| Home | Forum TipsKahwin | Galeri Gambar Kahwin | Teknik Jana Wang Percuma |


Monday, July 9, 2007
Kenal diri sebelum mengenali pasangan


Komunikasi suami isteri melibatkan dua individu. Bagaimanapun seseorang itu perlu selalu menganalisis sikap, nilai, kelemahan dan kekuatan diri, dan keperluannya dalam hubungan dengan pasangan.

Berikut disenaraikan beberapa sikap diri yang perlu dielakkan supaya proses komunikasi suami isteri berkesan.

Mempunyai andaian-andaian yang salah mengenai peranan suami isteri
: - misalannya, seorang suami yang mengandaikan bahawa semua wanita suka memasak mungkin menghadapi masalah sekiranya membelikan barangan dapur untuk isterinya sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan.

Inginkan pasangan mempunyai sikap, perasaan dan demikian yang serupa dengan diri sendiri:-
Lazimnya, seseorang akan mencari pasangan yang mempunyai skap, pemikiran dan kesukaan yang serupa dengan dirinya. Namun suami/isteri perlu memberi ruang untuk sedikit perbezaan. Perbezaan begini memberi peluang untuk suami isteri berkomunikasi dengan lebih kerap. Bagaimanapun, perbezaan sebegini ketap dijadikan rintangan dan sumber perselisihan. Cara yang berkesan menangani perbezaan yang tidak salah dari hukum syara' ialah menerima pasangan sebagaimana seadanya. Sekiranya terdapat sedikit 'cela', dari segi perangai pasangan, bersabar sambil berusaha.

Suka mencari kelemahan/kesalahan pasangan:-
Komunikasi, dan seterusnya perhubungan antara suami-isteri juga boleh terhalang sekiranya salah seorang atau kedua-dua bertabiat suka mencari kelemahan atau kesalahan orang lain. Sikap sebegini perlu dikikis supaya tidak terbawa-bawa di dalam perhubungan suami isteri.

Terlalu cemburu/tidak saling percaya:-
Pasangan yang tidak saling mempercayai antara satu dengan lain tidak akan dapat menyatakan perasaan ( dan lain-lain mesej) secara jujur. Mereka akan berkelakuan buruk sangka dan tidak dapat meneruskan perhubungan dalam suasana yang baik.

Terlalu ingin berkuasa ke atas pasangan:-
Suami/isteri yang pentingkan diri sendiri biasanya ingin berkuasa ke atas pasangannya sehingga hanya wujudkomunikasi sehala. Suami/isteri yang terlalu 'dominan', juga memaparkan sifat suka merendah-rendahkan pasangannya. Akibatnya perhubungan menjadi kaku dan tidak mesra.

Labels: , ,

posted by MaiKroSofT @ 2:35 PM    
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 





E-Kamus-Malaysia









Carian Kahwin

Panduan TipsKahwin

















Hot Pepper Spray (Lindungi diri anda dari perogol!!!)







Previous Post

eBook Kamasutra versi Bahasa Inggeris
Pameran Pengantin Malaysia 2007
Rawatan kesuburan adalah proses panjang, mahal dan...
Masalah Browsing TipsKahwin.com menggunakan IE
Contoh Gubahan Hantaran
Tips Untuk Mendapat anak lelaki atau perempuan
Harap Maaf : Dalam Proses Pengubahsuaian
Bantulah kepada yang memerlukan
True Love... forever...
Prosedur Perkahwinan - Bahagian 1
Archives
Label

Tips Belanja
Tips dan Renungan
Tips Kewangan
Tips Malam Pertama
Tips Merancang Keluarga
Tips Perkenalan
Tips Sebelum Kahwin
Tips Senggama
Tips Seri Pengantin
Tips Untuk Bayi
Tips dan Nasihat
Tips dan Panduan
Tips Kahwin
Tips Kesuburan
Tips Kelahiran

Muat Turun Percuma
Kami syorkan FireFox untuk surfing lebih pantas. Laman ini juga lebih dilawati menggunakan Firefox.


Atau dapatkan Google Pack ini. Mudah untuk menyelia gambar atau media di dalam PC anda.Klik imej untuk download.


eBook Kamasutra Percuma (17mb)

Dapatkan eBook Kamasutra Percuma. Isikan email anda untuk muat turun percuma ini.
Powered by






Direktori SmartUsaha
Malaysian Topsites - Autorank for Malaysian Websites
JVHosting TopSites