Bayi yang baru dilahirkan sering terdedah kepada berbagai penyakit berjangkit yang boleh dicegah dengan pemberian suntikan/imunisasi. Oleh itu Kementerian Kesiahtan telah menjadualkan beberapa suntikan yang perlu diberikan kepada bayi setelah dilahirkan iaitu:
Sebaik dilahirkan – BCG (untuk pencegahan Tibi), Hepatitis B dos pertama (cegah penyakit hati)
1 Bulan – Hepatitis B dos kedua
3 bulan – Tiga serangkai dos pertama (untuk mencegah penyakit batuk kokol, dipteria dan tetanus), Polio dos pertama (untuk penyakit lumpuh)
4 Bulan – Tiga serangkai dos kedua, Polio dos kedua
5 Bulan – Tiga serangkai dos ketiga, Polio dos ketiga, Hepatitis B dos ketiga
9 Bulan – Campak
Adalah menjadi tanggungjawab ibubapa membawa bayi ke klinik untuk diperiksa dan diberi suntikan-suntikan tersebut supaya bayi tidak dijangkiti penyakit merbahaya yang boleh dicegah melalui imunisasi dan diberi percuma di klinik-klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan. Bayi-bayi yang dibawa ke klinik juga akan diperiksa dan dibuat penilaian berkaitan dengan perkembangan dan pertumbuhan mereka dan anggota kesihatan dari masa ke semasa akan membberi nasihat berkaitan dengan penjgaan bayi.
Popularity: 2% [?]
1. Berkemahuan dan berkeyakinan untuk menyusui bayi anda:
Sekiranya puan merasa ragu, malu, resah atau cemas, pengeluaran ‘oxitosin’ boleh terhalang dan ini akan menghalang pengeluaran susu ibu.
2. Memulakan penyusuan secepat mungkin.
Reflex ‘rooting’ dan sucking (menghisap) bayi lebih kuat dalamasa 1 jam pertama selepas kelahiran. Ini akan merangsang pengeluaran prolaktin dan oxitosin yang menyebabkan pembentukan dan pengeluaran kolesterol. Pengeluargan oxitosin semasa hisapan akan mengecutkan rahim dengan cepat dan ini mengurangakan kejadian pendarahan.
3. Bersama bayi setiap masa (24 jam) ” Rooming in”
Kenapa penting ?
Dalam 3 hari pertama, kolestrum akan dikeluarkan. Jumlah kolestrum yang dihasilkan adalah sedikit (20-30 mls) setiap susuan. Tetapi jangan bimbang kerana ia mencukupi untuk keperluan bayi puan. Ia sangat kaya dengan zat makanan dan antibodi.
Dalam tempoh ini, bayi perlu menghisap susu puan sekerap mungkin dan bila-bila masa ia mengdendakki serta selama mana bayi puan mahu. Sekiranya bayi tidur terlalu lama, kejutkan dan susui. Pastikan bayi puan melekap dengan betul dan menyusu di waktu malam. Bayi dan puan akan cepat mengenalpasti kedudukan yang paling selesa (posisi yang baik).
4. Demand feeding.
Kolestrum berubah kepada susu matang selpas dua minggu kelahiran. Susu ibu matang berubah dari masa ke semasa dari hari ke hari dan dari satu susuan ke satu susuan. Bayi yang diberi susu ibu mengikut kemahuan (demand feeding) tidak memerlukan sebarang minuman lain walaupun air bagi 6 bulan pertama. Semakin kerap bayi menyusu, semakin bertambah penghasilan susu. Puan juga perlu menyusukan bayi puan pada bila-bila masa terasa penuh untuk mengelakkan bengkak buah dada.
5. Teknik terbaik penyusuan susu.
Menyusui bayi sambil duduk atau berbaring adalah pilihan puan. Syarat pernting, puan dan bayi pun selesa.
5.1 Bagi memastiakan bayi selesa kedudukan bayi mestilah:
i Bayi tenang tidak menangis
ii. Badan bayi mengadap rapat pada ibu.
iii. Perut bayi bertemu perut ibu.
iv. Kepala, leher dan belakang bayi dalam keadaan lurus.
v. Muka bayi berhadapan buah dada ibu.
vi. Punggung bayi diampu.
5.2 Pelekapan yang berkesan; tanda-tandanya.
i. Mulut bayi terbuka luas.
ii. Dagu bayi menyentuh buah dada.
iii. Bibir bawah bayi dijulurkan keluar.
iv. Bayi menghisap, berhenti dan menghisap lagi dengan dalam dan perlahan.
v. Ibu mungkin mendengar bayi menelan.
5.3 Sekirannya bayi tidak melekap dengan betul.
i. Ibu merasa sakit puting semasa dan selepas menyusu.
ii. Buah dada ibu mungkin bengkak kerana susu tidak dikeluarkan secukupnya.
6. Bagaimana cara meningkatkan penghasilan susu:
1. Bayi perlu melekap dengan betul.
2. Tidak memberi puting tiruan atau botol susu.
3. Tidak memberi apa jua minuman atau makanan selain dari susu ibu sebelum bayi berumur 4 bulan.
4. Beri bayi menyusu sekerap yang bayi mahu (demand feeding).
5. Beri bayi menyusu sebanyak yang bayi mahu.
6. Beri bayi menyusu di waktu malam.
7. Makan perlu berkuah, digalakkan makan daun pegaga dan sayur lobak putih.
Popularity: 1% [?]
Agar anda dapat menyusu dengan BAIK, pastikan anda mengamalkan pemakanan yang seimbang walaupun sebelum anda hamil. Makanlah makanan membina badan’ seperti ikan, telur, daging, susu, kekacang dan bijirin; makanan memberi tenaga seperti nasi, roti dan mi, dan sudah tentulah, makanan mencegah jangkitan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
Semasa mengandung, buah dada anda akan membesar kerana semakin banyak tisu susu yang terbentuk. Pakai coli yang sesuai untuk mengampunya dengan balk. Puting anda juga menjadi semakin gelap. Jaga kebersihan diri sepanjang masa hamil.
Kini anda sudah bersedia!
BAGAIMANA PROSES PENGELUARAN SUSU BERLAKU
Pengeluaran susu bergantung pada keperluan dan penghisapan bayi. Anak saraf dalam puting anda dirangsang bila bayi anda menetek. Seterusnya satu isyarat dihantar ke otak anda yang menyebabkan pengeluaran hormon prolaktin.
Hormon ini memulakan pengeluaran susu dalam buah dada anda. Semakin kerap bayi anda menetek, semakin banyak hormon prolaktin yang dikeluarkan, Dan lebih banyak hormon bererti lebih banyak susu yang terhasil. Apabila bayi menetek, ini akan merangsangkan pengeluaran hormon oksitosin yang menyebabkan susu mengalir keluar.
Walau bagaimanapun, proses yang mudah lagi semulajadi ini tidak akan berjaya sekiranya anda kurang yakin dengan keupayaan diri untuk menyusu atau cemas dan mengalami tekanan. Jadi anda mesti sentiasa berfikiran positif!
MASA YANG PALING BAIK UNTUK MENYUSUKAN BAYI
Anda boleh mula menyusukan bayi anda sebaik saja selepas bersalin atau dalam masa 1 jam selepas bersalin. Ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu. Lagipun pada masa ini, bayi anda paling peka pada alam sekelilingnya. Dalam masa 3 hari pertama selepas bersalin, anda akan menghasilkan susu yang pekat berwarna kekuningan limau (iaitu kolostrum). Jangan bimbang. Kolostrum cukup berkhasiat untuk memenuhi keperluan bayi buat beberapa hari pertama. la kaya dengan zat dan antibodi dan membantu melindungi bayi anda daripada jangkitan kuman. Jelaslah ia amat penting untuk bayi. Sepanjang tempoh ini, susui bayi anda mengikut kehendaknya. Buah dada anda mungkin terasa kosong pada permulaannya . Jangan risau. Bekalan anda cukup untuk memenuhi keperluan bayi.
Lazimnya susu anda akan mula keluar pada hari ketiga dan keempat. Bayi anda juga semakin besar dan anda akan kenal tangisannya tatkala ia lapar. (Baca bahagian tentang ‘TEKNIK TERBAIK UNTUK MENYUSU BAYI’)
Susui bayi anda selama mana yang dia mahu. Bayi akan menangis bila kelaparan. Bila sudah kenyang, dia akan tidur atau melepaskan puting. Susui bayi anda mengikut kehendaknya. Ini dinamakan ‘penyusuan mengikut kehendak bayi’.
Amatlah penting anda menyusukan bayi selama mungkin atau sekurang-kurangnya 6 bulan. Ramai ibu yang terus menyusu walaupun setelah bekerja semula. (Baca bahagian tentang’MENYUSU BAYI UNTUK
IBU-IBU BEKERJA’).
Timbang bayi anda selalu. Berat badannya akan meningkat jika ia mendapat susu yang cukup.
TEKNIK TERBAIK UNTUK MENYUSUKAN BAYI
Ini bergantung pada citarasa dan pilihan anda sendiri kerana teknik penyusuan susu ibu adalah agak tersendiri. Anda boleh menyusu bayi sambil duduk, berbaring atau serong sebelah. Apa yang anda perlu ingat ialah kedua-dua ibu dan bayi mestilah SELESA.
Tentukan kedudukan anda betul. Bermakna cara anda duduk atau baring, cara anda memegang bayi dan bagaimana bayi menyesuaikan mulutnya bila menetek.
Kedudukan Badan
- Pastikan anda selesa. Bayi anda perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi diatas lengan ATAU duduk bersandar di kerusi.
- Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi sehingga susah ia mencapai puting untuk menyusu dan jangan terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi.
- Gunakan apa-apa pun untuk bersandar atau merehatkan kaki. Gunakan bantal, kusyen, atau bahan yang lembut tapi kukuh (seperti hamparan atau selimut yang dilipat dan apa jua yang diperlukan untuk merihatkan kaki anda) untuk menyokong anda dan bayi.
Cara memegang bayi
Pendek kata, perkara-perkara yang perlu diingati tentang cara memegang bayi ialah :
- bayi dipegang rapat dengan anda
- bayi diampu dengan baik
- bayi berhadapan dengan anda
- mulut bayi berada di bawah puting bila anda bersedia untuk menyusunya
- kepala, leher dan belakang bayi lurus
- Pastikan lengan tangannya tidak mengganggu bila ia menyusu.
Bagaimana bayi menyesuaikan mulutnya bila menetek:
Pastikan bayi anda sendiri mencapai puting anda; jangan paksa bayi anda. Bila bayi mencapai puting anda, pastikan :
- mulutnya terbuka luas
- bayi menghisap sebanyak mungkin bahagian perang (areola) di sekitai puting
Popularity: 1% [?]