Archive for 'Tips Kahwin'

Mitos hubungan seksual

Tags:, , , .

WALAU semaju mana pun masyarakat di sesebuah negara, mereka tidak boleh menjarakkan diri dengan mitos. Terdapat pelbagai jenis mitos dalam masyarakat, daripada mitos kisah wira legenda, mitos penyakit misteri, mitos menguruskan badan sehinggalah mitos hubungan intim.

Dalam masyarakat Asia, mitos hubungan intim sememangnya sangat tebal walaupun jarang diperkatakan. Lantaran sikap malu dan sopan-santun yang kuat, ia menjadi topik yang masih tabu untuk dibincangkan.

Namun, berdasarkan kenyataan pakar-pakar seksual Barat, sewajarnya mitos seksual disentuh untuk memastikan masyarakat mempunyai pendidikan seks yang lebih baik dan tidak dibelenggu dengan mitos skeptikal.

Berikut adalah 10 mitos seksual yang sering membelenggu kebanyakan masyarakat Asia. Adakah ia adalah salah satu daripada kepercayaan anda?

(more…)

Popularity: 7% [?]

Posted on 4 May '08 by , under Tips Kahwin, Tips Kesuburan, Tips Malam Pertama, Tips Sebelum Kahwin. No Comments.

Menyambut Kelahiran Baru

Saya baru mendapat email daripada saudara Zamri Nanyan yang memaklumkan mengenai kelahiran anak ketiga beliau. Di sini saya sisipkan email yg beliau hantar, mari kita kongsi bersama pengalaman dengan Baby Imran beliau…

Salam hormat, Rizal!

Kebelakangan ini saya begitu sibuk, bukan dengan
internet, tetapi dengan persediaan untuk mendapat
cahaya mata baru.

Dan, hasrat saya dan isteri tercapai pada Isnin
lepas dengan kami dikurniakan seorang anak lelaki
yang agak besar juga.

Walaubagaimanapun, boleh saya katakan isteri saya
bertarung nyawa untuk melahirkan anak ketiga
kami ini… dan buat pertama kalinya saya menulis
mengenai kelahiran anak saya di blog dan website
saya.

Anda boleh membacanya di http://imran.zamrinanyan.com
dan saya harap anda dapat tinggalkan ucapan kepada
isteri dan anak saya untuk mereka membacanya nanti.

Cuma klik ke perkataan ‘comment’ untuk meninggalkan
ucapan.

(psst… mereka belum mengetahui mengenai laman
web ini dan saya berharap akan mendapat sebanyak
ucapan yang mungkin untuk isteri dan anak saya).

Oleh itu, jangan lupa sebarkan berita ini dan
website http://imran.zamrinanyan.com kepada rakan
anda.

Walaupun website tersebut di dalam bahasa Inggeris,
saya harap anda dapat memahami pengalaman yang
saya lalui di bilik kelahiran tersebut… dan anda
boleh tinggalkan ucapan di dalam bahasa Malaysia
sekiranya anda tidak selesa dengan English.

Saya juga ada memberikan insentif kepada mereka
yang mempromosikan blog kelahiran anak saya ini
dan anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di
http://imran.zamrinanyan.com/share.html

“Share the JOY With Us” :-)

Dan jangan lupa sebarkan berita ini kepada seramai
yang mungkin.

ikhlas,

Zamri Nanyan

Popularity: 1% [?]

Posted on 27 November '07 by , under Tips Bayi Anda, Tips dan Renungan, Tips Kahwin. No Comments.

Tips memujuk pasangan anda

Pasti semua antara kita sedia maklum dengan masalah ini. Masalah? ada yang menganggap ianya satu masalah, tetapi ada yang menganggap ianya adalah satu peluang untuk membaiki perhubungan atau ikatan. Dengan memujuk, pasangan akan merasa lebih dihargai, disayangi dan menjadikan kehidupan berpasangan lebih romantis.

Sebelum memujuk, anda perlu pastikan apakah sebabnya yang menyebabkan pasangan anda merajuk. Terdapat pelbagai sebab pasangan anda berada di dalam keadaan merajuk. Mari kita kupas bersama-sama:

(more…)

Popularity: 4% [?]

Posted on 23 September '07 by , under Tips dan Nasihat, Tips Kahwin. No Comments.

Adat Istiadat Perkahwinan Orang Melayu Brunei

Majlis ‘Badak-Badak Mandi’ adalah pembukaan adat istiadat perkahwinan orang-orang melayu diBrunei. Biasanya ia diadakan dua minggu(zaman bulu) sebelum majlis bersanding. Istiadat ‘Badak-Badak Mandi’ ini hanyalah dihadiri oleh keluarga yang terdekat sahaja. Bakal pengantin akan ditepung tawar dengan menggunakan bedak yang diperbuat daripada tepung beras dan ditambah dengan bunga melor untuk memberi aroma yang segar harum.

Selesai menepung tawar bakal pengantin itu, istiadat ‘Badak-Badak Mandi’ pun dimulakan. Bakal pengantin akan dilulur dengan bedak tradisional dari muka hingga ke hujung kaki. Kemudian akan disiram dengan air yang dicampur dengan langir dan limau nipis. Dikelilingi oleh tujuh orang kanak-kanak yang memakai selindang yang berlainan warna setiap seorang dengan memeggang sebatang lilin kecil yang dinyalakan sehingga majlis bersiram selesai.

Apabila istiadat bersiram selesai, adat mengurung pengantin akan dimulakan. Bakal pengantin akan dijaga luar dan dalam, rohani dan jasmani oleh seorang ‘Pengangun’(mak andam) didalam sebuah bilik khas yang di gelar ‘Bilik Beangun’(bilik berandam). Bakal pengantin tidak akan disuruh keluar rumah sepanjang perintah berkurung itu dan disyaratkan memakai pakaian bewarna putih. Muka dan badan tak tanggal dengan bedak sejuk. Makan dan minum bakal pengantin akan dihidangkan sendiri oleh ‘Pengangun’. Di sinilah peranan ‘Pengangun’ nampak tersangat penting. Dialah orang yang bertanggung jawab untuk mengajar hal ehwal suami-isteri kepada si bakal pengatin itu. Dan menjaga kesihatan bakal pengantin supaya nampak berseri sehingga naik ke jinjang pelamin nanti.

Istiadat seterusnya ‘Malam Babadak’(malam berbedak). Pengantin perempuan akan digendong dari bilik ‘Beangun’(berandam) hingga sampai kepelaminan dan didudukan diatas sehelai tikar khas(biasanya kain baldu bertenun benang emas) berbentuk segi empat tepat. Empat batang dian bewarna kuning diletakan diempat penjuru tikar tersebut. Bedak tradisional(serupa dengan bedak ‘Badak-Badak Mandi’ diatas tapi diwarnakan dengan tujuh warna dan disimpan kedalam tujuh mangkok khas). Para tetamu akan ‘menculiki’(menepung tawar) dengan bedak tujuh warna itu ketangan pengantin perempuan dengan iringan zikir merhaban. Manakala bagi bakal pengantin lelaki pula akan berjalan terus kepelamin diringi oleh ‘Pengangun’ untuk majlis malam berbedak tersebut

Popularity: 9% [?]

Posted on 25 July '07 by , under Tips dan Panduan, Tips Kahwin. No Comments.

Kenal diri sebelum mengenali pasangan

Komunikasi suami isteri melibatkan dua individu. Bagaimanapun seseorang itu perlu selalu menganalisis sikap, nilai, kelemahan dan kekuatan diri, dan keperluannya dalam hubungan dengan pasangan.

Berikut disenaraikan beberapa sikap diri yang perlu dielakkan supaya proses komunikasi suami isteri berkesan.

Mempunyai andaian-andaian yang salah mengenai peranan suami isteri
: – misalannya, seorang suami yang mengandaikan bahawa semua wanita suka memasak mungkin menghadapi masalah sekiranya membelikan barangan dapur untuk isterinya sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan.

Inginkan pasangan mempunyai sikap, perasaan dan demikian yang serupa dengan diri sendiri:- Lazimnya, seseorang akan mencari pasangan yang mempunyai skap, pemikiran dan kesukaan yang serupa dengan dirinya. Namun suami/isteri perlu memberi ruang untuk sedikit perbezaan. Perbezaan begini memberi peluang untuk suami isteri berkomunikasi dengan lebih kerap. Bagaimanapun, perbezaan sebegini ketap dijadikan rintangan dan sumber perselisihan. Cara yang berkesan menangani perbezaan yang tidak salah dari hukum syara’ ialah menerima pasangan sebagaimana seadanya. Sekiranya terdapat sedikit ‘cela’, dari segi perangai pasangan, bersabar sambil berusaha.

Suka mencari kelemahan/kesalahan pasangan:-
Komunikasi, dan seterusnya perhubungan antara suami-isteri juga boleh terhalang sekiranya salah seorang atau kedua-dua bertabiat suka mencari kelemahan atau kesalahan orang lain. Sikap sebegini perlu dikikis supaya tidak terbawa-bawa di dalam perhubungan suami isteri.

Terlalu cemburu/tidak saling percaya:-
Pasangan yang tidak saling mempercayai antara satu dengan lain tidak akan dapat menyatakan perasaan ( dan lain-lain mesej) secara jujur. Mereka akan berkelakuan buruk sangka dan tidak dapat meneruskan perhubungan dalam suasana yang baik.

Terlalu ingin berkuasa ke atas pasangan:-
Suami/isteri yang pentingkan diri sendiri biasanya ingin berkuasa ke atas pasangannya sehingga hanya wujudkomunikasi sehala. Suami/isteri yang terlalu ‘dominan’, juga memaparkan sifat suka merendah-rendahkan pasangannya. Akibatnya perhubungan menjadi kaku dan tidak mesra.

Popularity: 1% [?]

Posted on 9 July '07 by , under Tips dan Nasihat, Tips dan Renungan, Tips Kahwin. No Comments.

Copy Protected by Owners KlikProtect.