Archive for 'Tips Belanja'

Video Percuma? Memang Hebat

Pada mulanya saya kurang percaya bila Zamri Nanyan menyatakan yang beliau dan Mohd Sufian sedang membina satu laman web yang memberi video tutorial percuma.

Tetapi…

Semuanya terjawab bila mereka melancarkan laman web tersebut.

Saksikan sendiri di:

bannersmall.gif

http://videopercuma.com

Ianya benar-benar percuma!

Sesetengah laman web mengenakan bayaran yang tinggi untuk mempelajari selok-belok pemasangan nama domain dan web hosting.

Namun, di laman web Video Percuma ini, anda memang dapat menontonnya tanpa dikenakan apa-apa bayaran.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini.

Daftar sebagai ahli sekarang dan pelajari subjek yang penting di dalam perniagaan Internet ini sekarang!

Saya tak tahu jika Zamri Nanyan dan Mohd Sufian akan mula mengenakan bayaran untuk menonton video tutorial mereka pada masa akan datang.

Tetapi, jika anda daftar pada hari ini, anda akan terus menjadi ahli percuma seumur hidup.

Jangan lepaskan peluang ini.

bannersmall.gif

Lawati http://videopercuma.com

Popularity: 1% [?]

Posted on 6 September '07 by , under Iklan, Tips Belanja. No Comments.

Kekangan belanja perkahwinan

IKLAN

Ramai pasangan yang menghadapi masalah untuk mendirikan rumahtangga. Masalah terbesar sudah tentulah dari aspek kewangan. Kini terdapat pelbagai cara kita boleh menjana pendapatan yang jika dipraktikkan dengan betul, mampu memberikan pulangan yang lumayan lantas memudahkan majlis perkahwinan yang sudah lama dirancang. Di sini saya mengesyorkan satu pakej lengkap bagaimana untuk menjana wang melalui satu kaedah kewangan secara online iaitu Forex.

Pakej lengkap all-in-one KuasaForex ini mengandungi ebooks,video dan perisian komputer MetaTrade4 & Profitable Trend Forex System DAN
INDICATOR (BUY/SELL) KHAS KUASA FOREX

Video dalam pakej ini: akan menunjukkan bagaimana Fibonacci, Moving Average, MACD, RSI, Bollinger band dan beberapa indicator lain membantu anda mengenalpasti trend sebelum ianya terjadi, samada UP atau down.

Klik pada gambar untuk keterangan lanjut.

Popularity: 1% [?]

Posted on 14 June '07 by , under Tips Belanja, Tips Kewangan. No Comments.

Mas Kahwin

Perundangan syariah di negara kita adalah di bawah bidang kuasa setiap sultan di setiap negeri seperti yang telah diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan. Ini juga bermakna bahawa perkara-perkara yang berdasarkan perkahwinan adalah berlainan di antara negeri-negeri di Malaysia. Oleh itu anda akan mendapati bahawa wang mahar yang ditetapkan di setiap negeri adalah berlainan.


(Klik buku untuk maklumat lanjut)

Pemberian mas kahwin atau juga dikenali sebagai pembayaran mahar, adalah pembayaran perkahwinan yang wajib dibayar oleh suami kepada isterinya.

Di dalam surah an-Nisa, ayat 24, Allah telah berfirman bahawa: Carilah isteri dengan harta mu untuk dikahwini bukan untuk berzina. Maka isteri yang kamu nikmati, berikanlah kepada mereka maharnya (dengan sempurna) sebagai suatu kewajipan; dan tiadalah mengapa bagi kamu terhadap sesuatu yang kamu telah saling merelakan, sesudah menentukan mahar itu. Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Pembayaran mas kahwin ini akan dilakukan semasa akad nikah. Ia boleh berbentuk wang atau sesuatu yang boleh dinilai dengan wang. Contohnya, jika seorang wanita tidak mahukan mas kahwinnya dalam bentuk wang, dia boleh menentukan agar barang kemas dianggap sebagai mas kahwin.

Dalam masyarakat kita, adalah menjadi kebiasaan bagi mas kahwin dalam bentuk wang tunai dan dibayar semasa akad nikah. Bayaran ini tidak semestinya dilakukan secara tunai pada satu masa, kerana ia boleh dibayar secara hutang. Ini bermakna bahawa bayaran mas kahwin tersebut adalah tertunggak pada waktu yang ditentukan.

Begitupun, jika dilihat wang mahar yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri, ia adalah agak kecil. Maka adalah baik sekiranya bayaran mahar adalah menurut kadar ketetapan kerajaan, agar ia dibayar tunai secara langsung. Ini juga kerana mengambil kira salah satu syarat dalam perkahwinan agar si suami mampu untuk menyara bakal keluarganya.

Dengan mengambil kira kadar ketetapan yang kecil ini maka adalah boleh bagi suami yang mampu berkahwin untuk tidak berhutan maharnya.

Sekiranya mas kahwin telah tertunggak ia akan dianggap sebagai hutang dan perlu dibayar oleh suami. Jika terjadi perceraian di antara pasangan dan isteri masih belum dibayar mas kahwin maka isteri boleh menuntut bayaran tersebut.

Begitu juga sekiranya suami meninggal dunia sebelum melangsaikan mas kahwin. Isteri boleh menuntut haknya daripada harta pusaka sebelum dibahagikan di antara waris.

Walaupun pihak negeri telah menetapkan bayaran mas kahwin, ia adalah sebagai kadar minimum yang perlu dibayar oleh suami. Suami boleh membayar mas kahwin yang lebih tinggi.

Rujukan boleh dilakukan ke atas Surah an-Nisa pada ayat 4 yang bermaksud:`Dan berikanlah kepada perempuan (di atas perkahwinan mereka) mas kahwin sebagai pemberian ikhlas, tetapi jika mereka dengan tulus hati memulangkan apa-apa bahagian daripada mas kahwin itu hendaklah diterima dengan hati yang lapang dan ikhlas.

Seorang isteri adalah berhak ke atas mas kahwinnya. Ia merupakan hak mutlak dan tidak boleh disentuh oleh suami melainkan jika isteri merelakan suami menggunakannya seperti yang tersebut di dalam ayat di atas.

Sememangnya terdapat perbezaan di antara mas kahwin dan hantaran. Mas kahwin merupakan pemberian wajib, tetapi hantaran lebih merupakan hadiah kepada isteri.

Hantaran adalah tidak wajib dan terpulang kepada pasangan untuk menentukan kadarnya. Tiada kadar minimum hantaran yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Ini berlainan dengan mas kahwin.

Secara amnya, dalam adat Melayu wang hantaran merupakan bantuan bagi pihak isteri untuk belanja kahwin. Ia bertujuan mengurangkan beban isteri dan keluarga isteri dalam membuat persiapan majlis perkahwinan.
Ia juga boleh dianggap sebagai hadiah kepada isteri yang kini bakal menjadi pasangannya. Jadi, sekiranya wang hantaran telah diserahkan kepada pihak isteri, maka terpulang kepada isteri untuk membelanjakannya.

Popularity: 2% [?]

Posted on 4 June '07 by , under Blogroll, Tips Belanja, Tips dan Nasihat, Tips Sebelum Kahwin. No Comments.

MENGHANTAR BELANJA DAN AKAD NIKAH

Mengikut adat resam, menghantar belanja biasanya dijalankan terlebih dahulu dan berasingan dengan upacara akad nikah, tetapi pada zaman sekarang, menghantar belanja selalu dijalankan bersama dengan akad nikah dengan tujuan menjimatkan masa dan perbelanjaan. Di antara barang-barang yang termasuk dalam kategori wajib bagi melengkapkan sesuatu hantaran adalah seperti berikut, dan hantaran tersebut akan turut sama diarak dengan mempelai sebelum bersanding.

• Wang mas kahwin dan belanja (ada yang menyerahkan wang mas kahwin tersebut terus ke tangan isteri selepas selesai upacara akad nikah) yang diletakkan di dalam dulang atau batil bertudung diperbuat daripada perak atau tembaga putih.

• Sebentuk cincin permata berbatu intan atau ber1ian yang diletakkan di dalam cembul atau kotak perak.

• 2 pasang kain dan sehelai baju dari jenis yang cukup baik dan berkualiti, dilipat di dalam talam perak atau tembaga putih bertudung.

• Beberapa jenis kuih juadah, yang setiap satunya diletak di dalam sebuah pinggan besar bertudung dan dihias beralaskan talam.

• Beberapa jenis buah-buahan yang segar disusun di dalam bekas atau talam ditudung.

• Tepak sirih atau puan perak atau tembaga putih yang diisi lengkap.

• Satu atau dua perecik atau perenjis air mawar dan dua kaki dian atan lilin.

Semua barang tersebut akan dibawa setiap satunya oleh seorang pemuda dan diarak daripada rumah mempelai itu ke rumah pengantin perempuan bersama-sama dengan mempelai yang sudah siap berpakaian lengkap Melayu asli atau pakaian haji iaitu berserban dan berjubah bagi memulakan upacara Majlis Akad Nikah. Mempelai dan rombongannya akan disambut oleh pihak pengantin perempuan dan mereka akan terus dibawa naik ke rumah. Semua barang hantaran akan diatur, biasanya di hadapan pelamin. Pelamin ialah suatu ruang yang telah disiapkan biasanya seminggu sebelum majlis perkahwinan berlangsung dan ia merupakan tempat di mana kedua-dua pengantin akan bersanding di hadapan semua tetamu.

Sebelum akad nikah dijalankan, wang belanja, sama ada dengan mas kahwinnya sekali atau tidak dan barang-barang hantaran, seperti cincin akan dihitung dan diperiksa oleh tuan kadi bersama dua orang yang dilantik sebagai saksinya bagi mewakili pihak perempuan. Sekiranya ia bukan majlis akad, bererti tuan kadi tidak hadir sama di majlis tersebut, wang dan barang-barang yang dihantar akan diterima oleh seorang wakil dari pihak perempuan beserta dua orang saksi yang dipilih dari kalangan tetamu yang hadir di majlis tersebut.

Setelah selesai adat penerimaan kesemua wang dan barang-barang tersebut, tepak sirih, talam bunga rampai dan perenjis air mawar akan ditinggalkan di ruang tamu, manakala barang-barang hantaran yang lain akan dibawa masuk ke dalam bilik pengantin. Mempelai kemudiannya akan diminta duduk di atas sebidang tikar sila khas yang dihias indah untuk upacara akad. Tuan kadi akan memulakan majlis dengan mendaftarkan nama mempelai itu terlebih dahulu, diikuti dengan menyatakan dan menyemak segala syarat-syarat yang dikehendaki dan akhir sekali membaca khutbah nikah dalam bahasa Arab. Setelah selesai khutbah nikah itu dibacakan, maka tuan kadi akan memanggil dua orang yang telah dipilih sebagai saksi di dalam buku daftar nikah untuk duduk berhampiran dengan mempelai. Tujuan saksi dipanggil adalah untk mendengar dan menyaksikan pengakuan lafaz nikah daripada tuan kadi kepada mempelai. Lafaz tersebut perlulah dibalas dalam satu nafas serentak dengan penyudah sebutan lafaz nikahnya apabila tangan mempelai itu digoncang oleh tuan kadi.

Tuan kadi akan memegang tangan kanan mempelai itu dengan tangan kanannya, atau lebih mudah lagi dikatakan berjabat tangan kanan, lalu dimulakan akad dengan melafazkan kata seperti berikut: “Hai polan bin polan, aku nikahkan dikau dengan polan binti polan, yang telah memperwakili ia akan daku dengan mas kahwin sebanyak $…. (tunai atau hutang) dan belanjanya sebanyak $….”. Sebaik sahaja perkatan yang akhir itu habis dilafazkan, tuan kadi akan menggoncang tangan mempelai tersebut dan dengan serta-merta pada saat tersebut mempelai dikehendaki menjawab dalam satu nafas dengan terang, jelas dan betul serta boleh didengar oleh tuan kadi dan kedua-dua saksi. Jawapan lafaznya adalah seperti berikut : “Aku terima nikahnya polan binti polan dengan mas kahwin sebanyak $…..(tunai/hutang)”. Sekiranya mempelai tersebut menjawab dengan lambat, teragak-agak atau tidak terang, maka tuan kadi akan mengulangi sekali atau beberapa kali lagi lafaz akad tersebut sehingga dia dan kedua-dua saksinya berpuas hati dengan jawapan mempelai itu.

Setelah selesai, doa akan dibacakan oleh tuan kadi. Mempelai kemudiannya akan bangun bersalam-salaman bermula dengan tuan kadi, kemudian bapa rnertuanya, dan akhir sekali dengan tetamu yang hadir sebelum diarak pulang ke rumahnya. Bunga rampai dan sirih pinang yang dibawa oleh mempelai akan dibahagikan kepada tetamu yang hadir selepas jamuan diadakan manakala bekas-bekas kuih dan juadah serta buah-buahan yang diterima dari pihak lelaki akan dibalas oleh pihak perempuan dengan balasan yang berpatutan dan akan dibawa pulang oleh pihak lelaki ke rumah mempelai. Setelah mempelai berarak pulang, jamuan akan diadakan di rumah pengantin perempuan. Biasanya di majlis akad nikah, kenduri secara besar-besaran tidak diadakan. Pihak pengantin perempuan hanya mengadakan jamuan kuih-muih atau nasi tetapi jenis dan bilangan lauk-pauknya tidaklah sebanyak lauk-pauk sewaktu kenduri bersanding. Ini kerana biasanya majlis akad tidak dihadiri oleh ramai tetamu luar, melainkan saudara-mara dan ahli keluarga.

Popularity: 1% [?]

Posted on 4 June '07 by , under Blogroll, Tips Belanja, Tips Kahwin. No Comments.

Copy Protected by Owners KlikProtect.