Browse > Home / Archive by category 'Tips Kahwin'

| Subcribe via RSS



Banner Promosi



Tips Pasangan Malam Pertama



Resipi perkahwinan bahagia

February 23rd, 2010 | No Comments | Posted in Tips Kahwin


TERDAPAT banyak rahsia atau resipi untuk perkahwinan yang bahagia. Bagaimanapun di bawah dikongsikan tujuh saranan yang boleh diamalkan anda dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Cadangan ini memang ringkas dan boleh dibuat seberapa segera oleh mana-mana pasangan suami isteri.

1. Jika anda mahukan perkahwinan yang telah dibina bertahun-tahun kekal segar-bugar seperti hari pertama berkahwin, anda perlulah berusaha untuknya. Caranya ialah dengan meletakkan perkahwinan itu pada tempat utama. Berikan perhatian padanya dan selalu memperuntukkan masa untuk setiap perkara yang berkaitan rumah tangga. Tidak kiralah apa yang anda selalu katakan tentang rumah tangga anda yang penting sekali ialah bagaimana cara anda menanganinya.

Tip: Buat penilaian sejauh mana anda telah memberi komitmen terhadap perkahwinan anda. Adakah anda telah meluangkan masa dan tenaga yang sepatutnya demi keharmonian rumah tangga anda?

2. Fokuskan tentang perkara yang disukai tentang pasangan anda dan abaikan apa jua perkara yang tidak berkenan tentang dia. Jika berjaya melakukan ini maka anda telah mengelakkan banyak perkara negatif yang mungkin berlaku seperti adanya hubungan sulit, perselisihan faham antara suami isteri dan yang paling penting dapat mengelakkan penceraian. Jadi fokuskan yang positif dan buang tanggapan negatif jauh-jauh.

Tip: Jangan asyik mengkritik dan mencari kelemahan pasangan. Walaupun perkara tersebut terdetik jangan biarkan ia bersarang di hati. Bila anda mula memikirkan perkara baik tentang pasangan, ia sekali gus merangsang rumah tangga menjadi lebih bahagia.

3. Sifat baik hati amat penting dalam sesebuah rumah tangga. Maka, jadilah seorang yang baik. Menerusi kajian yang dilakukan kebanyakan suami atau isteri akan lebih melayan orang luar berbanding layanan terhadap ahli keluarga sendiri. Jika anda diberi pilihan untuk menjadi ‘yang benar’ atau ‘yang baik’ maka pilihlah untuk menjadi yang baik. Itu memang satu nasihat yang bagus.

Tip: Dalam minggu ini cuba buat sesuatu yang menggembirakan hati pasangan anda. Buat kejutan seperti belikan hadiah atau menyediakan makan malam istimewa. Pastikan hati anda ikhlas ketika melakukannya dan jangan pula harapkan balasan.

4. Bila pasangan membantu anda dalam sesuatu perkara walaupun nilainya tidak seberapa, berilah dia penghargaan. Cukup sekadar mengucapkan terima kasih atas bantuan tersebut yang telah meringankan beban anda. Jadikan sikap itu satu amalan dan jika ia sudah sebati dengan diri anda pasti rumah tangga akan dipenuhi keceriaan dan kegembiraan.

Tip: Lihat balik betapa pasangan anda itu bermakna dalam hidup anda. Cuba renung sesekali ke dalam mata mereka dan senyum. Anda boleh bermula dengan ayat-ayat penghargaan yang amat ringkas seperti ’saya suka senyuman awak’ atau ‘terima kasih atas hidangan makan malam yang lazat malam tadi.’



5. Jika anda berhajat tentang sesuatu perkara jangan pendam dalam hati dan harapkan pasangan anda dapat ‘membaca’ isi hati anda. Jika perkara dimahukan tidak terjadi tentu anda berang, beritahu pasangan apa yang anda mahukan dengan cara berhemah dan jelas, Komunikasi yang baik memudahkan hubungan anda berjalan lancar. Jadi bercakaplah dan jangan harap pasangan anda boleh menjadi ‘ahli nujum’ pula.

Tip: Selalunya anda harapkan pasangan anda memahami apa hajat anda tanpa perlu mengatakannya? Tidak kira lelaki atau wanita masing-masing mengharapkan pasangan berlaku romantis dan mengidamkan masa berdua-duaan. Tidak kurang juga yang mengharapkan pasangan membantu dalam urusan kerja rumah. Senang saja, cakaplah pada pasangan apa yang anda mahukan.

6. Buang sifat suka menghukum atau mempertahankan diri secara perlahan-lahan. Lapangkan hati menerima pendapat pasangan anda dan itu tidak bermakna anda tidak mempunyai pendirian sendiri. Tidak bermakna juga jika anda tidak menyangkal maka anda salah sebab dalam hubungan suami isteri ini memang perlu selalu bertolak ansur terutama untuk mengekalkan kasih sayang antara satu sama lain. Tidak rugi mengalah kerana dialah insan yang anda mahukan berada di sisi anda seumur hidup bukan?

Tip: Pilih satu sifat pasangan anda yang selalu membuatkan anda marah. Bila anda dan pasangan berdebat tentang perkara tersebut cuba dengar sahaja dan jangan berfikir tentangnya walaupun dalam hati. Cuba tengok apa hasilnya?

7. Buka hati anda seikhlas-ikhlasnya untuk pasangan anda. Kebanyakan daripada kita yang telah bertahun-tahun berumah tangga masih membatasi kasih sayang sepenuhnya buat pasangan. Jika anda mahukan rumah tangga yang harmoni dan sentiasa bersemarak bahagia, cubalah ambil risiko tersebut dan jangan fikirkan tentang perkara negatif.

Tip: Buangkan sifat buruk sangka. Memang konflik sesekali akan tercetus tapi jika anda pandai mengawal diri dan yakin pasangan anda juga patut diberi peluang maka runtuhkanlah tembok keegoaan itu. Pasti rumah tangga anda akan kekal harmoni hingga ke akhir hayat.

Tags: ,

Rahsia Tawan Hati Suami Anda Kembali

Semakin hari, peratusan penceraian pasangan yang berumah tangga semakin meningkat. Kadangkala, walaupun perkahwinan tersebut hasil daripada hubungan yang terbina sejak berbelas tahun dahulu, mereka tetap kecundang juga dengan perkahwinan yang hanya berusia beberapa hari atau bulan. Ada pula, hubungan sahaja yang bernama suami isteri. Tetapi, tempat tidur berasingan, si isteri masak untuk dirinya dan anak-anak sahaja manakala si suami makan di luar dan sebagainya.

Apabila ditanya, mereka akan menjawab, semua ini berlaku kerana mereka berdua sudah tidak sefahaman lagi. Benarlah kata orang, alam percintaan dan perkahwinan sangat berbeza. Sepatutnya, para isteri perlu menyedari bahawa amatlah penting untuk seseorang isteri mengenali dan mengetahui segala perkara mengenai suami , memahami dan mengenalinya. Sifat semula jadi seorang lelaki iaitu ego, memerlukan kita mengalah dalam segala hal. Lebih-lebih lagi, sudah termaktub bahawa jaminan syurga anda ada padanya.
Sebenarnya, tidak susah untuk menjaga hati seorang lelaki dan memastikan si dia setia dengan anda. Tidak banyak yang si dia inginkan dari anda. Cukuplah sekadar memahami apa yang mereka impikan dari seorang wanita. Malangnya, tidak ramai para isteri berjaya memahami si suami, gagal menawan hati si dia dan sebagainya. Ini adalah kerana anda tidak pernah mengetahui  dan mengenali sikap dan perilaku seseorang lelaki.
Tawan hati suami anda kembali dengan Ebook Panduan Cinta Untuk Wanita! Ebook ini telah mendedahkan satu persatu bagaimana untuk menawan hati suami anda kembali. Ia menunjukkan anda bagaimana untuk memahami sikap, sifat dan kehendak seorang lelaki. Saya yakin anda mahukan perkahwinan yang berkekalan buat selamanya. Tiada rujukan terbaik selain daripada maklumat yang diberikan oleh kaum lelaki sendiri mengenai apa yang mereka impikan dari seorang wanita. Miliki ebook ini sekarang! Selepas ini, si dia akan berada di dalam dakapan anda kembali, merindukan belaian dan nafas anda dan anda adalah wanita terbaik di hati mereka.

Klik Imej Untuk Maklumat Lanjut!

Tags: , , , , ,

Tips Memilih Pelamin

September 22nd, 2008 | No Comments | Posted in Tips Kahwin, Tips dan Panduan

pelamin.jpg
Photo From Mashelmy@Wordpress

Ramai yang mengimpikan hari persandingan mereka penuh gemilang dan menarik. Antara faktor utama yang menjadi penyeri ketika hari bersanding adalah pelamin. Pelamin merupakan suatu simblik di mana pasangan yang sudah diijabkabulkan dipamerkan kepada khalayak untuk direstu oleh sanak saudara serta kawan rapat. Pelamin yang indah pasti menjadi bualan serta ikutan bagi yang bakal mendirikan mahligai pula.Mari kita lihat faktor penting memilih pelamin yang sesuai;

1. Ruang – pastikan ruang bersanding adalah sesuai dengan saiz pelamin yg dikehendaki. Platform serta hiasan latar perlu sesuai untuk mengelakkan pelamin kelihatan ’sempit’
2. Hiasan – jika kawasan letak pelamin sempit, elakkan daripada memasukkan elemen2 yang terlalu banyak seperti  pahar bunga telur yang banyak, hiasan2 bunga, ini akan menyebabkan pelamin nampak berserabut.
3. Cahaya – sudah tentu faktor ini amat penting kerana di pelaminlah anda dan pasangan akan berposing sakan bersama keluarga untuk gambar kenangan. pastikan kawasan pelamin menerima cahaya yang mencukupi untuk memudahkan kerja photographer, jika tidak dapatkan bantuan pembuat pelamin untuk menambah lampu yang bersesuaian.

Tags: ,

Mengapa WANITA sangat Istimewa

kasih_sayang_ibu.jpg

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. “..i letih
la..dah lewat ni, i nak tido lah….”
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak
lipas…leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam
sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap…
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak
tadi…check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam
anak
nak susu…memang dah kering pun flusk ni, jerang la air…sementara
tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong….salin la
gula…check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade
lagi…ishh…ni lauk bila ni, semalam…dah beku dah…basuh la
kejap….pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh…penat dah
ni, besok je la basuh…sidai kaian lap je lah…
tik…bunyi air dah masak…salin air dalam flusk…ok settle…

Sambung Bacaan Di Sini… »

Dapatkan Kad Kahwin Dengan Harga Murah!

Berita Terkini! LAMAN JUALAN EASYKADKAHWIN TELAH DI’HACK’.

Maklumat Terkini akan diumumkan di sini. Terima Kasih.

Anda melihat rakan anda menghabiskan ratusan hingga ke ribuan ringgit untuk kad jemputan perkahwinannya. 5 minit untuk anda meneliti keseluruhan laman web ini dan buat keputusan untuk berjimat sehingga 300% segera.

Saya akan dedahkan kepada anda bagaimana menghasilkan kad kahwin dengan bermodalkan hanya 5 sen sahaja

saya perkenalkan kepada anda satu lagi produk terbaru dalam bentuk kit DIY (do it your self) yang deberi nama easy kadkahwin.

Didalam easy kadkahwin tersedia template kad kahwin dan kelengkapan berkaitan untuk menghasilkan kat kahwin sendiri secara mudah (DIY). Anda hanya perlu pasangkan, susun dan cetak. Semudah itu juga saya memberi pilihan kepada anda untuk berjimat sehingga 300%.

 

Apa yang ada didalam easy KadKahwin

50 Design kad kahwin
10 Design kad kahwin eksklusif
2 Template kad kahwin dalam format .ai (Adobe Illustrator)
2 Template kad kahwin dalam format .psd (Adobe Photoshop)
2 Template kad kahwin dalam format .doc (Microsoft Word)
2 Template kad kahwin dalam format Microsoft Publisher
Himpunan ayat-ayat, kata-kata, dan doa-doa
Bonus: Pelbagai bentuk grafik / gambar / objek sampingan

Kesemuanya didalam satu pekej istimewa ini.

Saya nak kongsikan kepada anda keadaan dan situasi sebenar yang terjadi apabila seseorang ingin menempah kad kahwin. Untuk kad kahwin jenis ‘custom made’, kad wangi, dan kad-kad eksklusif yang lain, untuk menempahnya anda perlu membayar antara RM0.90 ke RM1.50 sekeping. Tempahan minima pula ialah 1000 keping. Jadi untuk tujuan itu anda perlu membayar sehingga RM1,500.00 untuk kad jemputan sahaja. Wow.. banyak kan???

Untuk kad kahwin kampung atau kad kahwin ekonomi biasa, anda perlu membayar antara 0.20 sen ke 0.35 sen untuk sekeping kad. Kadangkala kedai kad kahwin akan cas RM25 ke RM60 untuk upah design. Tempahan minima pula ialah 500 keping. Anda perlu bayar sehingga RM235 untuk kad kadwin ini.

RM60 untuk 60 design. Wow… murah bukan.

Anda perlukan sekeping no RM50 dan sekeping not RM10 untuk membeli easy kadkahwin. Hmmmm… agak menyusahkan. Saya ringankan bebanan anda lagi untuk memastikan anda mampu memiliki pek istimewa ini. Cukup sekadar RM50 untuk memiliki kesemuanya. ya! RM50 SAHAJA! (WAKTU TERHAD!!!)

Anda beli easy kadkahwin pada harga RM50 sekarang dan saksikan satu kejutan luar jangka yang akan saya berikan kepada anda. Saya takkan beritahu… ;)

 

Tags: , , , , ,

Mitos hubungan seksual

WALAU semaju mana pun masyarakat di sesebuah negara, mereka tidak boleh menjarakkan diri dengan mitos. Terdapat pelbagai jenis mitos dalam masyarakat, daripada mitos kisah wira legenda, mitos penyakit misteri, mitos menguruskan badan sehinggalah mitos hubungan intim.

Dalam masyarakat Asia, mitos hubungan intim sememangnya sangat tebal walaupun jarang diperkatakan. Lantaran sikap malu dan sopan-santun yang kuat, ia menjadi topik yang masih tabu untuk dibincangkan.

Namun, berdasarkan kenyataan pakar-pakar seksual Barat, sewajarnya mitos seksual disentuh untuk memastikan masyarakat mempunyai pendidikan seks yang lebih baik dan tidak dibelenggu dengan mitos skeptikal.

Berikut adalah 10 mitos seksual yang sering membelenggu kebanyakan masyarakat Asia. Adakah ia adalah salah satu daripada kepercayaan anda?

Sambung Bacaan Di Sini… »

Tags: , , ,

Menyambut Kelahiran Baru

November 27th, 2007 | No Comments | Posted in Tips Bayi Anda, Tips Kahwin, Tips dan Renungan

Saya baru mendapat email daripada saudara Zamri Nanyan yang memaklumkan mengenai kelahiran anak ketiga beliau. Di sini saya sisipkan email yg beliau hantar, mari kita kongsi bersama pengalaman dengan Baby Imran beliau…

Salam hormat, Rizal!

Kebelakangan ini saya begitu sibuk, bukan dengan
internet, tetapi dengan persediaan untuk mendapat
cahaya mata baru.

Dan, hasrat saya dan isteri tercapai pada Isnin
lepas dengan kami dikurniakan seorang anak lelaki
yang agak besar juga.

Walaubagaimanapun, boleh saya katakan isteri saya
bertarung nyawa untuk melahirkan anak ketiga
kami ini… dan buat pertama kalinya saya menulis
mengenai kelahiran anak saya di blog dan website
saya.

Anda boleh membacanya di http://imran.zamrinanyan.com
dan saya harap anda dapat tinggalkan ucapan kepada
isteri dan anak saya untuk mereka membacanya nanti.

Cuma klik ke perkataan ‘comment’ untuk meninggalkan
ucapan.

(psst… mereka belum mengetahui mengenai laman
web ini dan saya berharap akan mendapat sebanyak
ucapan yang mungkin untuk isteri dan anak saya).

Oleh itu, jangan lupa sebarkan berita ini dan
website http://imran.zamrinanyan.com kepada rakan
anda.

Walaupun website tersebut di dalam bahasa Inggeris,
saya harap anda dapat memahami pengalaman yang
saya lalui di bilik kelahiran tersebut… dan anda
boleh tinggalkan ucapan di dalam bahasa Malaysia
sekiranya anda tidak selesa dengan English.

Saya juga ada memberikan insentif kepada mereka
yang mempromosikan blog kelahiran anak saya ini
dan anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di
http://imran.zamrinanyan.com/share.html

“Share the JOY With Us” :-)

Dan jangan lupa sebarkan berita ini kepada seramai
yang mungkin.

ikhlas,

Zamri Nanyan



Panas! Pisang Panas! Sila Dapatkan Sebelum Terlambat!!!

Ad Jom buat website
gaji rahsia ebay