Archive for 'Tips dan Nasihat'

Mengapa WANITA sangat Istimewa

kasih_sayang_ibu.jpg

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. “..i letih
la..dah lewat ni, i nak tido lah….”
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak
lipas…leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam
sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap…
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak
tadi…check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam
anak
nak susu…memang dah kering pun flusk ni, jerang la air…sementara
tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong….salin la
gula…check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade
lagi…ishh…ni lauk bila ni, semalam…dah beku dah…basuh la
kejap….pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh…penat dah
ni, besok je la basuh…sidai kaian lap je lah…
tik…bunyi air dah masak…salin air dalam flusk…ok settle…

(more…)

Popularity: 2% [?]

Posted on 31 July '08 by , under Tips dan Nasihat, Tips dan Panduan, Tips dan Renungan, Tips Kahwin. No Comments.

Ingin bercerai tetapi pernikahan tidak didaftar

SAYA berusia 25 tahun dan ada dua cahaya mata. Saya berkahwin pada usia muda dan mendapat bantahan kerana keluarga menganggap suami bukan lelaki baik.

Namun oleh kerana terlalu cinta, saya mengambil keputusan nekad terus bersetuju apabila suami mencadangkan supaya kami bernikah di Thailand.
Selepas bernikah, keluarga saya banyak kali mendesak supaya kami mendaftarkan perkahwinan di sini, tetapi setiap kali itulah suami memberi pelbagai alasan hinggalah saya melahirkan anak kedua.

Sekali lagi keluarga mendesak perkahwinan kami didaftarkan, tetapi suami tetap buat endah tidak endah sehingga akhirnya dia menghilangkan diri tanpa berita, meninggalkan saya anak beranak.

Sebenarnya ini kali kelima suami menghilangkan diri, terutama selepas kalah judi.

Saya tidak tahu apakah status saya sekarang, hendak dikata janda belum bercerai, tetapi tiada suami.

Dalam keadaan saya, bagaimanakah saya boleh menuntut cerai kerana sudah tidak tahan untuk hidup dengannya yang suka berfoya-foya.

Bagaimanakah caranya jika saya ditakdirkan bertemu seseorang dan ingin berkahwin lagi?

Apa perlu saya lakukan kerana saya tidak mempunyai sebarang dokumen yang boleh mengesahkan pernikahan kami dulu?

MIERA
Terengganu

Nasihat ibu bapa supaya perkahwinan puan didaftarkan memang ada sebabnya. Jika puan hanya sah berkahwin di Thailand tanpa sebarang rekod di Malaysia, urusan perceraian dan apa-apa tuntutan juga seharusnya dibuat di Thailand dan bukan di Malaysia.

Dalam keadaan pernikahan yang tidak didaftarkan di Malaysia, undang-undang menganggap puan tidak berkahwin. Hakikatnya puan sudah menjadi isteri yang sah mengikut agama.

Status puan sekarang isteri yang sah daripada segi agama pada suami puan sehingga suami puan menceraikan puan. Tidak ada sebarang tuntutan dan perceraian yang boleh dibuat dalam negara kerana tiada pendaftaran dibuat.

Puan tidak boleh berkahwin buat kali kedua sehingga suami sekarang menceraikan puan. Jalan penyelesaian ialah dengan mencari suami puan untuk menyelesaikan hal ini.

Popularity: 1% [?]

Posted on 19 May '08 by , under Khidmat, Tips dan Nasihat, Tips dan Panduan. 1 Comment.

Apa Itu Haematospermia?

Tags:.

HAEMATOSPERMIA atau campuran darah dalam air mani jarang berlaku kepada lelaki, sebilangan daripada mereka mungkin tidak sedar dan sebahagian lagi sedar dan cemas berhubung kejadian itu.

Ia boleh berlaku pada bila-bila masa, secara mikroskopik iaitu sel darah merah hanya kelihatan apabila air mani diteliti dengan mikroskop atau kelihatan jelas dengan warna air mani bertompok merah atau merah dan coklat secara menyeluruh.
Ada kalanya lelaki yang mengalami haematospermia rasa sakit setiap kali mencapai ejakulasi dan air mani berwarna merah cerah, seolah-olah ada geselan air mani dalam salur kencing, sama ada bahagian hujung zakar atau paras pangkal zakar.

(more…)

Popularity: 1% [?]

Posted on 19 May '08 by , under Tips dan Nasihat, Tips Kesuburan. No Comments.

APA PUNCA ANAK DERHAKA

Tags:, , .

Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun.
Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek,
kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar,
kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya… ..
bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif… . itu salah…

“Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka”.

Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . “Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. “Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.

(more…)

Popularity: 2% [?]

Posted on 21 April '08 by , under Tips dan Nasihat, Tips dan Renungan, Tips Keselamatan. No Comments.

Jangan Gila Kerja

Mungkin ramai yang dah baca kisah ni,saja refresh.

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh
anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si
anak itu bertanya kepada ayah…..

Anak: Ayah… ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm…. nak tanya apa?
Anak: Ayah… berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu ayah… Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.
Anak: Oh..20 ringgit..
Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan berkata, “Oh, itu ke sebabnya kamu
tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu?
Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur!
Dah pukul berapa nih…!! Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil
itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah
kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar
memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta
wang sebegitu banyak sebelum ini.

Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya. Didapati anaknya masih belum tidur. “Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni” Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang.
“Terima kasih banyaklah ayah!”

Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhim pit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. “Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??”

Amin tunduk… tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan…..”Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit…”

“Tak cukup duit nak beli apa??” Jerkah ayahnya lagi.

“Ayah…. sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah.. ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah..”
Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya…

Moral:
Kongsilah cerite ni ngan sesape aje yg anda suka tapi.. yang penting sekali, kongsilah masa sebanyak 20 ringgit itu bersama2 dgn insan yang anda sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang bekerja keras sepanjang hidupnya.. yang bakal kerja sok lusa… atau sesiapa saja yang selalu sibuk…
Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2
dengan mereka2 yang begitu rapat dengan kita.. yang sentiasa berada
di hati kita..

Bayangkan… bila dah kerja nanti… kalau kita mati.. pihak syarikat
akan senang2 cari orang lain.. gantikan kita.
Tapi.. keluarga, rakan2 yang kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan
berasa suatu kehilangan
sepanjang hidup mereka… Fikirlah… selama ni… apa yang kita dah
buat untuk keluarga kita?.. untuk insan yang kita sayang??
Moral:
jangan gila kerja sgt…
berpada pada la….

Popularity: 1% [?]

Posted on 26 December '07 by , under Tips dan Nasihat, Tips dan Renungan. No Comments.

Copy Protected by Owners KlikProtect.