Archive for 'Tips Kelahiran'

Tips Menanam Uri

Tags:, , , , .

Walaupun dunia semakin moden, kelaziman keluarga Shayeeda menanam uri masih mengikut adat dan pantang larang orang dulu-dulu.

Selain bertujuan menjamin kesejahteraan bayi tersebut, menurut Shayeeda seluruh keturunannya juga dipercayai akan kekal terpelihara dan dilimpahi kebaikan.

Ibu mentuanya, Rusmah Jaafar, 63, diberi tanggungjawab menguruskan uri tersebut.

“Mula-mula uri itu dibasuh bersih sehingga tiada darah yang tertinggal. Kemudian tempurung kelapa yang dicuci luar dan dalam dijadikan bekas mengisi uri itu.

“Tempurung yang telah berisi uri itu perlu dibungkus dengan kain putih dan diletakkan di dalam lubang yang digali di halaman rumah.

(more…)

Popularity: 5% [?]

Posted on 18 March '11 by , under Tips Kelahiran. No Comments.

Rahsia Senang Hamil

Tags:, , , .

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Nama saya Fatina aziz dan kini bakal dianugerahkan cahaya mata yang pertama. Saya tahu anda kini yang sedang membaca laman web ini mengalami kesukaran untuk hamil bukan? Sudah bermacam-macam ikhtiar anda mencuba tetapi masih gagal untuk hamil.

Dulu saya pun seperti anda. Mengalami masalah sukar untuk hamil. Saya fikir untuk hamil adalah sesuatu proses yang senang dan semua orang mampu mencapainya. Tetapi saya silap.

Ok baiklah, saya ingin kongsi pengalaman saya mengenai kehamilan ini. Sudah lebih setahun saya berkahwin tetapi belum dikurniakan zuriat. Saya amat resah dan gelisah memikirkan masalah saya itu.

Ketika itu saya merasakan diri saya mempunyai masalah kesuburan. Kemudian saya mengajak suami saya ke hospital untuk menjalani ujian kesuburan. Tetapi beliau menolak. Beliau percaya ada sesuatu yang belum kami laksanakan yang menyebabkan kami masih belum dikurniakan zuriat.

Sambung Bacaan (Klik sini )

Popularity: 20% [?]

Posted on 18 May '09 by , under Tips dan Panduan, Tips Kehamilan, Tips Kelahiran, Tips Kesuburan, Tips Malam Pertama, Tips Merancang Keluarga. No Comments.

MAKLUMAT PELAKSANAAN HOSPITAL RAKAN BAYI DI MALAYSIA

Tags:, , , .

babiesmozartslovakia375x226.jpg

Amalan-amalan jagaan kesihatan boleh memberi kesan yang besar terhadap amalan penyusuan susu ibu. Faktor amalan dan persekitaran yang menyokong penyusuan susu ibu akan membantu ibu-ibu menyusu dengan berjaya untuk tempoh yang lebih lama.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengatur dan melaksanakan pelbagai strategi di dalam mempromosikan penyusuan susu ibu. Salah satu strategi untuk menggalakkan penyusuan susu ibu di Malaysia adalah melalui pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi. Di Malaysia, Konsep ‘Inisiatif Hospital Rakan Bayi’ telah dilaksanakan bermula pada tahun 1993. Ia bertujuan untuk mewujudkan sebuah persekitaran yang menyokong ibu-ibu bagi menyusukan anaknya dengan susu ibu, menyediakan sebuah perkhidmatan yang membantu ibu menyusukan anaknya dan menjalankan polisi yang melindungi penyusuan susu ibu. Pada Mac 1998, Malaysia telah diisytiharkan sebagai Negara ke-3 di dunia yang mempunyai kesemua hospital kerajaan diiktiraf sebagai “Hospital Rakan Bayi’.

”10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya” merupakan kriteria utama yang telah ditetapkan pada tahun 1989 dalam pelaksanaan Hospital Rakan Bayi oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization) dan Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Children’s Fund). Dalam pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi di Malaysia, 10 langkah ke arah menjayakan penyusuan susu ibu yang telah digariskan adalah seperti berikut:-

Arrow Mengadakan SATU POLISI bertulis mengenai penyusuan susu ibu.

Arrow MELATIH semua anggota kesihatan dalam kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan polisi ini.

Arrow MEMBERITAHU semua ibu mengandung tentang kebaikan susu ibu dan pengendalian penyusuan susu ibu.

Arrow MEMBANTU ibu memulakan penyusuan susu ibu dalam masa ½ – 1 jam selepas bersalin.

Arrow Memberi TUNJUK AJAR kepada ibu-ibu cara menyusu dan bagaimana untuk mengekalkan penyusuan walaupun jika mereka terpisah dari bayi.

Arrow Menentukan bayi baru lahir TIDAK DIBERI minuman atau makanan lain selain daripada susu ibu, melainkan atas sebab-sebab perubatan.

Arrow Mengamalkan “ ROOMING-IN ”, DI MANA BAYI DAN IBU DILETAKKAN BERSAMA SETIAP MASA (24 jam).

Arrow MENGGALAKKAN penyusuan susu ibu mengikut KEHENDAK bayi.

Arrow Menentukan bayi TIDAK DIBERI puting tiruan atau puting kosong.

Arrow MEMBANTU PENUBUHAN kumpulan penyokong penyusuan susu ibu dan rujuk ibu-ibu kepada kumpulan ini apabila keluar dari hospital.

STATUS TERKINI HOSPITAL RAKAN BAYI DI MALAYSIA
( SEHINGGA JAN 2008)

Hospital Kerajaan yang telah mendapat pengiktirafan 117

Hospital Tentera yang telah mendapat pengiktirafan 2

Hospital Universiti yang telah mendapat pengiktirafan 2

Hospital Swasta yang telah mendapat pengiktirafan 6

Popularity: 4% [?]

Posted on 13 April '08 by , under Perihal Bayi, Tips Bayi Anda, Tips dan Panduan, Tips Kelahiran, Tips Untuk Bayi. No Comments.

Penjagaan Bayi

Bayi yang baru dilahirkan sering terdedah kepada berbagai penyakit berjangkit yang boleh dicegah dengan pemberian suntikan/imunisasi. Oleh itu Kementerian Kesiahtan telah menjadualkan beberapa suntikan yang perlu diberikan kepada bayi setelah dilahirkan iaitu:

Sebaik dilahirkan – BCG (untuk pencegahan Tibi), Hepatitis B dos pertama (cegah penyakit hati)

1 Bulan – Hepatitis B dos kedua

3 bulan – Tiga serangkai dos pertama (untuk mencegah penyakit batuk kokol, dipteria dan tetanus), Polio dos pertama (untuk penyakit lumpuh)

4 Bulan – Tiga serangkai dos kedua, Polio dos kedua

5 Bulan – Tiga serangkai dos ketiga, Polio dos ketiga, Hepatitis B dos ketiga

9 Bulan – Campak

Adalah menjadi tanggungjawab ibubapa membawa bayi ke klinik untuk diperiksa dan diberi suntikan-suntikan tersebut supaya bayi tidak dijangkiti penyakit merbahaya yang boleh dicegah melalui imunisasi dan diberi percuma di klinik-klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan. Bayi-bayi yang dibawa ke klinik juga akan diperiksa dan dibuat penilaian berkaitan dengan perkembangan dan pertumbuhan mereka dan anggota kesihatan dari masa ke semasa akan membberi nasihat berkaitan dengan penjgaan bayi.

Popularity: 2% [?]

Posted on 25 July '07 by , under Tips dan Panduan, Tips Kelahiran, Tips Untuk Bayi. No Comments.

Sudah bersedia untuk menyusu bayi?

Agar anda dapat menyusu dengan BAIK, pastikan anda mengamalkan pemakanan yang seimbang walaupun sebelum anda hamil. Makanlah makanan membina badan’ seperti ikan, telur, daging, susu, kekacang dan bijirin; makanan memberi tenaga seperti nasi, roti dan mi, dan sudah tentulah, makanan mencegah jangkitan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Semasa mengandung, buah dada anda akan membesar kerana semakin banyak tisu susu yang terbentuk. Pakai coli yang sesuai untuk mengampunya dengan balk. Puting anda juga menjadi semakin gelap. Jaga kebersihan diri sepanjang masa hamil.

Kini anda sudah bersedia!

BAGAIMANA PROSES PENGELUARAN SUSU BERLAKU

Pengeluaran susu bergantung pada keperluan dan penghisapan bayi. Anak saraf dalam puting anda dirangsang bila bayi anda menetek. Seterusnya satu isyarat dihantar ke otak anda yang menyebabkan pengeluaran hormon prolaktin.
Hormon ini memulakan pengeluaran susu dalam buah dada anda. Semakin kerap bayi anda menetek, semakin banyak hormon prolaktin yang dikeluarkan, Dan lebih banyak hormon bererti lebih banyak susu yang terhasil. Apabila bayi menetek, ini akan merangsangkan pengeluaran hormon oksitosin yang menyebabkan susu mengalir keluar.

Walau bagaimanapun, proses yang mudah lagi semulajadi ini tidak akan berjaya sekiranya anda kurang yakin dengan keupayaan diri untuk menyusu atau cemas dan mengalami tekanan. Jadi anda mesti sentiasa berfikiran positif!

MASA YANG PALING BAIK UNTUK MENYUSUKAN BAYI

Anda boleh mula menyusukan bayi anda sebaik saja selepas bersalin atau dalam masa 1 jam selepas bersalin. Ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu. Lagipun pada masa ini, bayi anda paling peka pada alam sekelilingnya. Dalam masa 3 hari pertama selepas bersalin, anda akan menghasilkan susu yang pekat berwarna kekuningan limau (iaitu kolostrum). Jangan bimbang. Kolostrum cukup berkhasiat untuk memenuhi keperluan bayi buat beberapa hari pertama. la kaya dengan zat dan antibodi dan membantu melindungi bayi anda daripada jangkitan kuman. Jelaslah ia amat penting untuk bayi. Sepanjang tempoh ini, susui bayi anda mengikut kehendaknya. Buah dada anda mungkin terasa kosong pada permulaannya . Jangan risau. Bekalan anda cukup untuk memenuhi keperluan bayi.

Lazimnya susu anda akan mula keluar pada hari ketiga dan keempat. Bayi anda juga semakin besar dan anda akan kenal tangisannya tatkala ia lapar. (Baca bahagian tentang ‘TEKNIK TERBAIK UNTUK MENYUSU BAYI’)

Susui bayi anda selama mana yang dia mahu. Bayi akan menangis bila kelaparan. Bila sudah kenyang, dia akan tidur atau melepaskan puting. Susui bayi anda mengikut kehendaknya. Ini dinamakan ‘penyusuan mengikut kehendak bayi’.

Amatlah penting anda menyusukan bayi selama mungkin atau sekurang-kurangnya 6 bulan. Ramai ibu yang terus menyusu walaupun setelah bekerja semula. (Baca bahagian tentang’MENYUSU BAYI UNTUK
IBU-IBU BEKERJA’).

Timbang bayi anda selalu. Berat badannya akan meningkat jika ia mendapat susu yang cukup.

TEKNIK TERBAIK UNTUK MENYUSUKAN BAYI

Ini bergantung pada citarasa dan pilihan anda sendiri kerana teknik penyusuan susu ibu adalah agak tersendiri. Anda boleh menyusu bayi sambil duduk, berbaring atau serong sebelah. Apa yang anda perlu ingat ialah kedua-dua ibu dan bayi mestilah SELESA.

Tentukan kedudukan anda betul. Bermakna cara anda duduk atau baring, cara anda memegang bayi dan bagaimana bayi menyesuaikan mulutnya bila menetek.

Kedudukan Badan

  • Pastikan anda selesa. Bayi anda perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi diatas lengan ATAU duduk bersandar di kerusi.
  • Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi sehingga susah ia mencapai puting untuk menyusu dan jangan terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi.
  • Gunakan apa-apa pun untuk bersandar atau merehatkan kaki. Gunakan bantal, kusyen, atau bahan yang lembut tapi kukuh (seperti hamparan atau selimut yang dilipat dan apa jua yang diperlukan untuk merihatkan kaki anda) untuk menyokong anda dan bayi.

Cara memegang bayi

Pendek kata, perkara-perkara yang perlu diingati tentang cara memegang bayi ialah :

  • bayi dipegang rapat dengan anda
  • bayi diampu dengan baik
  • bayi berhadapan dengan anda
  • mulut bayi berada di bawah puting bila anda bersedia untuk menyusunya
  • kepala, leher dan belakang bayi lurus
  • Pastikan lengan tangannya tidak mengganggu bila ia menyusu.

Bagaimana bayi menyesuaikan mulutnya bila menetek:

Pastikan bayi anda sendiri mencapai puting anda; jangan paksa bayi anda. Bila bayi mencapai puting anda, pastikan :

  • mulutnya terbuka luas
  • bayi menghisap sebanyak mungkin bahagian perang (areola) di sekitai puting

Popularity: 1% [?]

Posted on 7 June '07 by , under Tips dan Panduan, Tips Kelahiran, Tips Untuk Bayi. No Comments.

Copy Protected by Owners KlikProtect.