Archive for 'Tips dan Renungan'
Tags:blog wordpress, buat blog wordpress, cara bina blog, cara buat blog.
Di saat ini makin ramai yang menunjukkan minat mendalam mengenai dunia IT. Masing-masing takut ketinggalan dan sanggup buat apa saja asal jangan dipanggil BUTA IT… haha, buta IT, ya, kenyataan yang memang amat memalukan bila kita digelar seorang yang BUTA IT. Kenapa? sebab orang-orang besar kat Malaysia pun dah ada blog sendiri, Tun Mahathir, Khir Toyo, Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim, malah orang yang paling lewat di Malaysia pun sudah mempunyai blognya sendiri….
Tidakkan anda teringin untuk memiliki nama anda sebelum dotcom dibelakangnya?(NamaAnda.Com) … semua ini amat mudah dan senang. Tak perlu bersusah payah untuk mendapatkan guru, tak perlu nak pening-pening cari langkah demi langkah di merata dunia internet nih, di sini saya dah kumpulkan semuanya dalah satu pakej, ya, PAKEJ BLOG!!!
Tidak kisah siapa diri anda, walaupun seorang tukang masak, penulis buku, peguam, ustaz, guru, pemandu teksi, ahli perniagaan, CEO, usahawan Internet, pelajar, pesara, doktor, petani atau sesiapa sahaja, blog merupakan satu medium penyampaian maklumat yang amat berkesan.
Ia dapat menambah kenalan, berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan yang pasti, ia adalah satu teknologi di Internet yang begitu ampuh sekali untuk digunakan bagi pelbagai tujuan dan matlamat. Maka, anda perlu memiliki sebuah blog sendiri.Apa yang anda dapat? fuh, macam-macam yang anda dapat dari pakej ini.
10 komponen penting pakej ini :
1. Ebook Panduan Asas WordPress
2. Ebook Buat Duit Dengan Blog
3. Pelan Tindakan Kit blogger
4. Panduan Ekspress Membina Blog
5. Senarai ***** *****
Komponen Selebihnya??? Anda Boleh Lihat DISINI!!!
apa tunggu lagi?10 minit untuk siapkan blog anda … GERENTI!!!
Popularity: 1% [?]

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. “..i letih
la..dah lewat ni, i nak tido lah….”
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak
lipas…leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam
sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap…
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak
tadi…check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam
anak
nak susu…memang dah kering pun flusk ni, jerang la air…sementara
tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong….salin la
gula…check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade
lagi…ishh…ni lauk bila ni, semalam…dah beku dah…basuh la
kejap….pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh…penat dah
ni, besok je la basuh…sidai kaian lap je lah…
tik…bunyi air dah masak…salin air dalam flusk…ok settle…
(more…)
Popularity: 2% [?]
Tags:anak derhaka, punca anak derhaka, sebab derhaka.

Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun.
Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek,
kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar,
kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya… ..
bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif… . itu salah…
“Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka”.
Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . “Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. “Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
(more…)
Popularity: 2% [?]
Oleh NOOR HASLIZA NUSI (petikan dari Kosmo.Com.My)Siapakah sebenarnya yang layak dalam menentukan hala tuju atau masa depan anak-anak? Ibu, bapa atau anak-anak itu sendiri?

“SAYA seringkali dihimpit rasa bersalah apabila memikirkan ke mana hala tuju saya selepas tamat sesi pengajian nanti. Sedangkan bapa terlalu memaksa saya mengikuti jejak langkahnya dahulu sebagai seorang tentera”.
“Adakah saya digelar anak derhaka sekiranya gagal menurut perintah ibu bapa dalam menentukan masa depan saya sendiri, sedangkan saya mempunyai misi dan arah tujuan yang tersendiri?”.
“Saya melakukan semua ini atas dasar paksaan kedua-dua ibu bapa dan bukannya bersifat ikhlas. Demi merealisasikan impian mereka, saya sanggup berkorban segala cita-cita yang diidamkan selama ini”.
Begitulah antara rintihan dan luahan hati remaja dalam menentukan kerjaya atau masa depan mereka. Siapakah sebenarnya yang layak membuat keputusan? Adakah ibu bapa mahupun anak-anak itu sendiri?
(more…)
Popularity: 1% [?]
Mungkin ramai yang dah baca kisah ni,saja refresh.
Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh
anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si
anak itu bertanya kepada ayah…..
Anak: Ayah… ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm…. nak tanya apa?
Anak: Ayah… berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu ayah… Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.
Anak: Oh..20 ringgit..
Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan berkata, “Oh, itu ke sebabnya kamu
tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu?
Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur!
Dah pukul berapa nih…!! Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil
itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah
kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar
memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta
wang sebegitu banyak sebelum ini.
Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya. Didapati anaknya masih belum tidur. “Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni” Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang.
“Terima kasih banyaklah ayah!”
Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhim pit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. “Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??”
Amin tunduk… tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan…..”Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit…”
“Tak cukup duit nak beli apa??” Jerkah ayahnya lagi.
“Ayah…. sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah.. ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah..”
Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya…
Moral:
Kongsilah cerite ni ngan sesape aje yg anda suka tapi.. yang penting sekali, kongsilah masa sebanyak 20 ringgit itu bersama2 dgn insan yang anda sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang bekerja keras sepanjang hidupnya.. yang bakal kerja sok lusa… atau sesiapa saja yang selalu sibuk…
Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2
dengan mereka2 yang begitu rapat dengan kita.. yang sentiasa berada
di hati kita..
Bayangkan… bila dah kerja nanti… kalau kita mati.. pihak syarikat
akan senang2 cari orang lain.. gantikan kita.
Tapi.. keluarga, rakan2 yang kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan
berasa suatu kehilangan
sepanjang hidup mereka… Fikirlah… selama ni… apa yang kita dah
buat untuk keluarga kita?.. untuk insan yang kita sayang??
Moral:
jangan gila kerja sgt…
berpada pada la….
Popularity: 1% [?]