
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan bahawa cadangan penubuhan bank susu ibu adalah haram.
Ini kerana tindakan itu boleh mengakibatkan percampuran nasab dan membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram.
Menurut laporan akhbar Berita Harian hari ini, keputusan yang diambil pada persidangan muzakarah kali ke-97 pada hujung tahun lalu, melihat kepada keperluan penubuhannya yang tidak berada dalam keadaan darurat sehingga mengancam keselamatan umat.
“Muzakarah berpandangan bahawa menjaga keturunan, termasuk dalam lima perkara yang wajib dipelihara dalam syariat Islam. Oleh itu, apa-apa tindakan atau perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada nasab atau keturunan perlu dielakkan.
Lihat artikel penuh…
Popularity: 1% [?]
Posted on 16 January '12 by Admin TKC, under Tips dan Nasihat. No Comments.
Tags:Doa Bertemu Jodoh Untuk Wanita, Doa Jodoh, Doa Wanita Mendapat Jodoh.

Satu agenda yang besar dalam kitaran hidup manusia. Jodoh juga adalah agenda pelengkap untuk kesejahteraan dan tuntutan fitrah manusia normal yang dicipta oleh Allah. Indahnya Islam yang mensyariatkan perkahwinan yakni ikatan dan persetujuan antara dua makhluk, iaitu wanita dan lelaki secara sah di sisi syarak dan undang-undang yang memang secara azalinya saling memerlukan. Tatkala terciptanya Adam arakian juga diciptakan Allah akan Hawa.
Sedarkah kita bahawa Allah ta’ala sudah berfirman bahawa ketika mana kita berusia 6 bulan di dalam rahim ibu kita sudah ditetapkan kepada kita 3 perkara yakni persoalan ajal maut,rezeki dan akhir sekali jodoh, maka selayaknya persoalan ini kita sandarkan pada Islam yang sentiasa menjadi pemudah dan pedoman hidup mukmin sejati. Disambung lagi dengan sabda Rasulullah SAW yang menggariskan 4 perkara utama yang perlu pada pemilihan pasangan hidup iaitu rupanya,hartanya,keturunanya dan agamanya. Maka selayaknya menjadi pilihan utama adalah pasangan yang mencintai agama kerana seseorang mukmin secara langsung akan terserlah sifat soleh dan solehahnya. Dengan itu secara langsung sifat kewanitaanya, kekayaanya, kebijaksanaanya jua akan terserlah sama.
Lihat artikel penuh…
Popularity: 1% [?]
Posted on 1 January '12 by Admin TKC, under Tips dan Renungan. No Comments.

[1] Maksud Baitul Muslim
Rumah Tangga/ Keluarga Muslim yang beramal dengan Islam dalam keluarganya
[2] Kepentingan membentuk dan membina Baitul Muslim (Keluarga Muslim)
KELUARGA merupakan asas kepada pembangunan negara. Keluarga yang bahagia akan melahirkan rakyat yang dapat menyumbangkan tenaga kepada pembangunan negara. Kebahagiaan sesebuah keluarga pula amat bergantung kepada sejauh mana ahli keluarga itu berpegang teguh kepada prinsip dan ajaran agama Islam. Penghayatan terhadap agama dan berpegang teguh kepada etika hidup yang baik akan menjamin kebahagiaan hidup sesebuah keluarga. Menjadi kewajipan setiap ahli keluarga mengamalkan nilai murni dan ibubapa hendaklah konsisten dalam mendidik anak-anak agar sentiasa mengamalkan perintah serta menjauhi larangan Allah.
[3] Ciri-ciri dan sifat baitul Muslim (Rumah tangga Muslim)
MEMBINA PERSEKITARAN BERAGAMA DALAM KELUARGA
a. Memperbanyak koleksi buku,majalah dan surat khabar bercorak agama
b. Minat kepada ilmu agama
- Membawa anak-anak mereka ke pesta-pesta buku Islam.
- Mendedahkan mereka kepada ilmu agama dalam pelbagai bentuk, seperti konsert-konsert nasyid, kaset dan video (seperti Jejak Rasul), bahan-bahan multimedia, khemah ibadah dan sebagainya.
- Sewaktu masa lapang bersama keluarga, adakan dialog dan perbincangan dengan anak-anak tentang isu-isu semasa. Bincangkan tentang kebijaksanaan Islam dalam menangani masalah tersebut.
- Bawa anak-anak bermusafir, dalam sebuah kereta atau van, melancong sambil melihat kebesaran Allah ditepi-tepi pantai, bukit-bakau dan gunung-ganang. Sambil itu, ajak mereka memikirkan kebesaran Allah, mencungkil hikmah di sebalik kejadian alam tersebut. Atau tamsilkan alam semula jadi dengan kehidupan selepas mati. Umpamanya, mengibaratkan tasik yang terbentang luas sebagai lautan api neraka. Ini adalah untuk menimbulkan rasa gerun terhadap api neraka. Sekaligus menambah keyakinan terhadap pembalasan Allah.
Lihat artikel penuh…
Popularity: 1% [?]
Posted on 31 December '11 by Admin TKC, under Tips Kahwin. No Comments.
Tags:Ereksi petunjuk kesihatan.

SALURAN darah atau arteri pada zakar mempunyai kaitan rapat dengan tahap ereksi. Perunding Urologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr. Ong Teng Aik memberitahu, ereksi atau ketegangan pada zakar berlaku jika darah memasuki ruang zakar dengan mencukupi.
“Darah akan memenuhi ruang zakar tanpa gangguan serta memberi kekuatan ereksi andainya saluran darah tidak terganggu atau tersumbat,” kata Teng Aik.
Zakar akan membesar dan menegang apabila sepasang tisu korpus kavernosum pada alat kelamin itu terisi dengan darah.
Jelas Teng Aik, pembentukan plak dan lemak akibat pertambahan kolesterol di dalam badan mampu menyekat saluran darah.
Oleh kerana saluran darah zakar lebih kecil berbanding pada bahagian lain tubuh, tanda awal kepada masalah kesihatan kardiovaskular ditunjukkan oleh tahap ereksi.
“Penyakit kardiovaskular menyebabkan sekatan kepada aliran darah ke bahagian zakar dan menyebabkan masalah mati pucuk.
Tahap
“Sebenarnya dalam tempoh tiga tahun selepas masalah mati pucuk dikesan, pesakit berisiko mendapat penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung selain diabetes dan obesiti.
“Merokok dan amalan sedentari atau gaya hidup tidak aktif turut memberi kesan kepada kemerosotan kekuatan ereksi zakar.
Lihat artikel penuh…
Popularity: 1% [?]
Posted on 30 December '11 by Admin TKC, under Tips Kesuburan. No Comments.

Masalah cepat pancut antara gejala yang paling di takuti oleh lelaki. Sebagai panduan untuk anda, berikut adalah tujuh sebab kenapa masalah cepat pancut terjadi.
1.Keyakinan yang rendah
Keyakinan rendah suami untuk puaskan isterinya akan jadi penyebab dia alami masalah cepat pancut. Ini kerana dia akan ragu–ragu dalam tindakan dia untuk merangsang isterinya. Ragu–ragu hanya akan merosakkan hubungan seks.
2.Zakar yang terlalu sensitif
Kepala zakar yang terlalu sensitif terhadap rangsangan juga akan jadi penyebab kepada masalah cepat pancut.
3.Tidak pandai bersetubuh
Lelaki yang tiada ilmu yang cukup untuk melakukan persetubuhan pasti akan alami masalah cepat pancut. Ini kerana, mereka hanya ikut nafsu mereka sahaja tanpa memikirkan pasangan.
Lihat artikel penuh…
Popularity: 2% [?]
Posted on 29 December '11 by Admin TKC, under Tips dan Panduan. No Comments.