Tags:pak samad masuk hospital, Pak Samad Said, Tan Sri Abdul Samad Ismail, Tokoh Kewartawanan Negara.
Makluman Terkini Jam 6.35 petang tadi.
Allah lebih menyayangi beliau. Pak Samad telah kembali ke rahmatullah pada jam 6.35 petang ini kerana jangkitan paru-paru dan kegagalan buah pinggang. Abdul Samad, 84, atau lebih dikenali sebagai Pak Samad dirawat di pusat itu sejak 24 Ogos lalu dan sepanjang tempoh itu terpaksa dibantu dengan alat bantuan pernafasan. Al-Fatihah untuk roh arwah, semoga berada di kalangan orang-orang beriman….Al Fatihah…


Dalam Kenangan…
Popularity: 1% [?]
Posted on 4 September '08 by Admin TKC, under Khidmat. No Comments.
SAYA berusia 25 tahun dan ada dua cahaya mata. Saya berkahwin pada usia muda dan mendapat bantahan kerana keluarga menganggap suami bukan lelaki baik.
Namun oleh kerana terlalu cinta, saya mengambil keputusan nekad terus bersetuju apabila suami mencadangkan supaya kami bernikah di Thailand.
Selepas bernikah, keluarga saya banyak kali mendesak supaya kami mendaftarkan perkahwinan di sini, tetapi setiap kali itulah suami memberi pelbagai alasan hinggalah saya melahirkan anak kedua.
Sekali lagi keluarga mendesak perkahwinan kami didaftarkan, tetapi suami tetap buat endah tidak endah sehingga akhirnya dia menghilangkan diri tanpa berita, meninggalkan saya anak beranak.
Sebenarnya ini kali kelima suami menghilangkan diri, terutama selepas kalah judi.
Saya tidak tahu apakah status saya sekarang, hendak dikata janda belum bercerai, tetapi tiada suami.
Dalam keadaan saya, bagaimanakah saya boleh menuntut cerai kerana sudah tidak tahan untuk hidup dengannya yang suka berfoya-foya.
Bagaimanakah caranya jika saya ditakdirkan bertemu seseorang dan ingin berkahwin lagi?
Apa perlu saya lakukan kerana saya tidak mempunyai sebarang dokumen yang boleh mengesahkan pernikahan kami dulu?
MIERA
Terengganu
Nasihat ibu bapa supaya perkahwinan puan didaftarkan memang ada sebabnya. Jika puan hanya sah berkahwin di Thailand tanpa sebarang rekod di Malaysia, urusan perceraian dan apa-apa tuntutan juga seharusnya dibuat di Thailand dan bukan di Malaysia.
Dalam keadaan pernikahan yang tidak didaftarkan di Malaysia, undang-undang menganggap puan tidak berkahwin. Hakikatnya puan sudah menjadi isteri yang sah mengikut agama.
Status puan sekarang isteri yang sah daripada segi agama pada suami puan sehingga suami puan menceraikan puan. Tidak ada sebarang tuntutan dan perceraian yang boleh dibuat dalam negara kerana tiada pendaftaran dibuat.
Puan tidak boleh berkahwin buat kali kedua sehingga suami sekarang menceraikan puan. Jalan penyelesaian ialah dengan mencari suami puan untuk menyelesaikan hal ini.
Popularity: 1% [?]
Posted on 9 March '08 by Admin TKC, under Iklan, Khidmat. No Comments.
Tags:Loloq, Rosli Khamis.

Penulis lirik terkenal, Loloq atau nama sebenarnya Rosli Khamis meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara, di sini hari ini. Penulis lirik yang berasal dari Singapura itu meninggal dunia pada pukul 1.37 petang tadi akibat pendarahan otak. Sebelum ini rakan artis yang cuba untuk melawat arwah dihalang oleh ahli keluarga terdekat untuk melihat keadaan arwah semalam. Al Fatihah.
Tengah hari tadi juga, kembalinya ke rahmatullah Bekas Mufti SelangorDatuk Ishak Baharom, 80. Beliau telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital tersebut pada pukul 6 petang semalam akibat masalah tekanan darah.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan esok.

Popularity: 1% [?]
Posted on 30 January '08 by Admin TKC, under Khidmat. No Comments.
Posted on 13 January '08 by Admin TKC, under Khidmat. No Comments.