
PEKAN: “Saya berharap anak keenam ini akan membawa tuah dalam keluarga kami kerana kelahirannya agak pelik berbanding anak lain apabila dia dikesan memiliki gigi pada gusi bawahnya,” kata suri rumah, Khairani Mat Sood.
Khairani,38, dari Taman Pelangkah, Pulau Keladi, dekat sini berkata, kelahiran Johann Abraham seberat 3.55 kilogram di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada 24 Disember lalu, mengejutkan keluarganya apabila bayi itu memiliki sebatang gigi di bahagian depan gusi bawahnya.
“Pada mulanya, saya sangkakan benda putih dan keras itu adalah sebahagian gusinya, tapi selepas seminggu, saiznya semakin membesar dan membentuk gigi yang sempurna.
“Saya anggap ini sesuatu yang unik dan setiap hari, saya perlu mencuci giginya menggunakan tuala lembut bagi menjaga kebersihan.
“Berdasarkan andaian orang tua, bayi yang lahir bergigi akan membawa tuah kepada keluarganya dan saya berharap, ia akan menjadi kenyataan,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
Mengimbas kelahiran bayinya itu, Khairani berkata, sebelum itu dia sekeluarga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah (SHAH) Pekan, apabila rumahnya ditenggelami air.
“Proses kelahirannya tidak banyak berbeza dengan lima anak lain sebelum ini dan selamat dilahirkan jam 10.15 malam sehari selepas itu,” katanya.
“Saya dibenarkan pulang ke sini tiga hari kemudian selepas jalan yang ditenggelami banjir dibuka semula untuk lalu lintas,” katanya.
Popularity: 1% [?]
Posted on 15 January '08 by Admin TKC, under Perihal Bayi. No Comments.


Popularity: 1% [?]
Posted on 13 January '08 by Admin TKC, under Khidmat. No Comments.
Mungkin ramai yang dah baca kisah ni,saja refresh.
Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh
anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si
anak itu bertanya kepada ayah…..
Anak: Ayah… ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm…. nak tanya apa?
Anak: Ayah… berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu ayah… Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.
Anak: Oh..20 ringgit..
Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan berkata, “Oh, itu ke sebabnya kamu
tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu?
Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur!
Dah pukul berapa nih…!! Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil
itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah
kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar
memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta
wang sebegitu banyak sebelum ini.
Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya. Didapati anaknya masih belum tidur. “Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni” Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang.
“Terima kasih banyaklah ayah!”
Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhim pit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. “Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??”
Amin tunduk… tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan…..”Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit…”
“Tak cukup duit nak beli apa??” Jerkah ayahnya lagi.
“Ayah…. sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah.. ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah..”
Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya…
Moral:
Kongsilah cerite ni ngan sesape aje yg anda suka tapi.. yang penting sekali, kongsilah masa sebanyak 20 ringgit itu bersama2 dgn insan yang anda sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang bekerja keras sepanjang hidupnya.. yang bakal kerja sok lusa… atau sesiapa saja yang selalu sibuk…
Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2
dengan mereka2 yang begitu rapat dengan kita.. yang sentiasa berada
di hati kita..
Bayangkan… bila dah kerja nanti… kalau kita mati.. pihak syarikat
akan senang2 cari orang lain.. gantikan kita.
Tapi.. keluarga, rakan2 yang kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan
berasa suatu kehilangan
sepanjang hidup mereka… Fikirlah… selama ni… apa yang kita dah
buat untuk keluarga kita?.. untuk insan yang kita sayang??
Moral:
jangan gila kerja sgt…
berpada pada la….
Popularity: 1% [?]
Salam sejahtera,

Kali ini tipskahwin akan memperkenalkan satu laman web yang memberi pengkhususan kepada produk-produk penjagaan bayi. LittleWhiz.Com adalah laman web yang menjual barangan ini dan beroperasi di Malaysia. Pelbagai barangan menarik seperti katil bayi, kereta sorong bayi, tub mandi, permainan, malah pakaian juga ada dijual disini. LittleWhiz.Com memberikan andan pilihan yang terbaik untuk anak anda.
Anda boleh mendapatkan harga yang lebih baik jika anda memborong dengan banyak. Anda perlu membeli lebih dari RM4,000 atau mengambil barangan dengan bilangan yang banyak. Jangan lupa, dapatkan produk – produk berkualiti dan original di LittleWhiz.Com.

Popularity: 8% [?]
Saya baru mendapat email daripada saudara Zamri Nanyan yang memaklumkan mengenai kelahiran anak ketiga beliau. Di sini saya sisipkan email yg beliau hantar, mari kita kongsi bersama pengalaman dengan Baby Imran beliau…
Salam hormat, Rizal!
Kebelakangan ini saya begitu sibuk, bukan dengan
internet, tetapi dengan persediaan untuk mendapat
cahaya mata baru.
Dan, hasrat saya dan isteri tercapai pada Isnin
lepas dengan kami dikurniakan seorang anak lelaki
yang agak besar juga.
Walaubagaimanapun, boleh saya katakan isteri saya
bertarung nyawa untuk melahirkan anak ketiga
kami ini… dan buat pertama kalinya saya menulis
mengenai kelahiran anak saya di blog dan website
saya.
Anda boleh membacanya di http://imran.zamrinanyan.com
dan saya harap anda dapat tinggalkan ucapan kepada
isteri dan anak saya untuk mereka membacanya nanti.
Cuma klik ke perkataan ‘comment’ untuk meninggalkan
ucapan.
(psst… mereka belum mengetahui mengenai laman
web ini dan saya berharap akan mendapat sebanyak
ucapan yang mungkin untuk isteri dan anak saya).
Oleh itu, jangan lupa sebarkan berita ini dan
website http://imran.zamrinanyan.com kepada rakan
anda.
Walaupun website tersebut di dalam bahasa Inggeris,
saya harap anda dapat memahami pengalaman yang
saya lalui di bilik kelahiran tersebut… dan anda
boleh tinggalkan ucapan di dalam bahasa Malaysia
sekiranya anda tidak selesa dengan English.
Saya juga ada memberikan insentif kepada mereka
yang mempromosikan blog kelahiran anak saya ini
dan anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di
http://imran.zamrinanyan.com/share.html
“Share the JOY With Us”
Dan jangan lupa sebarkan berita ini kepada seramai
yang mungkin.
ikhlas,
Zamri Nanyan
Popularity: 1% [?]