Archive for 'Tips Sebelum Kahwin'
Adalah menjadi keutamaan mana-mana pengantin perempuan untuk kelihatan menarik dan jelita di hari perkahwinan mereka. Samada melalui teknik andaman dan solekan yang betul mahu pun dengan berpakaian pengantin yang indah dan menawan, semuanya akan diambil-kira oleh mana-mana raja sehari bagi memastikan dirinya menjadi tarikan utama di hari berbahagia tersebut.
Masih terdapat amalan petua orang-orang lama bagi menaikkan seri wajah pengantin di hari bersejarah tersebut. Caranya cukup mudah dan ringkas.
Caranya :-
44 hari sebelum tarikh perkahwinan, amalkan diri dengan memakan sekuntum bunga mawar , kelopak demi kelopak setiap hari. Di mulakan dengan segelas air putih dan kalimah bismillah serta selawat ke atas Nabi, anda boleh memakan sekuntum bunga mawar itu bagi setiap hari sehinggalah menjelang hari bersejarah anda. Walaupun bunga mawar agak mahal, tetapi hasilnya adalah berbaloi. Cubalah !
30 hari sebelum hari perkahwinan – Daun sirih mempunyai pelbagai khasiat yang tersendiri. Ambil segenggam daun sirih yang agak besar saiznya dan rebuskan ia di dalam air putih buat beberapa minit sehingga warna air agak berubah kehijauan. Gunakan air rebusan tersebut untuk mencuci wajah anda setiap hari. Biarkan di muka seketika, kemudian bilaskan dengan air sejuk. Ia mampu mengelakkan jerawat atau ruam-ruam kecil di muka sekaligus menaikkan seri wajah. Air rebusan ini juga berfungsi sebagai “Feminine Hygiene Cleanser” yang sangat baik. Cubalah.
Akhir sekali, amalkan petua-petua tersebut berserta amalan-amalan moden yang lain. Pastikan anda memulakan perawatan wajah di salun-salun kecantikan selewat-lewatnya 3 bulan sebelum tarikh perkahwinan anda. Ia akan menunjukkan hasil yang sangat memuaskan. Pastikan juga anda memilih warna baju persandingan yang bersesuaian dengan wajah anda bagi menaikkan seri wajah anda. Contohnya, Wardina mungkin cantik berbaju ungu di hari perkahwinannya, tetapi anda mungkin sebaliknya ! Jadi, buat pilihan yang bijak.
Popularity: 11% [?]
Perundangan syariah di negara kita adalah di bawah bidang kuasa setiap sultan di setiap negeri seperti yang telah diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan. Ini juga bermakna bahawa perkara-perkara yang berdasarkan perkahwinan adalah berlainan di antara negeri-negeri di Malaysia. Oleh itu anda akan mendapati bahawa wang mahar yang ditetapkan di setiap negeri adalah berlainan.
Pemberian mas kahwin atau juga dikenali sebagai pembayaran mahar, adalah pembayaran perkahwinan yang wajib dibayar oleh suami kepada isterinya.
Di dalam surah an-Nisa, ayat 24, Allah telah berfirman bahawa: Carilah isteri dengan harta mu untuk dikahwini bukan untuk berzina. Maka isteri yang kamu nikmati, berikanlah kepada mereka maharnya (dengan sempurna) sebagai suatu kewajipan; dan tiadalah mengapa bagi kamu terhadap sesuatu yang kamu telah saling merelakan, sesudah menentukan mahar itu. Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Pembayaran mas kahwin ini akan dilakukan semasa akad nikah. Ia boleh berbentuk wang atau sesuatu yang boleh dinilai dengan wang. Contohnya, jika seorang wanita tidak mahukan mas kahwinnya dalam bentuk wang, dia boleh menentukan agar barang kemas dianggap sebagai mas kahwin.
Dalam masyarakat kita, adalah menjadi kebiasaan bagi mas kahwin dalam bentuk wang tunai dan dibayar semasa akad nikah. Bayaran ini tidak semestinya dilakukan secara tunai pada satu masa, kerana ia boleh dibayar secara hutang. Ini bermakna bahawa bayaran mas kahwin tersebut adalah tertunggak pada waktu yang ditentukan.
Begitupun, jika dilihat wang mahar yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri, ia adalah agak kecil. Maka adalah baik sekiranya bayaran mahar adalah menurut kadar ketetapan kerajaan, agar ia dibayar tunai secara langsung. Ini juga kerana mengambil kira salah satu syarat dalam perkahwinan agar si suami mampu untuk menyara bakal keluarganya.
Dengan mengambil kira kadar ketetapan yang kecil ini maka adalah boleh bagi suami yang mampu berkahwin untuk tidak berhutan maharnya.
Sekiranya mas kahwin telah tertunggak ia akan dianggap sebagai hutang dan perlu dibayar oleh suami. Jika terjadi perceraian di antara pasangan dan isteri masih belum dibayar mas kahwin maka isteri boleh menuntut bayaran tersebut.
Begitu juga sekiranya suami meninggal dunia sebelum melangsaikan mas kahwin. Isteri boleh menuntut haknya daripada harta pusaka sebelum dibahagikan di antara waris.
Walaupun pihak negeri telah menetapkan bayaran mas kahwin, ia adalah sebagai kadar minimum yang perlu dibayar oleh suami. Suami boleh membayar mas kahwin yang lebih tinggi.
Rujukan boleh dilakukan ke atas Surah an-Nisa pada ayat 4 yang bermaksud:`Dan berikanlah kepada perempuan (di atas perkahwinan mereka) mas kahwin sebagai pemberian ikhlas, tetapi jika mereka dengan tulus hati memulangkan apa-apa bahagian daripada mas kahwin itu hendaklah diterima dengan hati yang lapang dan ikhlas.
Seorang isteri adalah berhak ke atas mas kahwinnya. Ia merupakan hak mutlak dan tidak boleh disentuh oleh suami melainkan jika isteri merelakan suami menggunakannya seperti yang tersebut di dalam ayat di atas.
Sememangnya terdapat perbezaan di antara mas kahwin dan hantaran. Mas kahwin merupakan pemberian wajib, tetapi hantaran lebih merupakan hadiah kepada isteri.
Hantaran adalah tidak wajib dan terpulang kepada pasangan untuk menentukan kadarnya. Tiada kadar minimum hantaran yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Ini berlainan dengan mas kahwin.
Secara amnya, dalam adat Melayu wang hantaran merupakan bantuan bagi pihak isteri untuk belanja kahwin. Ia bertujuan mengurangkan beban isteri dan keluarga isteri dalam membuat persiapan majlis perkahwinan.
Ia juga boleh dianggap sebagai hadiah kepada isteri yang kini bakal menjadi pasangannya. Jadi, sekiranya wang hantaran telah diserahkan kepada pihak isteri, maka terpulang kepada isteri untuk membelanjakannya.
Popularity: 2% [?]
Setelah kata persetujuan dicapai oleh keluarga di pihak lelaki, wakil dari pihak lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki tersebut untuk mewakili mereka meminang anak dara yang telah dipilih. Biasanya, ibu bapa kepada anak dara tersebut tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada pihak yang datang meminang kerana mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan atau dipanggil bertangguh. Ini kononnya kerana hendak berpakat dengan ahli-ahli keluarga dan waris yang rapat, walaupun sebenarnya mereka memang sudah bersedia untuk menerima pinangan itu. Sebenarnya, adat bertangguh ini mencerminkan budaya Melayu yang amat berhati-hati dalam menentukan jodoh dan menunjukkan kesopanan dalam setiap tingkahlaku. Sudah menjadi rutin dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu untuk tidak tergopoh-gapah dalam mengendalikan apa sahaja dan adalah menjadi pegangan bahawa setiap hal yang dilaksanakan perlu dijalankan dengan rapi dan tersusun mengikut adat yang ditetapkan.
Setelah tamat tempoh yang diberikan, biasanya 2 hari, namun ada juga yang sampai seminggu, pihak perempuan akan menghantar rombongan yang dihadiri oleh orang tua-tua yang mewakili pihak mereka untuk memberikan jawapan. Sekiranya pinangan diterima, pada pertemuan itu mereka akan berbincang tentang segala syarat berkenaan mas kahwin dan hantaran perbelanjaan majlis perkahwinan. Tarikh yang sesuai juga akan dipilih untuk melangsungkan perkahwinan. Sekiranya perkahwinan itu agak lambat dijalankan, pihak lelaki biasanya akan Menghantar Tanda terlebih dahulu kepada pihak perempuan.
Konsep Menghantar Tanda adalah diertikan sebagai “putus cakap”. Ini bermaksud pinangan dari pihak lelaki sudah pun diterima oleh pihak perempuan. Oleh yang demikian, maka penghantaran tanda daripada lelaki kepada anak dara yang bakal dikahwininya akan dilakukan melalui upacara bertunang. Upacara ini membawa pengertian bahawa anak dara tersebut sudah pun dimiliki dan kini dipanggil tunangan orang. Tanda yang dihantar oleh lelaki tersebut mengikut adat lazimnya adalah sebentuk cincin sahaja, iaitu cincin berbatu intan atau berlian, besarnya mengikut citarasa dan kemampuan ibu bapa lelaki tersebut. Namun begitu, bagi masyarakat Melayu, selain cincin, beberapa barangan lain turut diberikan seperti sepasang kain dan selendang, selipar atau sepatu, kuih-muih, manisan, dan yang paling utama dan dianggap sakral, sirih junjung. Semua hantaran akan dihias dengan cantik dan menarik serta akan dibalas oleh pihak perempuan sebagai tanda setuju menerima pinangan. Jumlah hantaran yang dihantar oleh pihak lelaki akan dibuat dalam angka ganjil dan dibalas lebih oleh pihak perempuan, selalunya sebanyak dua dulang. Contohnya, jika pihak lelaki memberikan 7 hantaran dulang, biasanya pihak perempuan akan membalas 9 dulang. Hantaran dari pihak perempuan biasanya berupa sirih junjung, sepersalinan baju melayu, capal dan kuih-muih.
Sekiranya dalam tempoh menunggu diijabkabulkan, ikatan pertunangan diputuskan oleh pihak lelaki, maka cincin dan segala barang hantaran tidak boleh diminta semula dari pihak perempuan. Berbeza pula halnya jika ikatan pertunangan diputuskan oleh pihak perempuan. Jika ia diputuskan tanpa sebarang sebab yang dapat diterima umum, maka pihak perempuan hendaklah mengembalikan semula segala hantaran yang telah diberikan oleh pihak lelaki itu dalam nilai sekali ganda banyaknya atau harganya.
Selain dari adat pertunangan yang disebutkan di atas, terdapat 2 lagi cara pertunangan yang juga wujud dalam adat resam Melayu, iaitu :
• Pertunangan yang dilakukan oleh ibu bapa kedua-dua pihak sewaktu anak mereka masih kecil lagi, dan ini tidak memerlukan penghantaran tanda. Hal ini berlaku mungkin kerana ikatan persahabatan yang erat dan mesra di antara ibu bapa kedua belah pihak dan ikatan itu diharapkan dapat merapatkan lagi ikatan silaturrahim antara mereka. Pertunangan yang demikian biasanya dihormati dan dilangsungkan sehingga kedua-dua anak itu berkahwin.
• Pertunangan mengikut wasiat salah seorang daripada ibu bapa yang telah meninggal dunia di antara dua buah keluarga. Ini juga tidak memerlukan penghantaran tanda dan biasanya diakhiri dengan ikatan perkahwinan.
Popularity: 2% [?]
- BILA SI DIA MEMBERI TAHU kamulah wanita yang dicarinya selama ini dan terus ingin mengawini kamu………. hmmmmmmmmmmm terdesaknya dia! Sedangkan kamu pertama kali keluar dengannya.
- DIA ASYIK MERENUNG DADA dan punggungnya labih daripada 10 kali setiap 10 minit
- DARIPADA CERITANYA KAPADA KAMU,,jelas dia kaki joli.Sudahlah begirtu daripada banyak-banyak tempat pelancongan ddan percutian di dunia katanya,dia paling suke ke Thailand dan bertuahi yang dia pernah hadapi masalah ketika menjalani ujian darah,anda patut pertimbangkan masak-masak kemungkinan dia HIV positif,ingat penyakit ini mengeram lama.
- BILA KAMU PERASAN BIJI MATANYA macam hendak terjojol keluar bila melihat semua wanita cantik,manis,seksi melepasi meja makan kamu berdua.
- TANGANNYA MIANG-MIANG mahu pegang tangan dan pinggang kamu walau baru satu jam
- KAWAN-KAWAN KAMU YANG MENGENALINYA memberitahu,dia menghidapi penyakit kelamin dan kamu pula mendapat bukti kukuh daripada surat pengesahan hospital selain beberapa jenis ubat yang sinonim dengan penyakit kelamin.
- BILA KELUAR MAKAN DENGAN SI DIA sedang kamu memesan makanan kira okey lagi,masuk bab minum kamu pesan coke dan dia pesan Carlsberg.Ini memang salah!
- BILA DIA BERCAKAP BERDEGAR-DEGAR macam tin konon bapanya ada bisnes minyak dan datuknya orang paling kaya di sarawak,tapi buat tak tahu.anda juga yang terkorek-korek cari duit dalam tasa tangan
- DIA BERITAHU YANG HATINYA sangat-sangat terluka,dan dia masih lagi bersedih kerana puutus cinta dengan gadis yang hamilkan anak luar nikahnya.
- DIA KATA YANG DIA IMPIKAN seorang isteri yang taat setia dan rela menjadi suri rumah sepenuh masa.Tetapi daripada apa yang anda faham dia sebenarnya kata dia sedang mencari tukang masak,tukang cuci,tukang kemas,tukang gosok,tukang picit,tukang sental,pendek kata semua tukanglah dan katanya lagi dia juga sedang mencari kilang buat anak.
Popularity: 1% [?]