| Home | Forum TipsKahwin | Galeri Gambar Kahwin | Teknik Jana Wang Percuma |


Monday, June 4, 2007
Mas Kahwin


Perundangan syariah di negara kita adalah di bawah bidang kuasa setiap sultan di setiap negeri seperti yang telah diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan. Ini juga bermakna bahawa perkara-perkara yang berdasarkan perkahwinan adalah berlainan di antara negeri-negeri di Malaysia. Oleh itu anda akan mendapati bahawa wang mahar yang ditetapkan di setiap negeri adalah berlainan.

Pemberian mas kahwin atau juga dikenali sebagai pembayaran mahar, adalah pembayaran perkahwinan yang wajib dibayar oleh suami kepada isterinya.

Di dalam surah an-Nisa, ayat 24, Allah telah berfirman bahawa: Carilah isteri dengan harta mu untuk dikahwini bukan untuk berzina. Maka isteri yang kamu nikmati, berikanlah kepada mereka maharnya (dengan sempurna) sebagai suatu kewajipan; dan tiadalah mengapa bagi kamu terhadap sesuatu yang kamu telah saling merelakan, sesudah menentukan mahar itu. Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Pembayaran mas kahwin ini akan dilakukan semasa akad nikah. Ia boleh berbentuk wang atau sesuatu yang boleh dinilai dengan wang. Contohnya, jika seorang wanita tidak mahukan mas kahwinnya dalam bentuk wang, dia boleh menentukan agar barang kemas dianggap sebagai mas kahwin.

Dalam masyarakat kita, adalah menjadi kebiasaan bagi mas kahwin dalam bentuk wang tunai dan dibayar semasa akad nikah. Bayaran ini tidak semestinya dilakukan secara tunai pada satu masa, kerana ia boleh dibayar secara hutang. Ini bermakna bahawa bayaran mas kahwin tersebut adalah tertunggak pada waktu yang ditentukan.

Begitupun, jika dilihat wang mahar yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri, ia adalah agak kecil. Maka adalah baik sekiranya bayaran mahar adalah menurut kadar ketetapan kerajaan, agar ia dibayar tunai secara langsung. Ini juga kerana mengambil kira salah satu syarat dalam perkahwinan agar si suami mampu untuk menyara bakal keluarganya.

Dengan mengambil kira kadar ketetapan yang kecil ini maka adalah boleh bagi suami yang mampu berkahwin untuk tidak berhutan maharnya.

Sekiranya mas kahwin telah tertunggak ia akan dianggap sebagai hutang dan perlu dibayar oleh suami. Jika terjadi perceraian di antara pasangan dan isteri masih belum dibayar mas kahwin maka isteri boleh menuntut bayaran tersebut.

Begitu juga sekiranya suami meninggal dunia sebelum melangsaikan mas kahwin. Isteri boleh menuntut haknya daripada harta pusaka sebelum dibahagikan di antara waris.

Walaupun pihak negeri telah menetapkan bayaran mas kahwin, ia adalah sebagai kadar minimum yang perlu dibayar oleh suami. Suami boleh membayar mas kahwin yang lebih tinggi.

Rujukan boleh dilakukan ke atas Surah an-Nisa pada ayat 4 yang bermaksud:`Dan berikanlah kepada perempuan (di atas perkahwinan mereka) mas kahwin sebagai pemberian ikhlas, tetapi jika mereka dengan tulus hati memulangkan apa-apa bahagian daripada mas kahwin itu hendaklah diterima dengan hati yang lapang dan ikhlas.

Seorang isteri adalah berhak ke atas mas kahwinnya. Ia merupakan hak mutlak dan tidak boleh disentuh oleh suami melainkan jika isteri merelakan suami menggunakannya seperti yang tersebut di dalam ayat di atas.

Sememangnya terdapat perbezaan di antara mas kahwin dan hantaran. Mas kahwin merupakan pemberian wajib, tetapi hantaran lebih merupakan hadiah kepada isteri.

Hantaran adalah tidak wajib dan terpulang kepada pasangan untuk menentukan kadarnya. Tiada kadar minimum hantaran yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Ini berlainan dengan mas kahwin.

Secara amnya, dalam adat Melayu wang hantaran merupakan bantuan bagi pihak isteri untuk belanja kahwin. Ia bertujuan mengurangkan beban isteri dan keluarga isteri dalam membuat persiapan majlis perkahwinan.
Ia juga boleh dianggap sebagai hadiah kepada isteri yang kini bakal menjadi pasangannya. Jadi, sekiranya wang hantaran telah diserahkan kepada pihak isteri, maka terpulang kepada isteri untuk membelanjakannya.

Labels: , ,

posted by MaiKroSofT @ 12:06 PM    
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 





E-Kamus-Malaysia









Carian Kahwin

Panduan TipsKahwin

















Hot Pepper Spray (Lindungi diri anda dari perogol!!!)







Previous Post

8 Tips Senggama ala Kamasutra
Menyambut Kelahiran
Meminang dan Bertunang
MENGHANTAR BELANJA DAN AKAD NIKAH
Teknik Menghilangkan Love Bite ( Gigitan Asmara )
Lelaki dan Wanita
Rahsia Ciuman Sang Arjuna
Kepada wanita, amati keadaan sebegini
10 Alasan Penting Bagi Wanita
Mengira waktu subur
Archives
Label

Tips Belanja
Tips dan Renungan
Tips Kewangan
Tips Malam Pertama
Tips Merancang Keluarga
Tips Perkenalan
Tips Sebelum Kahwin
Tips Senggama
Tips Seri Pengantin
Tips Untuk Bayi
Tips dan Nasihat
Tips dan Panduan
Tips Kahwin
Tips Kesuburan
Tips Kelahiran

Muat Turun Percuma
Kami syorkan FireFox untuk surfing lebih pantas. Laman ini juga lebih dilawati menggunakan Firefox.


Atau dapatkan Google Pack ini. Mudah untuk menyelia gambar atau media di dalam PC anda.Klik imej untuk download.


eBook Kamasutra Percuma (17mb)

Dapatkan eBook Kamasutra Percuma. Isikan email anda untuk muat turun percuma ini.
Powered by






Direktori SmartUsaha
Malaysian Topsites - Autorank for Malaysian Websites
JVHosting TopSites