Archive for the “Tips Merancang Keluarga” Category

Rahsia Senang Hamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Nama saya Fatina aziz dan kini bakal dianugerahkan cahaya mata yang pertama. Saya tahu anda kini yang sedang membaca laman web ini mengalami kesukaran untuk hamil bukan? Sudah bermacam-macam ikhtiar anda mencuba tetapi masih gagal untuk hamil.

Dulu saya pun seperti anda. Mengalami masalah sukar untuk hamil. Saya fikir untuk hamil adalah sesuatu proses yang senang dan semua orang mampu mencapainya. Tetapi saya silap.

Ok baiklah, saya ingin kongsi pengalaman saya mengenai kehamilan ini. Sudah lebih setahun saya berkahwin tetapi belum dikurniakan zuriat. Saya amat resah dan gelisah memikirkan masalah saya itu.

Ketika itu saya merasakan diri saya mempunyai masalah kesuburan. Kemudian saya mengajak suami saya ke hospital untuk menjalani ujian kesuburan. Tetapi beliau menolak. Beliau percaya ada sesuatu yang belum kami laksanakan yang menyebabkan kami masih belum dikurniakan zuriat.

Sambung Bacaan (Klik sini )

Popularity: 6% [?]

Lelaki Perlu Prihatin

Sejak sekian lama, tumpuan terhadap perancangan keluarga dan langkah membina kesihatan reproduktif telah ‘dibebankan’ kepada wanita.

Masyarakat kita secara keseluruhannya sering menggalakkan wanita bertanggungjawab mengenainya, sedangkan lelaki juga membentuk separuh daripada proses tersebut.

‘Ah! Biarlah, cerita sulit orang perempuan, buat apa nak ambil tahu!’

Mungkin itu yang bermain di fikiran ramai para suami yang tidak menyedari bahawa dalam hal kesihatan reproduksi dan perancangan keluarga, mereka mempunyai peranan yang sama besar dengan wanita.

Konsultan Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr. Harlina Halizah Siraj, menjelaskan, kawalan kehamilan boleh memperbaiki tahap kesihatan wanita, kualiti hidupnya dan mengurangkan tekanan emosi dan fizikal.

Popularity: unranked [?]

Lawak Boss ( kepada yang dah kahwin jek )

Seorang boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada hari nie..Sesiapa yang nak minta balik lima jam lebih awal hari nie dia kasi
tapi alasannya mestilah munasabah. Haaaa!!alasannya mestilah pasal
sembahyang ajer! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang mintak balik awal..

Pekerja 1 : A’kum Boss, bulih saya pulang? Saya balik nak sembahyang kat
rumah boss, leh tak?
Boss : Tak boleh!!!Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi, lagi
banyak pahalanya..!

Pekerja 2 : Saya bulih balik awai kut Boss?
Bosss : Hang apa pasai:
Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang zohor ker tak?
Ntah-ntah dia ponteng?
Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!

Pekerja 3: A’kum Boss!
Boss: Ha? pasal pulak ni?Nak balik awal gak ker?
Pekerja 3 : Errrrr!!Yer boss, boss baik!!he..heee!
Boss: Alasan apa lak ngko nie?
Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang orang mati.. Ada orang kampung saya meninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah…!Boleh kut boss yer pulang awal?
Boss : Tak bolehhh!!!Itu fardzu kifayah jer!Orang kampung lain yang
ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!!Dah!Pergi buat
kerja..

Pekerja 4: A’kum Boss! Saya nak balik awal boleh tak ari nie?
Boss : Naper?
Pekerja 4 : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss: Yer ker? Ha! Kalu gitu awak baliklah…Kesian awak dah seminggu
nunggu!!!
Pekerja 4 : Ima Acih Boss!!!Heee..hee

Popularity: 2% [?]

August 21, 2007 Posted Under: Iklan, Tips Merancang Keluarga, Tips Senggama   Read More

Rawatan kesuburan adalah proses panjang, mahal dan tidak menjanjikan kejayaan tinggi

SEBELUM anda membuka mulut untuk bertanya ‘bila hendak menimang cahaya mata’ kepada pasangan yang sudah lama mendirikan rumah tangga tetapi masih berdua, fikirkan semula dan timbangkan masak-masak sama ada soalan itu perlu atau tidak, walaupun rasa ingin tahu membuak-buak.

Jika pertanyaan hanya sekadar menjadi ‘pemanis mulut’ untuk menyapa, baik lupakan saja niat baik anda itu.

Atau jika ada yang beranggapan dengan bertanyakan soalan seperti itu menandakan keprihatinan atau cuba tanda ambil berat, anda sebenarnya silap kerana ia jelas menunjukkan anda sebenarnya tidak sensitif terhadap perasaan orang.

Mungkin ada yang berkata, sekadar bertanya apa salahnya. Betul, memang tidak salah untuk bertanya tetapi bagi pasangan yang tiada anak, pertanyaan begini sebenarnya sangat berbisa dan bisanya terus menusuk ke dalam hati.

Tiada pasangan berkahwin yang tidak mahu anak; bezanya belum ada rezeki untuk mereka. Ketiadaan rezeki ini juga mungkin disebabkan masalah kesuburan, sama ada pada suami (40 peratus) dan isteri (40 peratus). Manakala 20 peratus lagi puncanya tidak diketahui dan hanya takdir Tuhan yang akan menentukannya.

Penyelaras Pusat Kesuburan Konsep, Hospital Service Damai (DSH), Toh Lu Yee, berkata kajian yang dilakukan Freeman et al ke atas 100 lelaki dan 100 wanita mendapati, 49 peratus wanita dan 15 peratus lelaki mengatakan isu kesuburan adalah perkara paling menyedihkan sepanjang hidup mereka.

Malah, Baram et al pula mendapati, 13 peratus wanita yang gagal mendapat anak selepas menjalani rawatan persenyawaan In-Vitro (IVF) mempunyai keinginan tinggi untuk membunuh diri kerana terlalu kecewa.

Manakala ada kajian lain menunjukkan pasangan yang berdepan masalah kesuburan mempunyai kecenderungan tinggi mengalami kemurungan.

Pertanyaan ‘bila hendak dapat anak’ atau ‘kenapa tidak dapatkan rawatan’ menyebabkan ramai wanita mengelak menghadiri majlis keramaian seperti kenduri atau perjumpaan kawan lama supaya tidak dihujani soalan menyedihkan ini.

Soalan seperti ini sebenarnya tidak perlu diajukan kerana tiada siapa dapat memberi jawapan. Soal anak dan kesuburan adalah kuasa Tuhan dan ia di luar kawalan setiap manusia.

Bahkan, ramai bukan sekadar bertanya tetapi cuba menjadi penasihat dengan menyarankan pelbagai kaedah, termasuk rawatan tradisional yang tiada bukti keberkesanannya.

Mereka mungkin berniat baik, tetapi mereka tidak sedar ia sudah keterlaluan dan melanggar hak peribadi orang lain. Tidak perlu memberi nasihat, kecuali jika diminta.

Sedihnya, soalan seperti ini biasanya tertumpu kepada isteri dan jarang diajukan kepada suami. Ini menyebabkan wanita mudah berasa sedih, kecewa, rendah diri dan ada kalanya lebih suka mengasingkan diri daripada bercampur dengan masyarakat.

Suami dan isteri mempunyai kebarangkalian sama untuk mengalami masalah kesuburan. Justeru, isu menyalahkan satu pihak sepatutnya tidak timbul hinggalah mereka menjalani pemeriksaan kesuburan.

Ketepikan cakap-cakap orang kerana ia tidak membantu menyelesaikan masalah anda, sebaliknya boleh membuat anda dan pasangan lebih sedih serta tertekan.

Sebaliknya, Toh menyarankan pasangan yang tidak mendapat anak selepas setahun berkahwin (enam bulan jika isteri berumur 35 tahun ke atas) menjalani pemeriksaan kesuburan. Ini membolehkan mereka mengetahui kaedah yang boleh digunakan untuk mendapatkan zuriat.

Lelaki yang ada masalah kesuburan (kurang sperma) biasanya sukar dan malu untuk membincangkan masalah mereka. Malah, mereka tidak tahu bagaimana hendak menerangkan keadaan itu kepada pasangan, berasa rendah diri dan hilang keinginan seksual sehingga tidak mahu mengadakan hubungan kelamin dengan isteri.

Jika masalah berpunca daripada isteri, suami perlu memberi sokongan sepenuhnya kerana rawatan untuk mengatasi masalah kesuburan wanita biasanya lebih susah dan memakan masa lama. Sokongan dan kerjasama suami memudahkan proses rawatan, selain mengeratkan kembali hubungan yang semakin suram,” katanya.

Bagaimanapun, isu emosi pasangan yang tiada anak jarang diberi perhatian dalam rawatan kesuburan. Malah, ada kalanya pasangan sendiri tidak tahu rawatan apa diberikan kepada mereka.

Persediaan minda sebenarnya antara elemen penting dalam rawatan kesuburan supaya pasangan boleh menerima keputusan rawatan dengan baik.

Menurut Toh, tekanan berlebihan boleh merangsang penghasilan hormon prolaktin yang merencat proses ovulasi (penghasilan telur pada wanita) dan mengganggu pengeluaran sperma suami.

Tekanan juga boleh mengakibatkan lelaki mengalami masalah ereksi, bagaimanapun biasanya masalah kesuburan menyebabkan pasangan tertekan.

Mengapa kaunseling penting sebelum, semasa dan selepas rawatan kesuburan? Kata Toh, prosedur rawatan kesuburan itu sendiri boleh menyebabkan tekanan emosi.

Sebelum mendapatkan rawatan kesuburan, pasangan perlu faham masalah yang mereka hadapi. Rawatan kesuburan adalah proses panjang, mahal dan tidak menjanjikan kejayaan tinggi. Justeru, mereka perlu ada persediaan minda sebelum menjalani rawatan.

Antara faktor lain yang perlu difikirkan ialah kewangan, masa (mungkin perlu mengambil cuti bagi wanita bekerja), sokongan dan kerjasama suami serta kerahsiaan kerana masalah kesuburan adalah isu sensitif bagi kebanyakan pasangan.

Rawatan paling murah ialah hubungan kelamin terancang dan biasanya pasangan dinasihat melakukan sehingga enam cubaan saja (enam kali kitaran haid). Jika tidak berjaya, boleh beralih ke rawatan seterusnya supaya dapat menjimatkan masa dan wang.

Kaedah seterusnya ialah permanian beradas yang menelan belanja antara RM750 hingga RM1,000; yang boleh dicuba hingga tiga kali.

Dalam kaedah ini ramai pasangan mula tertekan dan hanya mengadakan hubungan kelamin jika perlu. Malah, ramai putus asa apabila kaedah ini juga gagal dan mulai berasa rendah diri.

Begitu juga kaedah persenyawaan In-Vitro yang dianggap ‘roller coaster’ dalam rawatan kesuburan. Embrio yang disenyawakan juga ada kemungkinan tidak melekat di dinding rahim atau jika wanita berjaya mengandung, ada juga yang gugur selepas dua atau tiga bulan.

Bagi pasangan seperti ini, kesedihan akibat keguguran sama seperti berlaku kematian orang tersayang dan biasanya mereka takut hendak meneruskan rawatan kerana bimbang keadaan sama berulang. Jika keadaan ini berlaku, kesedihan dialami akan berganda.

Berdasarkan kajian, pasangan yang mendapat kaunseling didapati lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan rawatan kerana mereka faham kesuburan bukan sesuatu yang boleh dikawal manusia. Rawatan canggih juga belum dapat menjanjikan kejayaan sepenuhnya.

Justeru, pasangan perlu ada sasaran dan tahu bila mereka perlu berhenti mendapatkan rawatan. Persediaan minda seperti ini perlu ada supaya mereka tidak mengalami kemurungan jika semua cubaan tidak berjaya.

Selain itu, pasangan perlu belajar cara mengatasi tekanan emosi seperti:

  • Berkongsi perasaan dengan pasangan, kaunselor, keluarga atau rakan. Untuk meluahkan masalah kepada rakan, pilihlah individu yang boleh dipercayai untuk menyimpan rahsia.
  • Banyakkan membaca dan mendapatkan maklumat terperinci mengenai rawatan.
  • Berkongsi perasaan dengan pasangan yang ada masalah sama.
  • Menyertai kumpulan sokongan dan mengetahui cara orang lain menangani masalah mereka.
  • Buat rancangan khas pada hari mendapat keputusan pemeriksaan. Seperti merancang makan malam romantik bersama pasangan. Jika keputusan negatif, rancangan perlu juga diteruskan untuk meredakan kesedihan.
  • Luangkan masa untuk diri sendiri seperti pergi bercuti.
  • Tahu bila perlu berhenti rawatan (sama ada untuk seketika) atau menghentikannya terus.
  • Terus memupuk hubungan erat dan mesra antara suami isteri.
  • Bagi pasangan yang mempunyai anak (dan berusaha mendapatkan anak kedua) mereka mungkin boleh membabitkan anak sepanjang rawatan.

    Tekanan emosi

    > Pasangan takut untuk mengetahui keputusan pemeriksaan.
    > Rawatan mengambil masa lama.
    > Rawatan tidak menjanjikan peratusan kejayaan yang tinggi.
    > Kos rawatan mahal.
    > Pasangan mengadakan hubungan kelamin apabila perlu (berjadual).
    > Pasangan putus asa apabila rawatan gagal.
    > Berasakan kemampuan diri terhad (tidak mampu berfungsi sebagai suami atau isteri).
    > Rendah diri.

    Kaunseling

    > Mendapat penjelasan mengenai sistem reproduktif.
    > Meluahkan perasaan terhadap keputusan pemeriksaan atau rawatan.
    > Sebagai tempat selamat dan selesa untuk meluahkan masalah serta berkongsi perasaan.
    > Mengetahui cara menyelesaikan masalah dan mengurangkan tekanan.
    > Membolehkan pasangan menjangka keputusan akhir rawatan dan cara menyediakan diri jika rawatan tidak berjaya.
    > Mengetahui rawatan kesuburan alternatif seperti permanian beradas (IUI) atau persenyawaan In-Vitro (IVF).

  • ©The New Straits Times Press (M) Berhad

    Popularity: unranked [?]

    Tips Untuk Mendapat anak lelaki atau perempuan

    Berikut adalah tips dan cara-cara untuk mendapat anak lelaki atau perempuan. Tips ini tidak semestinya tepat atau mempunyai 100% ketepatannya cuma ianya adalah pandangan dan kajian dari pihak – pihak tertentu sahaja.

    Yang penting sekali adalah kesihatan pada kedua pasangan adalah baik.Ini kerana adalah sperma dari suami mempunyai dua unsur iaitu unsur X dan Y. Apabila unsur X bertemu dengan telur isteri maka akan terhasil anak perempuan.

    Sperma X jika dilihat dengan mikroskop, bentuknya adalah agak besar sedikit daripada sperma Y, maka ia lebih dapat bertahan di dalam vagina isteri yang agak berasid. Bagi sperma Y yang agak kecil, ianya tidak dapat bertahan lama dan sperma ini yang menghasilkan anak lelaki.

    Kata kunci disini adalah sperma X lebih lama bertahan dari sperma Y. Ini membolehkan kita merancang untuk mendapatkan jantina yang dikehendaki. Maka dengan menentukan keadaan vagina isteri, perancangan boleh dilakukan bersama pasangan.

    Untuk mendapat anak lelaki.

    1. Untuk si suami, digalakkan mengambil makan berprotein tinggi seperti daging merah manakal si isteri mengambil makanan bersifat akali atau neutral seperti sayuran hijau.

    2. Pasangan akan bersama sebaiknya bermula pada hari ke 2 masa subur.

    3. 15 atau 20 minit sebelum bersama, si isteri haruslah membasuh kemaluan dengan menggunakan serbuk soda bikarbonat yang bercampur dengan air. ( 1 sudu kecil / segelas air )

    Untuk mendapat anak perempuan.

    1. Bertentangan dengan cara untuk mendapat anak lelaki, si suami pula harus banyak memakan sayuran manakala isteri pula mengambil diet protein yang tinggi.

    2. Pasangan akan bersama bermula hari ke 2 masa subur.

    3. 15 atau 20 minit sebelum bersama, isteri perlu membasuh kemaluan menggunakan cuka masak bercampur air ( 1 sudu kecil / segelas air ).

    Kaedah ini memberi peratusan hingga 75 ke 80% ketepatan. Walaubagaimanapun, kesemua ini adalah ketentuan Allah dan kita hanya berusaha untuk mendapat yang terbaik.

    Wallahu A’lam…

    Popularity: 2% [?]

    Page 1 of 3123»