Archive for 'Tips Kesuburan'

Teknik Urut Batin Untuk Kuatkan Zakar

Tags:, , .

Mengasak
Semasa mengasak urut dari bahagian pangkal lubang dubur, tarik sehingga ke pangkal kantung buah zakar. Gunakan kelima-lima jari anda ditutup rapat. Asak guna tangan kiri dan kanan bergilir-gilir, urut dan tarik ke atas. Buat dengan perlahan, tekanan yang tidak terlalu kuat dan jangan gopoh. Tarik nafas anda dalam-dalam untuk mengumpul oksigen yang cukup dalam darah, kemudian, tahan nafas anda dan tumpukan pada kawasan zakar. Apabila mengasak anda akan lihat batang zakar anda mengembang. Itu satu petanda yang baik… buat proses mengasak ini kira-kira 10-15 minit setiap hari.

Menjabat
Anda kena faham kaedah ini untuk membuang angin pada urat zakar supaya zakar anda lebih kuat. Cuba anda fikir apa berlaku kalau saluran brek kereta anda ada angin.. Mestila brek x berapa makan kan…? sama la macam zakar kita gak.. so masa berjabat ni.. letakkan jari anda pada bahaian tepi pangkal zakar anda dan rasa lubang cincin itu… tarik nafas dalam-dalam… tahan nafas sambil menekan lubang cincin.. apabila dah tak tahan lepaskan nafas anda dengan kuat.. ala mcm kita warm up bila nak main sukan tuh… ulang lagi sehingga anda rasa zakar anda terasa lebih segar…

Mengurut
Aku rasalah.. kaedah ni yang paling anda suka buat. haha.. ok..gurau jer .urut batang zakar anda dari bahagian paling pangkal ke hujung. pastikan letakkan minyak yg mencukupi supaya kulit zakar tidak melecet.. kedudukan ibu jari di bahagian atas jari telunjuk (mungkin dengan jari hantu sekali di bahagian bawah) urut perlahan-lahan. Anda juga boleh menggunakan teknik ini. Buat huruf O menggunakan jari telunjuk dan ibu jari, pada pangkal zakar. kemudian lurutkan jari anda dari pangkal hingga ke hujung. Anda akan menolak darah ke bahagian hujung zakar.. bila anda membuat proses ini zakar anda akan mengembang lebih besar sebab darah akan disalurkan dengan baik di dalam pembuluh darah. semasa melurut zakar anda, kemutkan otot zakar anda (seperti hendak menahan kencing) dengan ini urat zakar akan menjadi lebih kuat dan besar.. buat proses ini kira-kira 15-20 minit.. lakukan dengan sabar.. jangan gelojoh.. seelok-eloknya zakar anda separa tegang ataupun tegang semasa mengurut.. tetapi jangan sampai teransang pulak.. kang terpancut. terbatal pulak proses urut anda..

Mengasah
Lepas tu barulah anda mengasah.. ini nak bagi stamina dan ketahanan pada kepala zakar kita supaya tak cepat geli dan boleh bertahan lama semasa bersama nanti.. buatlah pada bahagian atas, bawah, tepi kepala zakar anda. kalau terasa geli berhenti kejap.. pastu sambung balik.. Ingat sekali lagi!! jangan sampai terpancut..

Sumber: PCM

Popularity: 53% [?]

Posted on 13 April '08 by , under Tips Kesuburan, Tips Malam Pertama, Tips Senggama. No Comments.

Rawatan kesuburan adalah proses panjang, mahal dan tidak menjanjikan kejayaan tinggi

SEBELUM anda membuka mulut untuk bertanya ‘bila hendak menimang cahaya mata’ kepada pasangan yang sudah lama mendirikan rumah tangga tetapi masih berdua, fikirkan semula dan timbangkan masak-masak sama ada soalan itu perlu atau tidak, walaupun rasa ingin tahu membuak-buak.

Jika pertanyaan hanya sekadar menjadi ‘pemanis mulut’ untuk menyapa, baik lupakan saja niat baik anda itu.

Atau jika ada yang beranggapan dengan bertanyakan soalan seperti itu menandakan keprihatinan atau cuba tanda ambil berat, anda sebenarnya silap kerana ia jelas menunjukkan anda sebenarnya tidak sensitif terhadap perasaan orang.

Mungkin ada yang berkata, sekadar bertanya apa salahnya. Betul, memang tidak salah untuk bertanya tetapi bagi pasangan yang tiada anak, pertanyaan begini sebenarnya sangat berbisa dan bisanya terus menusuk ke dalam hati.

Tiada pasangan berkahwin yang tidak mahu anak; bezanya belum ada rezeki untuk mereka. Ketiadaan rezeki ini juga mungkin disebabkan masalah kesuburan, sama ada pada suami (40 peratus) dan isteri (40 peratus). Manakala 20 peratus lagi puncanya tidak diketahui dan hanya takdir Tuhan yang akan menentukannya.

Penyelaras Pusat Kesuburan Konsep, Hospital Service Damai (DSH), Toh Lu Yee, berkata kajian yang dilakukan Freeman et al ke atas 100 lelaki dan 100 wanita mendapati, 49 peratus wanita dan 15 peratus lelaki mengatakan isu kesuburan adalah perkara paling menyedihkan sepanjang hidup mereka.

Malah, Baram et al pula mendapati, 13 peratus wanita yang gagal mendapat anak selepas menjalani rawatan persenyawaan In-Vitro (IVF) mempunyai keinginan tinggi untuk membunuh diri kerana terlalu kecewa.

Manakala ada kajian lain menunjukkan pasangan yang berdepan masalah kesuburan mempunyai kecenderungan tinggi mengalami kemurungan.

Pertanyaan ‘bila hendak dapat anak’ atau ‘kenapa tidak dapatkan rawatan’ menyebabkan ramai wanita mengelak menghadiri majlis keramaian seperti kenduri atau perjumpaan kawan lama supaya tidak dihujani soalan menyedihkan ini.

Soalan seperti ini sebenarnya tidak perlu diajukan kerana tiada siapa dapat memberi jawapan. Soal anak dan kesuburan adalah kuasa Tuhan dan ia di luar kawalan setiap manusia.

Bahkan, ramai bukan sekadar bertanya tetapi cuba menjadi penasihat dengan menyarankan pelbagai kaedah, termasuk rawatan tradisional yang tiada bukti keberkesanannya.

Mereka mungkin berniat baik, tetapi mereka tidak sedar ia sudah keterlaluan dan melanggar hak peribadi orang lain. Tidak perlu memberi nasihat, kecuali jika diminta.

Sedihnya, soalan seperti ini biasanya tertumpu kepada isteri dan jarang diajukan kepada suami. Ini menyebabkan wanita mudah berasa sedih, kecewa, rendah diri dan ada kalanya lebih suka mengasingkan diri daripada bercampur dengan masyarakat.

Suami dan isteri mempunyai kebarangkalian sama untuk mengalami masalah kesuburan. Justeru, isu menyalahkan satu pihak sepatutnya tidak timbul hinggalah mereka menjalani pemeriksaan kesuburan.

Ketepikan cakap-cakap orang kerana ia tidak membantu menyelesaikan masalah anda, sebaliknya boleh membuat anda dan pasangan lebih sedih serta tertekan.

Sebaliknya, Toh menyarankan pasangan yang tidak mendapat anak selepas setahun berkahwin (enam bulan jika isteri berumur 35 tahun ke atas) menjalani pemeriksaan kesuburan. Ini membolehkan mereka mengetahui kaedah yang boleh digunakan untuk mendapatkan zuriat.

Lelaki yang ada masalah kesuburan (kurang sperma) biasanya sukar dan malu untuk membincangkan masalah mereka. Malah, mereka tidak tahu bagaimana hendak menerangkan keadaan itu kepada pasangan, berasa rendah diri dan hilang keinginan seksual sehingga tidak mahu mengadakan hubungan kelamin dengan isteri.

Jika masalah berpunca daripada isteri, suami perlu memberi sokongan sepenuhnya kerana rawatan untuk mengatasi masalah kesuburan wanita biasanya lebih susah dan memakan masa lama. Sokongan dan kerjasama suami memudahkan proses rawatan, selain mengeratkan kembali hubungan yang semakin suram,” katanya.

Bagaimanapun, isu emosi pasangan yang tiada anak jarang diberi perhatian dalam rawatan kesuburan. Malah, ada kalanya pasangan sendiri tidak tahu rawatan apa diberikan kepada mereka.

Persediaan minda sebenarnya antara elemen penting dalam rawatan kesuburan supaya pasangan boleh menerima keputusan rawatan dengan baik.

Menurut Toh, tekanan berlebihan boleh merangsang penghasilan hormon prolaktin yang merencat proses ovulasi (penghasilan telur pada wanita) dan mengganggu pengeluaran sperma suami.

Tekanan juga boleh mengakibatkan lelaki mengalami masalah ereksi, bagaimanapun biasanya masalah kesuburan menyebabkan pasangan tertekan.

Mengapa kaunseling penting sebelum, semasa dan selepas rawatan kesuburan? Kata Toh, prosedur rawatan kesuburan itu sendiri boleh menyebabkan tekanan emosi.

Sebelum mendapatkan rawatan kesuburan, pasangan perlu faham masalah yang mereka hadapi. Rawatan kesuburan adalah proses panjang, mahal dan tidak menjanjikan kejayaan tinggi. Justeru, mereka perlu ada persediaan minda sebelum menjalani rawatan.

Antara faktor lain yang perlu difikirkan ialah kewangan, masa (mungkin perlu mengambil cuti bagi wanita bekerja), sokongan dan kerjasama suami serta kerahsiaan kerana masalah kesuburan adalah isu sensitif bagi kebanyakan pasangan.

Rawatan paling murah ialah hubungan kelamin terancang dan biasanya pasangan dinasihat melakukan sehingga enam cubaan saja (enam kali kitaran haid). Jika tidak berjaya, boleh beralih ke rawatan seterusnya supaya dapat menjimatkan masa dan wang.

Kaedah seterusnya ialah permanian beradas yang menelan belanja antara RM750 hingga RM1,000; yang boleh dicuba hingga tiga kali.

Dalam kaedah ini ramai pasangan mula tertekan dan hanya mengadakan hubungan kelamin jika perlu. Malah, ramai putus asa apabila kaedah ini juga gagal dan mulai berasa rendah diri.

Begitu juga kaedah persenyawaan In-Vitro yang dianggap ‘roller coaster’ dalam rawatan kesuburan. Embrio yang disenyawakan juga ada kemungkinan tidak melekat di dinding rahim atau jika wanita berjaya mengandung, ada juga yang gugur selepas dua atau tiga bulan.

Bagi pasangan seperti ini, kesedihan akibat keguguran sama seperti berlaku kematian orang tersayang dan biasanya mereka takut hendak meneruskan rawatan kerana bimbang keadaan sama berulang. Jika keadaan ini berlaku, kesedihan dialami akan berganda.

Berdasarkan kajian, pasangan yang mendapat kaunseling didapati lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan rawatan kerana mereka faham kesuburan bukan sesuatu yang boleh dikawal manusia. Rawatan canggih juga belum dapat menjanjikan kejayaan sepenuhnya.

Justeru, pasangan perlu ada sasaran dan tahu bila mereka perlu berhenti mendapatkan rawatan. Persediaan minda seperti ini perlu ada supaya mereka tidak mengalami kemurungan jika semua cubaan tidak berjaya.

Selain itu, pasangan perlu belajar cara mengatasi tekanan emosi seperti:

  • Berkongsi perasaan dengan pasangan, kaunselor, keluarga atau rakan. Untuk meluahkan masalah kepada rakan, pilihlah individu yang boleh dipercayai untuk menyimpan rahsia.
  • Banyakkan membaca dan mendapatkan maklumat terperinci mengenai rawatan.
  • Berkongsi perasaan dengan pasangan yang ada masalah sama.
  • Menyertai kumpulan sokongan dan mengetahui cara orang lain menangani masalah mereka.
  • Buat rancangan khas pada hari mendapat keputusan pemeriksaan. Seperti merancang makan malam romantik bersama pasangan. Jika keputusan negatif, rancangan perlu juga diteruskan untuk meredakan kesedihan.
  • Luangkan masa untuk diri sendiri seperti pergi bercuti.
  • Tahu bila perlu berhenti rawatan (sama ada untuk seketika) atau menghentikannya terus.
  • Terus memupuk hubungan erat dan mesra antara suami isteri.
  • Bagi pasangan yang mempunyai anak (dan berusaha mendapatkan anak kedua) mereka mungkin boleh membabitkan anak sepanjang rawatan.

    Tekanan emosi

    > Pasangan takut untuk mengetahui keputusan pemeriksaan.
    > Rawatan mengambil masa lama.
    > Rawatan tidak menjanjikan peratusan kejayaan yang tinggi.
    > Kos rawatan mahal.
    > Pasangan mengadakan hubungan kelamin apabila perlu (berjadual).
    > Pasangan putus asa apabila rawatan gagal.
    > Berasakan kemampuan diri terhad (tidak mampu berfungsi sebagai suami atau isteri).
    > Rendah diri.

    Kaunseling

    > Mendapat penjelasan mengenai sistem reproduktif.
    > Meluahkan perasaan terhadap keputusan pemeriksaan atau rawatan.
    > Sebagai tempat selamat dan selesa untuk meluahkan masalah serta berkongsi perasaan.
    > Mengetahui cara menyelesaikan masalah dan mengurangkan tekanan.
    > Membolehkan pasangan menjangka keputusan akhir rawatan dan cara menyediakan diri jika rawatan tidak berjaya.
    > Mengetahui rawatan kesuburan alternatif seperti permanian beradas (IUI) atau persenyawaan In-Vitro (IVF).

  • ©The New Straits Times Press (M) Berhad

    Popularity: 9% [?]

    Posted on 3 July '07 by , under Tips dan Panduan, Tips Kesuburan, Tips Merancang Keluarga. No Comments.

    Tips Untuk Mendapat anak lelaki atau perempuan

    Berikut adalah tips dan cara-cara untuk mendapat anak lelaki atau perempuan. Tips ini tidak semestinya tepat atau mempunyai 100% ketepatannya cuma ianya adalah pandangan dan kajian dari pihak – pihak tertentu sahaja.

    Yang penting sekali adalah kesihatan pada kedua pasangan adalah baik.Ini kerana adalah sperma dari suami mempunyai dua unsur iaitu unsur X dan Y. Apabila unsur X bertemu dengan telur isteri maka akan terhasil anak perempuan.

    Sperma X jika dilihat dengan mikroskop, bentuknya adalah agak besar sedikit daripada sperma Y, maka ia lebih dapat bertahan di dalam vagina isteri yang agak berasid. Bagi sperma Y yang agak kecil, ianya tidak dapat bertahan lama dan sperma ini yang menghasilkan anak lelaki.

    Kata kunci disini adalah sperma X lebih lama bertahan dari sperma Y. Ini membolehkan kita merancang untuk mendapatkan jantina yang dikehendaki. Maka dengan menentukan keadaan vagina isteri, perancangan boleh dilakukan bersama pasangan.

    Untuk mendapat anak lelaki.

    1. Untuk si suami, digalakkan mengambil makan berprotein tinggi seperti daging merah manakal si isteri mengambil makanan bersifat akali atau neutral seperti sayuran hijau.

    2. Pasangan akan bersama sebaiknya bermula pada hari ke 2 masa subur.

    3. 15 atau 20 minit sebelum bersama, si isteri haruslah membasuh kemaluan dengan menggunakan serbuk soda bikarbonat yang bercampur dengan air. ( 1 sudu kecil / segelas air )

    Untuk mendapat anak perempuan.

    1. Bertentangan dengan cara untuk mendapat anak lelaki, si suami pula harus banyak memakan sayuran manakala isteri pula mengambil diet protein yang tinggi.

    2. Pasangan akan bersama bermula hari ke 2 masa subur.

    3. 15 atau 20 minit sebelum bersama, isteri perlu membasuh kemaluan menggunakan cuka masak bercampur air ( 1 sudu kecil / segelas air ).

    Kaedah ini memberi peratusan hingga 75 ke 80% ketepatan. Walaubagaimanapun, kesemua ini adalah ketentuan Allah dan kita hanya berusaha untuk mendapat yang terbaik.

    Wallahu A’lam…

    Popularity: 53% [?]

    Posted on 27 June '07 by , under Tips Kesuburan, Tips Merancang Keluarga, Tips Senggama. No Comments.

    Mengira waktu subur


    Kemudahan yang dinikmati di zaman teknologi ini memudahkan kehidupan kepada pasangan yang betul – betul ingin merancang kehamilan secara amalan biasa. Di sini dapat dikongsikan sebuah laman web yang menyediakan sebuah program khusus yang dibina untuk membuat pengiraan waktu kesuburan seseorang wanita, tempoh waktu yang sesuai untuk bersama bagi mendapat bayi lelaki atau perempuan secara kiraan saintifik dan juga pelbagai lagi. Program ini diberi percuma tetapi hanya menghadkan hingga 50 hari penggunaan.

    p.s: ada crack.

    Klik sini untuk download



    Source : www.femta.com

    Popularity: 16% [?]

    Posted on 30 May '07 by , under Tips dan Nasihat, Tips Kesuburan, Tips Merancang Keluarga. No Comments.

    Menentukan Kesuburan Wanita – Mengelakkan Kehamilan dengan mengetahui pusingan kitar haid wanita


    Wanita menjadi subur sebaik sahaja mencapai akil baligh, iaitu apabila haid pertamanya keluar. Secara purata, kanak-kanak perempuan di Malaysia mencapai akil baligh dalam lingkungan 12 tahun.

    Tempoh kesuburan berlangsung sehingga usia wanita dalam lingkungan 48 tahun iaitu apabila berlaku putus haid. Dalam jangka masa 36 tahun waktu suburnya itu, wanita akan mengalami beberapa kali kehamilan dan kelahiran sekiranya dia berumahtangga.

    Setiap wanita yang ingin hamil mestilah subur iaitu dia berkeupayaan mengeluarkan telur atau benihnya. Benih perempuan hanya keluar sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu yang tertentu sahaja.

    Oleh sebab itulah, apabila wanita yang setelah sekian lama mendirikan rumahtangga tetapi masih belum mempunyai anak, harus diperiksa kesuburannya dengan melakukan beberapa ujian dan pemeriksaan tertentu. Ujian dan pemeriksaan ini adalah unutk menentukan pengeluaran benihnya sama ada normal ataupun tidak.

    Terdapat beberapa cara bagi menentukan seseorang wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bilakah benih itu keluar. Waktu pengeluaran benih ini digelar waktu subur atau fertile period. Persetubuhan perlu dilakukan pada waktu ini untuk menjayakan kehamilan, atau jauhkan waktu ini untuk mengelakkan kehamilan. Ada beberapa cara untuk menentukan kesuburan wanita:

    Pusingan Haid
    Wanita yang mempunyai pusingan haid teratur setiap bulan biasanya subur. Pengeluaran benih ini berlaku pada hari ke-13 atau 14 dikira dari hari pertama keluar darah haid.

    Satu pusingan haid dikira dari hari pertama keluar haid hinggalah sehari sebelum haid datang semula. Satu pusingan ini biasanya meliputi jangka masa 28 hari hingga 30 hari.

    Adalah penting bagi setiap wanita yang inginkan anak mencatat tarikh bagi keluaran haid dalam satu buku kecil yang mengandungi carta suhu badan. Buku ini boleh didapati di klinik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluara Negara (LPPKN).

    Ada beberapa tanda yang berlaku pada waktu pengeluaran benih seperti rasa sakit atau senak di bahagian bawah perut dan pengeluaran lendir yang berlebihan dari kemaluan. Kadangkala lendir ini berwarna coklat, jernih dan mudah dijalurkan atau stretchable dan rupanya seperti putih telur mentah. Sebaik sahaja lendir keluar, lendir bertukar bentuk menjadi lebih kesat dan pekat.

    Catatan Suhu Badan
    Setiap wanita yang ingin meningkatkan kesuburan perlu mencatatkan suhu badannya dalam satu carta khas yang boleh didapati di klinik LPPKN. Suhu badan perlu disukat dengan mengggunakan jangka suhu khas yang digelar ovulation thermometer. Alat clinical thermometer yang biasa digunakan untuk menyukat suhu badan tidak sesuai untuk tujuan ini.

    Suhu badan perlu disukat sebaik sahaja bangun tidur tetapi sebelum meninggalkan tempat tidurnya untuk memberus gigi dan mandi.

    Jangka suhu perlu disediakan pada malam sebelumnya, iaitu dengan menggoncangkan supaya tanda raksa turun ke paras paling rendah. Apabila hendak mengambil suhu badan, jangka suhu dimasukkan ke dalam mulut selama dua atau tiga minit. Sukatan suhu badan kemudian dicatatkan pada carta khas dan ini patut dibuat tiap-tiap hari melainkan pada hari wanita itu dalam haid. Satu muka carta baru digunakan bagi pusingan haid yang berikutnya.

    Carta suhu badan ini memberi maklumat penting kepada doktor dan jururawat. Ia akan menunjukkan sama ada wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bila benih itu keluar. Biasanya suhu badan akan turun sedikit pada hari pengeluaran benih dan sejurus kemudian ia meningkat naik sebanyak 0.2 darjah celcius dan kenaikan suhu badan ini akan berlarutan sekurang-kurangnya 10 hari atau lebih. Jika bentuk ini tidak kelihatan pada carta, mungkin ini menandakan wanita tersebut tidak mengeluarkan benih dan seterusnya dia tidak boleh hamil.

    Ujian Darah
    Ujian darah untuk mengesan paras hormon boleh juga digunakan untuk menentukan wanita itu keluar benih atau tidak. Sukatan paras hormon progesterone dilakukan pada hari ke-21 hingga 25 dalam pusingan haid. Wanita yang pusingan haid mereka tidak teratur seperti datang haid sekali dalam tiga bulan ataupun sekali dalam enam bulan, biasanya tidak subur kerana benihtidak keluar dengan teratur. Dalam hal demikian beberapa ujian perlu dilakukan untuk mengesan punca masalah tersebut. Antara ujian yang penting ialah meyukat paras hormon dalam aliran darahnya seperti hormon gonadotrofin (FSH, LH) dan prolaktin.

    Ujian D & C
    Ujian D & C selalu dikatakan oleh doktor pada wanita yang kurang subur. Dalam tatacara pembedahan yang kecil ini, saluran pangkal rahim wanita itu dikembangkan. Proses ini digelar dilatation. Ruang rahim kemudian dikikis dengan alat tajam yang digelar curettage. Tatacara ini memberi manfaat kepada sesetengah wanita yang pangkal rahim mereka sempit dan ini mungkin memudahkan perjalanan benih lelaki ke dalam sistem peranakan.

    Melalui proses mengikis ruang rahim ini juga tisu yang tidak normal dapat dikeluarkan untuk membolehkan kehamilan berlaku. D & C juga boleh dilakukan untuk mengetahui sama ada seseorang wanita itu boleh mengeluarkan benih atau tidak. Ini hanyalah satu bukti secara tidak langsung bagi menentukan pengeluaran benih wanita.

    Sesetengah doktor melakukan insufflation iaitu memancutkan air berwarna ke dalam saluran peranakan keteika melakukan D & C itu. Tatacara ini bertujuan untuk menguji sama ada salur fallopian terbuka atau tersumbat dengan melihat pengaliran air yang dipancutkan itu. Ujian ini jarang dilakukan pada masa sekarang kerana seringkali ia tidak memberi kepastian mengenai keadaan saluran peranakan tersebut.

    Pemeriksaan Fizikal
    Bahagian tubuh badan wanita yang patut diperiksa termasuklan buah dada, kilang tiroid pada leher dan sistem peranakan.

    Pemeriksaan leher adalah bertujuan untuk mengesan ketumbuhan pada kilang tiroid yang biasanya boleh mengeluarkan hormon tiroksina berlebihan dan seterusnya mengganggu pengeluaran benih.

    Pemeriksaan buah dada pula bertujuan untuk mengesan ketumbuhan dan pengeluaran air susu kerana jika keadaan ini berlaku ada kemungkinan imbangan hormon dalam darah wanita itu terganggu. Mungkin paras hormon prolaktin tinggi dan ini mengganggu pengeluaran benih perempuan.

    Pemeriksaan Sistem Peranakan
    Pemeriksaan ini adalah sangat penting untuk menentukan sama ada system peranakan seseorang wanita itu normal atau tidak. Sistem ini melibatkan faraj, pangkal rahim, saluran peranakan dan kilang ovari. Berbagai-bagai cara digunakan untuk memeriksa dan menilai system peranakan ini. Biasanya setelah doktor memeriksa kemaluan dan peranakan seseorang wanita itu, dia dapat menentukan secara kasar sama ada sistem peranakannya normal ataupun tidak.

    Jangkitan Faraj
    Penyakit jangkitan kuman pada faraj atau vaginitis dan pada pangkal rahim atau cervicitis yang biasanya ditandai dengan lelehan keputihan boleh mengganggu benih lelaki. Pangkal rahim menjadi luka dan merah yang dikenali sebagai cervical erosion atau ditandai oleh ketumbuhan seperti polip. Ketumbuhan yang bukan jenis kanser iatu fibroid juga boleh berlaku pada rahim. Ada juga wanita yang mempunyai sistem peranakan yang tidak normal sejak dilahirkan iaitu congenital abnormality. Semua gejala yang disebutkan itu boleh menyebabkan masalah kesuburan.

    Popularity: 26% [?]

    Posted on 30 May '07 by , under Tips Kahwin, Tips Kesuburan, Tips Merancang Keluarga, Tips Senggama. No Comments.

    Copy Protected by Owners KlikProtect.