Archive for 'Perihal Bayi'
Tags:Adat cukur jambul, amalan cukur bayi, bila perlu cukur, bila perlu cukur jambul bayi, cara cukur bayi, cukur bayi, cukur jambul, Cukur jambul amalan bidaah orang Melayu, jambul bayi, kaedah cukur bayi.

Adat cukur jambul
Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas bayi dilahirkan. Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan iaitu sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih.
Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. Kemudian kelapa yang dihias dengan lilitan rantai emas atau perak disekelilingnya diletakkan di dalam sebiji batil. Kesemua rambut bayi yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan.
Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah membawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan. Akikah sunat dilakukan pada hari ketujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat mencukur rambut dan adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari yang lain.
Cukur jambul amalan bidaah orang Melayu
AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.
(more…)
Popularity: 4% [?]
Tags:BPA FREE, Kerajaan haramkan botol susu polikarbonat Bisphenol A.
Petikan daripada Kosmo Online

PENJUALAN botol susu yang diperbuat daripada polikarbonat (kanan) akan diharamkan oleh kerajaan mulai 1 Mac tahun depan.
PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi ‘Bisphenol A’ (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai .
Beliau berkata, perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lepas sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutama bayi dan kanak-kanak.
“Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutama bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan BPA ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.
“Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini semalam.
Botol jenis ini yang digunakan berulangkali dengan air panas memungkinkan bahan kimia ini terlarut sekali dalam bancuhan susu. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas, rajinkan bertanya dengan promoter produk bayi, atau senang untuk melihat pelekat “BPA FREE” pada botol-botol di rak jualan. Botol jenis ini agak mahal daripada biasa (RM10 dan ke atas untuk setiap botol).
Popularity: 3% [?]

NASREEN MA, 32, memegang erat kedua-dua tangan anaknya, Alicia, dengan kedudukan si comel itu bersandar pada tubuhnya sementara kepalanya pula ke bawah. Hujung kedua-dua kaki Alicia terpaut kemas pada bahu ibunya itu. Dalam satu pergerakan pantas, kaki Alicia dilepaskan lalu badan anak kesayangannya itu kembali dalam kedudukan tegak.
Bagaikan baru saja selesai melakukan aksi jungkir balik, Alicia kini membuat lagak ‘ngeri’ yang seterusnya. Hujung kedua-dua kaki dan tangannya dipegang dengan bantuan seorang ahli terapi. Dalam keadaan tergantung melintang itu, Alicia dihayun dari kiri ke kanan selama dua minit.
Melihat aksi-aksi yang menyerupai latihan gimnastik itu memang cukup menyeramkan. Namun begitu, kanak-kanak yang baru berusia dua tahun itu pula langsung tidak takut atau menangis. Dia sebaliknya gembira dengan aktiviti itu sambil tersenyum dan sesekali ketawa terkekeh-kekeh.
Itu bukan pertama kali dia diajar melakukan pergerakan mencabar seumpama itu. Sejak berusia lapan bulan, Alicia sudah pun diajar oleh Nasreen untuk berbuat demikian.
Menurut Nasreen, semasa berusia lapan bulan Alicia seperti bayi lain yang menunjukkan respons asas seperti menggerak tangan, kaki dan kepala serta peka terhadap bunyi dan warna.
(more…)
Popularity: 2% [?]
Tags:baby cot, katil bayi, peralatan bayi, playpen, tempat tidur bayi.

Click Image For More Info…
| Name: |
4 in 1 Convertible Baby Cot Promotion Package |
| Sale Price: |
MYR859.00 ON SALE |
| Normal Price: |
MYR1,297.80 |
| Stock Status: |
Pre-Order & Available For Viewing |

Product Descriptions :-
4 in 1 Convertible Baby Cot
- Baby Cot
- Playpen
- Single Bed ( up to 5 years )
- Sofa Bed
Type of Wood & Size
- Solid Lamin Wood
- Size : 28″ x 52″
- Non-toxic paint
- Reliable quality safety knob
- Non-toxic teething rails
- Equipped with 4 castors. Two of them with brake.
- Safety distance between the slats in compliance with BS EN Standards
- No finger joints to ensure 100% intact and no unexpected breaking up
- Safety and security systems are compliance to the stringent requirements of BS EN Standards.
- Rounded and softer corners to avoid injuries
- 3 levels adjustable base
Include the following Lollipop Beddings & Mattress :-
- Lollipop 4pcs crib set which includes 1pc Fitted Crib Sheet, 1pc comforter & 2pcs cot bumper ( worth RM169.90 )
- Lollipop 1pc Pillow & 2pcs Bolster Set ( worth RM29.90 )
- Bumble Bee Latex Baby Mattress ( worth RM299.00 )
NOTE :
1. COLOR ARE SUBJECT TO AVAILABILITY
2. SHIPPING CHARGES OF RM15.00 APPLICABLE FOR THIS PROMOTION PACKAGE
( PENINSULAR MALAYSIA ONLY ). (FREE FOR ORDER IN JUNE 2008)
3. FOR SABAH, SARAWAK & INTERNATIONAL ORDER, PLEASE REQUEST FOR SHIPPING QUOTATION. (RM50.00 ONLY FOR ORDER IN JUNE 2008 – FOR SABAH & SARAWAK ONLY)
Popularity: 3% [?]
Tags:hospital bayi, hospital rakan bayi, hospital untuk bayi, rakan bayi.

Amalan-amalan jagaan kesihatan boleh memberi kesan yang besar terhadap amalan penyusuan susu ibu. Faktor amalan dan persekitaran yang menyokong penyusuan susu ibu akan membantu ibu-ibu menyusu dengan berjaya untuk tempoh yang lebih lama.
Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengatur dan melaksanakan pelbagai strategi di dalam mempromosikan penyusuan susu ibu. Salah satu strategi untuk menggalakkan penyusuan susu ibu di Malaysia adalah melalui pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi. Di Malaysia, Konsep ‘Inisiatif Hospital Rakan Bayi’ telah dilaksanakan bermula pada tahun 1993. Ia bertujuan untuk mewujudkan sebuah persekitaran yang menyokong ibu-ibu bagi menyusukan anaknya dengan susu ibu, menyediakan sebuah perkhidmatan yang membantu ibu menyusukan anaknya dan menjalankan polisi yang melindungi penyusuan susu ibu. Pada Mac 1998, Malaysia telah diisytiharkan sebagai Negara ke-3 di dunia yang mempunyai kesemua hospital kerajaan diiktiraf sebagai “Hospital Rakan Bayi’.
”10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya” merupakan kriteria utama yang telah ditetapkan pada tahun 1989 dalam pelaksanaan Hospital Rakan Bayi oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization) dan Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Children’s Fund). Dalam pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi di Malaysia, 10 langkah ke arah menjayakan penyusuan susu ibu yang telah digariskan adalah seperti berikut:-
Mengadakan SATU POLISI bertulis mengenai penyusuan susu ibu.
MELATIH semua anggota kesihatan dalam kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan polisi ini.
MEMBERITAHU semua ibu mengandung tentang kebaikan susu ibu dan pengendalian penyusuan susu ibu.
MEMBANTU ibu memulakan penyusuan susu ibu dalam masa ½ – 1 jam selepas bersalin.
Memberi TUNJUK AJAR kepada ibu-ibu cara menyusu dan bagaimana untuk mengekalkan penyusuan walaupun jika mereka terpisah dari bayi.
Menentukan bayi baru lahir TIDAK DIBERI minuman atau makanan lain selain daripada susu ibu, melainkan atas sebab-sebab perubatan.
Mengamalkan “ ROOMING-IN ”, DI MANA BAYI DAN IBU DILETAKKAN BERSAMA SETIAP MASA (24 jam).
MENGGALAKKAN penyusuan susu ibu mengikut KEHENDAK bayi.
Menentukan bayi TIDAK DIBERI puting tiruan atau puting kosong.
MEMBANTU PENUBUHAN kumpulan penyokong penyusuan susu ibu dan rujuk ibu-ibu kepada kumpulan ini apabila keluar dari hospital.
STATUS TERKINI HOSPITAL RAKAN BAYI DI MALAYSIA
( SEHINGGA JAN 2008)
Hospital Kerajaan yang telah mendapat pengiktirafan 117
Hospital Tentera yang telah mendapat pengiktirafan 2
Hospital Universiti yang telah mendapat pengiktirafan 2
Hospital Swasta yang telah mendapat pengiktirafan 6
Popularity: 4% [?]