Tags:bagaimana menghadapi malam pertama, indahnya malam pertama, info malam pertama, Kaedah Malam Pertama, kisah malam pertama, malam pertama, malam pertama pengantin, malam pertama yang indah, Panduan Malam Pertama, pengantin baru malam pertama, rahsia malam pertama, teknik malam pertama.

Pada kali ini saya ingin berkongsi tentang satu cerita ‘panas’ (tapi bukan cerita lucah ye..hoho..nampaknya ada yang kecewa jika anda kali pertama ke laman ini). Cerita yang saya maksudkan ialah cerita berkenaan dengan malam pertama.
Cerita yang bakal and baca ini merupakan kisah benar. Ia juga mungkin boleh terjadi kepada anda yang bakal mendirikan rumahtangga kelak. Memang tak mustahil boleh berlaku!
Ok, kisahnya begini….Terdapat sepasang pengantin baru yang baru sahaja mendirikan rumahtangga. Bernikah la tu. Seperti biasa, pada malam harinya pasangan pengantin baru ini bersiap-siap untuk memulakan pelayaran malam pertama pengantin mereka. Owh, si suaminya tak sabar-sabar ingin memulakan aksi-aksi yang panas.
Lihat artikel penuh…
Popularity: 1% [?]
Posted on 27 January '12 by Admin TKC, under Tips Malam Pertama. No Comments.
Tags:bayi tidur.

Klik untuk imej besar
Popularity: 1% [?]
Posted on 25 January '12 by Admin TKC, under Wordless. No Comments.
Tags:Bahana Melakukan Maksiat, Kesan Melakukan Maksiat, Tidak Pada Maksiat.
Kebaikan dan kejahatan memberi kesan dan pengaruh pada setiap pergerakan manusia. Abdullah bin Abbas pernah berkata: “Kebaikan memiliki cahaya pada wajah dan hati, melapangkan rezeki, menguatkan badan dan disukai setiap makhluk Allah SWT.
Sedangkan kejahatan mengakibatkan kegelapan pada wajah dan hati, lemahnya badan, sempitnya rezeki dan kebencian di hati setiap makhluk.”
Kebaikan dan kejahatan ini akan hidup sepanjang hayat manusia dan terkubur bersama jasadnya ketika mati.
Begitulah hakikat diri kita dicipta hanya untuk bertarung melawan kejahatan dan bersabar melakukan kebaikan. Segala sesuatu yang kita lakukan tidak pernah terlepas dari dua kutub yang saling tarik menarik; kejahatan dan kebaikan. Kedua-duanya memberi kesan terhadap perasaan, pemikiran dan pergerakan kita setiap hari.
Apakah kesan maksiat yang dapat dirasa dalam hati dan peribadi? Kita memerlukan kejujuran untuk menjawabnya. Benarkah kata-kata Ibnu Abbas di atas?
Popularity: 1% [?]
Posted on 22 January '12 by Admin TKC, under Tips dan Renungan. No Comments.
Tags:baik buruknya bercinta sebelum kahwin, bercinta sebelum kahwin.

Berciuman dan berpelukan cinta berahi antara pasangan di tepi jalan ataupun di khalayak ramai adalah perkara biasa di dunia Barat. Hidup bagaikan suami isteri tanpa kahwin adalah fenomena yang tidak asing. Sehingga dalam banyak jemputan, dijemput bersama spouses and partners. Memiliki anak tanpa perkahwinan bukanlah sesuatu yang ganjil. Sekalipun ini semua bukanlah budaya asal masyarakat Barat, tetapi trend hidup moden yang disuburkan oleh pelbagai faktor telah meruntuhkan banyak nilai-nilai tradisi yang pernah ada dalam masyarakat mereka dahulu. Ini termasuklah faktor eksploitasi naluri cinta dan seks oleh para pemodal; penerbit majalah, filem, ubat dan pelbagai lagi.
Apakah cinta itu seks? Apakah seks itu cinta? Perkataan cinta agak abstract. Ia boleh dipadankan kepada banyak perkara; cinta ALLAH, cinta keluarga, cinta negara, cinta seni dan selainnya. Cinta ertinya kasih, sayang dan ingin bersama. Dalam konteks lelaki dan wanita tentulah antara manifestasi cinta itu hubungan seks. Walaupun bukan semua yang melakukan seks itu bercinta, tapi seks itu utama dalam cinta pasangan. Maka ahli fekah pun mentakrifkan nikah itu sebagai akad yang menghalalkan persetubuhan. Suami yang tidak mampu melakukan seks boleh dipisahkan perkahwinan. Seks tidak keji, bahkan ia mendapat pahala jika mengikut peraturannya.
Lihat artikel penuh…
Popularity: 1% [?]
Posted on 21 January '12 by Admin TKC, under Tips dan Renungan. No Comments.
Tags:Tips Suami Isteri.

LAPORAN media menyatakan lebih 95 peratus kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membabitkan kecederaan fizikal terhadap wanita, satu perkara perlu dipandang serius.
Dalam institusi perkahwinan, lelaki dijadikan sebagai ketua keluarga sesuai dengan fitrah kejadian lelaki yang lebih gagah dan beberapa kelebihan lain berbanding perempuan.
Firman Allah yang bermaksud: “Lelaki adalah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.” (Surah an-Nisa, ayat 34)
Ajaran Islam mensyaratkan supaya lelaki sentiasa menjadi pelindung dan berbuat baik terhadap perempuan. Sebagai pemimpin, lelaki dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan, kebajikan dan menyediakan keperluan hidup untuk isteri dan anak.
Lihat artikel penuh…
Popularity: 1% [?]
Posted on 17 January '12 by Admin TKC, under Tips Suami Isteri. No Comments.