuk meneliti kesahihan sesebuah taska sama ada ianya berdaftar atau tidak. Banyak kes penderaan malah kematian yang dicatatkan berlaku di premis TASKA yang tidak berdaftar. Pastikan taska tersebut mempunyai pekerja yang mempunyai Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanan. Dibawah adalah beberapa perkara yang ibu bapa perlu ambil perhatian sebelum mendaftar anak anda di taska kawasan anda.

AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 (Akta 308)

Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 digubal bertujuan:

  • Memastikan setiap TASKA yang ditubuhkan berdaftar
  • Mengadakan pemeriksaan dan pengawalan
  • Menentukan kebajikan, kesejahteraan, keselamatan dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak diutamakan

Lihat artikel penuh…

Popularity: 1% [?]

Posted on 6 December '11 by , under Tips dan Panduan. No Comments.

Kesan Perkataan Kepada Anak-anak kita – Ibarat Doa

Tags:, , , .

Semasa sesaorang bayi itu lahir, dia mempunyai potensi untuk menjadi seorang genius.  Jika seorang bayi itu tidak cacat maka dia mempunyai segala yang di perlukan untuk dia boleh menjadi  cemerlang. Jika otaknya dirangsang dengan sempurna, dia pasti boleh mencapai tahap genius.

Saya suka membuat andaian yang mudah difahami untuk menerangkan lagi perkara ini. Sekiranya kita andaikan anak kecil itu seperti sebuah kereta, maka semasa dia baru lahir, dia adalah ibarat sebuah kereta sport yang boleh meluncur laju dan mempunyai kapasiti enjin yang besar. Namun jika pemandunya tidak menggunakannya dengan sepenuhnya, tidak ada guna kuasa yang ada pada kereta itu.
Lihat artikel penuh…

Popularity: 2% [?]

Posted on 23 November '11 by , under Tips Kanak-Kanak. No Comments.

Panduan Mendidik Anak

Tags:, , .


1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

Lihat artikel penuh…

Popularity: 2% [?]

Posted on 1 November '11 by , under Tips Kanak-Kanak. No Comments.

Kepentingan Masa Dalam Keluarga

Tags:.

Semua ibu bapa berkata mereka sayangkan anak, tetapi mengapa si kecil tidak berasakan demikian? Kesibukan ibu bapa menyebabkan masa diluangkan dengan anak terbatas. Anak yang cemerlang mempunyai hubungan kekeluargaan erat dan ibu bapa banyak meluangkan masa dengan mereka. Lebih banyak masa bersama ibu bapa, semakin dirasakan kasih sayang itu. Tiada sesiapa boleh menggantikan kehadiran ibu bapa. Wang ringgit tidak boleh membeli kebahagiaan anak.

Kerap kali ibu bapa cuba menggantikan masa dengan kebendaan dan kewangan. Mereka belikan apa saja yang anak mereka mahukan. Mereka berikan wang setiap kali dipinta. Namun, ia hanya menjadi keseronokan seketika sedangkan jiwa mereka kosong dengan kasih sayang.

Ini bukanlah bermakna anak yang terbiar tiada yang berjaya. Tetapi, apabila keharmonian keluarga terjejas dan ibu bapa terlalu sibuk dengan kerja dan urusan masing-masing, disiplin anak terbiar. Mereka malas menyiapkan kerja sekolah, ponteng kelas agama, salah pilih kawan, buang masa dengan permainan video dan asyik berinternet.

Berikut perkara yang perlu ibu bapa lakukan bagi memastikan anak mereka cemerlang dunia dan akhirat.

Lihat artikel penuh…

Popularity: 1% [?]

Posted on 31 October '11 by , under Tips Kanak-Kanak. No Comments.

Copy Protected by Owners KlikProtect.