Saya baru mendapat email daripada saudara Zamri Nanyan yang memaklumkan mengenai kelahiran anak ketiga beliau. Di sini saya sisipkan email yg beliau hantar, mari kita kongsi bersama pengalaman dengan Baby Imran beliau…
Salam hormat, Rizal!
Kebelakangan ini saya begitu sibuk, bukan dengan
internet, tetapi dengan persediaan untuk mendapat
cahaya mata baru.Dan, hasrat saya dan isteri tercapai pada Isnin
lepas dengan kami dikurniakan seorang anak lelaki
yang agak besar juga.Walaubagaimanapun, boleh saya katakan isteri saya
bertarung nyawa untuk melahirkan anak ketiga
kami ini… dan buat pertama kalinya saya menulis
mengenai kelahiran anak saya di blog dan website
saya.Anda boleh membacanya di http://imran.zamrinanyan.com
dan saya harap anda dapat tinggalkan ucapan kepada
isteri dan anak saya untuk mereka membacanya nanti.Cuma klik ke perkataan ‘comment’ untuk meninggalkan
ucapan.(psst… mereka belum mengetahui mengenai laman
web ini dan saya berharap akan mendapat sebanyak
ucapan yang mungkin untuk isteri dan anak saya).Oleh itu, jangan lupa sebarkan berita ini dan
website http://imran.zamrinanyan.com kepada rakan
anda.Walaupun website tersebut di dalam bahasa Inggeris,
saya harap anda dapat memahami pengalaman yang
saya lalui di bilik kelahiran tersebut… dan anda
boleh tinggalkan ucapan di dalam bahasa Malaysia
sekiranya anda tidak selesa dengan English.Saya juga ada memberikan insentif kepada mereka
yang mempromosikan blog kelahiran anak saya ini
dan anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di
http://imran.zamrinanyan.com/share.html “Share the JOY With Us”
![]()
Dan jangan lupa sebarkan berita ini kepada seramai
yang mungkin.ikhlas,
Zamri Nanyan
Anda merasakan anda sudah tua kerana sikap anda yg pelupa? Anda asyik lupa di mana kali akhir anda meletakkan sesuatu? Orang di sekeliling selalu marahkan anda kerana lupa tarikh penting, lupa letak barang, lupa makan ubat, lupa fakta2, lupa tutup kipas, lupa arah jalan, lupa nama orang dan macam-macam lagi.
Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dengan mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita t ida k menjadi terlalu pelupa.
Antaranya ialah:
Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup.
Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat / data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda t ida k tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang t ida k peka dengan keadaan persekitaran. Anda t ida k dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.
Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan per eda ran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.
Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda t ida k ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan t ida k segar dan rasa kecewa. Lama kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda t ida k hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.
Daya ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.
Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.
Permainan
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.
Katakan Berulang Kali
Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.
Bermain Dengan Angka
Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan.
Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.
Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.