10 Cara Takluki Hati Wanita Idaman

Popularity: 1% [?]
Wadah Menempuh Perkahwinan Yang Bahagia

Popularity: 1% [?]
Posted on 12 March '12 by Admin TKC, under Tips Perkenalan. No Comments.

Anda mungkin cemas dan tidak tahu apa harus dilakukan bila si kecil anda mengalami masalah tercekik sesuatu yang tidak anda ketahui. Apa perlu anda lakukan jangan panik, bertenang dan lakukan beberapa tip berikut yang boleh membantunya.
* Pastikan Apa Punca Tercekik – Ketahui apa yang sudah tertelan. Bila tertelan, berapa banyak tertelan. Apakah situasi anak ketika itu, apakah wajahnya menjadi pucat dan menangis tanpa henti?
* Periksa Ke Dalam Mulutnya – Disebabkan cara memberi pertolongan cemas berbeza mengikut benda yang dia tertelan, oleh itu periksalah mulutnya. Pegang kepalanya dan kepitkan kedua belah pipi dengan jari dan buka mulutnya. Periksalah dengan tenang apa benda yang tertelan dan ada di mana.
(more…)
Popularity: 1% [?]
Posted on 29 February '12 by Admin TKC, under Tips Kanak-Kanak. No Comments.

Zaman sekarang ni,sudah banyak hospital yang membenarkan suami menemani isteri bersalin. Tapi, sejauh mana kewajaran situasi ini?
Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?
1. Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.
2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.
(more…)
Popularity: 2% [?]
Posted on 20 February '12 by Admin TKC, under Tips Kelahiran. No Comments.

Tabiat kanak-kanak tidak mahu renggang dengan bantal busuk dipanggil “clinging behavior” atau tingkah laku yang bergantung kepada sesuatu benda dan tidak mahu berenggang dengannya. Ia tidak terhad kepada bantal atau anak patung sahaja. Sesetengah kanak-kanak menjadikan kain selimut tertentu, sapu tangan dan seumpamanya sebagai objek selesa mereka. Tingkah laku pautan (clinging behaviour) adalah sikap biasa yang sering terjadi kepada bayi dan kanak-kanak di peringkat awal. Biasanya tabiat ini bermula di rumah dan berlaku kepada kanak-kanak yang kurang stimulasi dan mahukan sesuatu atau peneman untuk menenangkan diri mereka. Kanak-kanak yang begini akan memegang bantal, kain atau anak patung sebelum tidur kerana rasa ingin ada seseorang bersama mereka.
Perlakuan menggentel bantal atau kain ini seakan memberi kanak-kanak ketenangan dan keselesaan sehingga menjadikan mereka asyik. Dek keasyikan menggentel bantal, membuatkan mata mereka mudah terlelap dan perkara ini berulang-ulang sehinggalah ia menjadi satu tabiat yang sukar dikikis. Ada juga sesetengah kanak-kanak berbual dengan bantal atau anak patung kesayangan mereka. Ini merupakan satu cara untuk mereka berkomunikasi dan ia dipanggil teman imaginasi (imaginary friends). Sebenarnya mereka mahukan seseorang untuk meluahkan perasaan, namun disebabkan kesibukan ibu bapa atau pengasuh, luahan itu terpaksa disalurkan kepada teman imaginasinya itu.
(more…)
Popularity: 1% [?]
Posted on 17 February '12 by Admin TKC, under Tips Kanak-Kanak. No Comments.

Ingin tahu rahsia si manja anda seorang yang cerdas? Mari ikuti 50 pelbagai aktiviti dan panduan yang menunjukkan si manja seorang yang cerdas.
1. Kenal Wajah Anda – Dia merenung anda sambil dan memegang wajah anda. Dia sebenarnya sedang membina memorinya.
2. Berbual dengannya – Dia menunjukkan reaksi apabila anda berbual dengannya. Dia akan melihat anda seakan memahami apa yang anda cakapkan.
3. Memberi senyuman – Anda senyum kepadanya dan dia pun akan tersenyum kepada anda. Sudah mulai menunjukkan perkembangan emosinya.
4. Bertindak balas kepada permainan kesukaan – Asyik bermain dengan permaianan kesukaannya. Cuba anda ambil barang itu, dia pasti akan menjerit.
5. Tahu apabila namanya dipanggil – Anda memanggil namanya dan dia memandang ke arah anda. Panggillah nama yang biasa anda ucapkan setiap hari.
(more…)
Popularity: 1% [?]
Posted on 15 February '12 by Admin TKC, under Tips Bayi Anda. No Comments.
Copyright 2006-2011 by TipsKahwin.Com.
Design & Modified by Masrizal Mastor under IBMNetwork.Biz.