Archive for 'Tips Sebelum Kahwin'
Tags:Checklist Kerja Kahwin, Mengira Budget Perkahwinan, Perbelanjaan Perkahwinan, Tips Belanja Kahwin, Tips Budget Kahwin RM5000.

Ramai yang mengeluh bila mana tiba saat untuk mendirikan rumahtangga. Umur yang meningkat serta tekanan daripada persekitaran menyebabkan ada yang sakit kepala memikirkan hal mendirikan rumahtangga. Perkara yang kerap menjadi masalah adalah faktor kewangan. Kerap kita dengar ada yang berkata zaman sekarang ni kalau nak berkahwin, perlukan sekurang-kurangnya RM20,000 untuk satu majlis. Kalau untuk 2 majlis lelaki dan perempuan pula? macam mana tak berpeluh. TipsKahwin ingin kongsikan bersama anda tips yang admin jumpa di blog Kuntum Kenyalang. Mari kita baca dan fikirkan sejenak, sebenarnya memang mudah nak berjimat dalam majlis perkahwinan.
Assalamualaikum salam kasih sayang, entri kali ni Cik Kuntum nak sharekan tulisan seorang Hamba Allah yang mengelarkan dirinya sebagai Kiyai Reformis yang bijak menyusun kata-kata, tulisannya tentang bab dan hal ehwal bajet perkahwinan sangat bernas sekali, hingga Cik Kuntum pun nak ikut idea tu, nak tahu Tips Budget Kahwin RM5000? mari baca sama-sama..
Majlis perkahwinan bukan suatu majlis perniagaan. Bukan sidang jualan langsung atau tidak langsung. Ia adalah satu program ibadah kepada Tuhan ALLAH swt. Di kebanyakan tempat sekarang ini, majlis perkahwinan seperti program menjual nasi minyak atau menjual meja. Wang sumbangan dicatat dan di kira jumlahnya. Ini perbuatan sangat HINA. Saya ulangi – perbuatan ini dilakukan oleh satu pemikiran yang hina dan tidak bertamaddun. Kita tinggalkan kehinaan itu…. mari bicara bagaimana menjalankan majlis walimah yang murah dan cantik.
Kos di bawah RM 5000 !
(more…)
Popularity: 7% [?]
Tags:cipta kad kahwin, kad jemputan kahwin, kad kahwin cantik, kad kahwin murah, kad kahwin sendiri, reka kad kahwin.
Berita Terkini! LAMAN JUALAN EASYKADKAHWIN TELAH DI’HACK’.
Maklumat Terkini akan diumumkan di sini. Terima Kasih.

Anda melihat rakan anda menghabiskan ratusan hingga ke ribuan ringgit untuk kad jemputan perkahwinannya. 5 minit untuk anda meneliti keseluruhan laman web ini dan buat keputusan untuk berjimat sehingga 300% segera.
Saya akan dedahkan kepada anda bagaimana menghasilkan kad kahwin dengan bermodalkan hanya 5 sen sahaja
saya perkenalkan kepada anda satu lagi produk terbaru dalam bentuk kit DIY (do it your self) yang deberi nama easy kadkahwin.
Didalam easy kadkahwin tersedia template kad kahwin dan kelengkapan berkaitan untuk menghasilkan kat kahwin sendiri secara mudah (DIY). Anda hanya perlu pasangkan, susun dan cetak. Semudah itu juga saya memberi pilihan kepada anda untuk berjimat sehingga 300%.
Apa yang ada didalam easy KadKahwin
50 Design kad kahwin
10 Design kad kahwin eksklusif
2 Template kad kahwin dalam format .ai (Adobe Illustrator)
2 Template kad kahwin dalam format .psd (Adobe Photoshop)
2 Template kad kahwin dalam format .doc (Microsoft Word)
2 Template kad kahwin dalam format Microsoft Publisher
Himpunan ayat-ayat, kata-kata, dan doa-doa
Bonus: Pelbagai bentuk grafik / gambar / objek sampingan
Kesemuanya didalam satu pekej istimewa ini.
Saya nak kongsikan kepada anda keadaan dan situasi sebenar yang terjadi apabila seseorang ingin menempah kad kahwin. Untuk kad kahwin jenis ‘custom made’, kad wangi, dan kad-kad eksklusif yang lain, untuk menempahnya anda perlu membayar antara RM0.90 ke RM1.50 sekeping. Tempahan minima pula ialah 1000 keping. Jadi untuk tujuan itu anda perlu membayar sehingga RM1,500.00 untuk kad jemputan sahaja. Wow.. banyak kan???
Untuk kad kahwin kampung atau kad kahwin ekonomi biasa, anda perlu membayar antara 0.20 sen ke 0.35 sen untuk sekeping kad. Kadangkala kedai kad kahwin akan cas RM25 ke RM60 untuk upah design. Tempahan minima pula ialah 500 keping. Anda perlu bayar sehingga RM235 untuk kad kadwin ini.
RM60 untuk 60 design. Wow… murah bukan.
Anda perlukan sekeping no RM50 dan sekeping not RM10 untuk membeli easy kadkahwin. Hmmmm… agak menyusahkan. Saya ringankan bebanan anda lagi untuk memastikan anda mampu memiliki pek istimewa ini. Cukup sekadar RM50 untuk memiliki kesemuanya. ya! RM50 SAHAJA! (WAKTU TERHAD!!!)
Anda beli easy kadkahwin pada harga RM50 sekarang dan saksikan satu kejutan luar jangka yang akan saya berikan kepada anda. Saya takkan beritahu…

Popularity: 6% [?]
Tags:belanja mas kahwin, mas kahwin selangor, senarai mas kahwin.
KUALA LUMPUR 8 Julai – Orang ramai tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan Selangor untuk menaikkan kadar mas kahwin di negeri itu mulai tahun depan.
Seorang pelajar Universiti Industri Selangor (Unisel), Mohd. Faisal Mahamud, 21, berkata, kenaikan kadar mas kahwin akan membebankan golongan lelaki, tambahan pula mereka kini sukar untuk mendapatkan pekerjaan.
“Golongan lelaki bukan sahaja kena menanggung isteri tetapi pada masa yang sama perlu memikirkan peruntukan perbelanjaan untuk diri sendiri dan ahli keluarga di kampung.
“Banyak harga barang telah naik sejak kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak baru-baru ini dan kalau mas kahwin juga dinaikkan, ia pasti akan membebankan golongan lelaki berpendapatan rendah yang merancang untuk berkahwin,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
(more…)
Popularity: 3% [?]
Tags:mahar perkahwinan, mas kahwin, maskahwin, maskahwin perak, maskahwin selangor, nilai maskahwin, wang mahar.

images from MashelmyNizar Collection (freelance photog)
Salam…
Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya…
pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya…?
guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.
pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.
guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun…?
pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.
gurunya menjawab: ye, itu lah cinta…
dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan…?
guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.
pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.
maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini….?
pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya…
maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan…….
.
.
.
.
.
.
.
Kesimpulannya… janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini.
Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu.. rembat je cepat..
Lepas tu, cepat-cepat kumpul duit kahwin dan langsungkan perkahwinan..
Kalu tak cukup duit nak buat kahwin, jangan risau, boleh gi website
http://maskahwin.tipskahwin.com

Insyallah, dapat membantu.
Bye!
Popularity: 3% [?]
Tags:aksi ranjang, hubungan seksual, mitos seks, seks.
WALAU semaju mana pun masyarakat di sesebuah negara, mereka tidak boleh menjarakkan diri dengan mitos. Terdapat pelbagai jenis mitos dalam masyarakat, daripada mitos kisah wira legenda, mitos penyakit misteri, mitos menguruskan badan sehinggalah mitos hubungan intim.
Dalam masyarakat Asia, mitos hubungan intim sememangnya sangat tebal walaupun jarang diperkatakan. Lantaran sikap malu dan sopan-santun yang kuat, ia menjadi topik yang masih tabu untuk dibincangkan.
Namun, berdasarkan kenyataan pakar-pakar seksual Barat, sewajarnya mitos seksual disentuh untuk memastikan masyarakat mempunyai pendidikan seks yang lebih baik dan tidak dibelenggu dengan mitos skeptikal.
Berikut adalah 10 mitos seksual yang sering membelenggu kebanyakan masyarakat Asia. Adakah ia adalah salah satu daripada kepercayaan anda?
(more…)
Popularity: 7% [?]